05/06/2026
Consulate General of Malaysia Melbourne
The Malaysian Consulate in Melbourne renders services and supports more than 50000 Malaysians in VIC
05/06/2026
05/06/2026
PERMOHONAN PAMERAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA FINE FOOD AUSTRALIA 2026
Dimaklumkan bahawa Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui Pejabat Penasihat Pertanian (PPP) Sydney akan menyertai ekspo perdagangan antarabangsa Fine Food Australia (FFA) 2026 bertempat di Melbourne, Australia pada 31 Ogos hingga 3 September 2026. FFA merupakan platform utama bagi pemain industri untuk menerokai produk terkini, mengenal pasti trend baharu, berhubung dengan pembekal serta menjadi platform strategik untuk penerokaan pasaran Australia dan antarabangsa.
Oleh itu, FAMA ingin mempelawa usahawan PKS Agromakanan tempatan yang berminat untuk menyertai pameran tersebut bertujuan untuk menyediakan platform kepada usahawan Agromakanan Malaysia mempromosi produk dan membina jaringan perniagaan dengan pengimport berpotensi bagi meluaskan pasaran eksport ke pasaran Australia dan destinasi-destinasi eksport lain
Kaedah Memohon:
https://docs.google.com/document/d/1rKtnFOvK1TUTLj0ZOnsqNdNnnG-hbAvu/edit?usp=sharing&ouid=103624071496590814539&rtpof=true&sd=true
βΌοΈ Borang bolehlah diemailkan kepada [email protected] & [email protected] βΌοΈ
Caj Penyertaan : RM4,000.00
TARIKH TUTUP: 16 Jun 2026 (Selasa)
FAMA Malaysia Agriculture Malaysia, Sydney
05/06/2026
π Clayton...
Something Different Is Coming.
Stay tuned. π₯
04/06/2026
π PERMOHONAN LAMA MASIH MENGIKUT SYARAT TERDAHULU
π¬ βKerajaan komited memastikan setiap permohonan kewarganegaraan diurus secara adil, telus dan mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa demi kepentingan rakyat dan masa depan anak-anak Malaysia.β
~ YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri
Kementerian Dalam Negeri (KDN) ingin menjelaskan bahawa semua permohonan kewarganegaraan yang telah dikemukakan sebelum tarikh kuat kuasa pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan kewarganegaraan akan terus diproses mengikut peruntukan dan syarat sedia ada yang berkuat kuasa ketika permohonan dibuat.
Penjelasan ini penting bagi memastikan rakyat memahami bahawa pindaan yang telah diluluskan tidak berkuat kuasa secara retrospektif. Ini bermakna:
β
Permohonan yang telah dikemukakan sebelum tarikh kuat kuasa pindaan akan diproses mengikut peruntukan lama.
β
Status kewarganegaraan tidak berubah secara automatik bagi kelahiran yang berlaku sebelum tarikh kuat kuasa Akta.
β
Pindaan hanya terpakai kepada kelahiran yang berlaku pada atau selepas tarikh kuat kuasa Akta tersebut.
KDN melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sentiasa komited memastikan setiap permohonan dinilai secara teratur, telus dan berlandaskan Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang yang berkuat kuasa. Pada masa yang sama, pelbagai persediaan telah dilaksanakan termasuk pengemaskinian prosedur kerja, latihan pegawai dan pembangunan sistem digital bagi memperkukuh penyampaian perkhidmatan kewarganegaraan kepada rakyat.
Orang ramai dinasihatkan supaya mendapatkan maklumat daripada saluran rasmi KDN, Jabatan Imigresen Malaysia (IM) dan JPN bagi mengelakkan kekeliruan atau salah faham mengenai pelaksanaan pindaan berkaitan kewarganegaraan ini.
Sumber: Kementerian Dalam Negeri (KDN) / Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
03/06/2026
π²πΎ PINDAAN KEWARGANEGARAAN: PELAKSANAAN BERHEMAH DEMI KEPASTIAN DAN KEBAJIKAN RAKYAT
π¬ βKerajaan mahu memastikan setiap pelaksanaan dasar berkaitan kewarganegaraan dilaksanakan dengan teliti, tersusun dan memberi manfaat terbaik kepada rakyat selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.β
~ YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri
Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil maklum minat dan pertanyaan orang ramai berhubung pindaan Bahagian III Perlembagaan Persekutuan berkaitan kewarganegaraan yang telah diluluskan oleh Parlimen, diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong dan diwartakan sebagai Akta A1752.
Seperti mana-mana undang-undang yang melibatkan perubahan proses pentadbiran dan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat, akta ini memerlukan beberapa persediaan penting sebelum tarikh kuat kuasa ditetapkan. Pendekatan ini bertujuan memastikan pelaksanaannya berjalan lancar, teratur dan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh kumpulan sasar.
Antara persediaan yang sedang dilaksanakan termasuk:
β
Penyediaan peraturan dan prosedur permohonan yang lebih jelas;
β
Penambahbaikan sistem digital dan pangkalan data bagi memudahkan urusan rakyat;
β
Latihan serta penyelarasan SOP kepada pegawai yang terlibat;
β
Program penerangan dan hebahan supaya maklumat dapat disampaikan dengan tepat kepada masyarakat.
KDN ingin menjelaskan bahawa akta ini masih belum dikuatkuasakan pada masa ini, dan sebarang permohonan berkaitan kewarganegaraan masih tertakluk kepada peruntukan serta prosedur yang sedang berkuat kuasa sehingga tarikh pelaksanaan baharu diumumkan kelak.
Kerajaan kekal komited untuk memastikan setiap individu yang layak mendapat pertimbangan sewajarnya, di samping memelihara integriti sistem kewarganegaraan negara dan kedaulatan Perlembagaan Persekutuan. Sebarang perkembangan berkaitan pelaksanaan pindaan ini akan dimaklumkan melalui saluran rasmi Kerajaan dari semasa ke semasa.
Setiap langkah diperhalusi, setiap proses diperkemas demi memastikan pelaksanaan yang teratur, adil dan memberi manfaat kepada rakyat serta negara.
Sumber: Kementerian Dalam Negeri
01/06/2026
πππππππππ ππππππ
Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah
πππππππ ππππ ππππ ππππ πππππ ππππ ππππππ πππππππ ππππ ππ-πππππππ πππππ ππππππ πππππππ
Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.
Sembah takzim daripada seluruh warga Kementerian Luar Negeri.Β
01/06/2026
Β° Kementerian Luar Negeri merafak sembah dan merakamkan Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.
Β° Semoga KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah Subhanahu Wataβala, dilanjutkan usia zaman, dan sentiasa sihat walβafiat selama-lamanya.
Dirgahayu Tuanku!
Β° Kementerian ini selanjutnya merafak sembah menjunjung kasih di atas perkenan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim mengurniakan dan menganugerah Darjah Kebesaran Persekutuan, Bintang dan Pingat kepada Ketua Setiausaha serta pegawai-pegawai Kementerian ini, yang telah disempurnakan sempena Sambutan Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 1 Jun 2026 Istana Negara, seperti berikut:
1. Tan Sri Amran Mohamed Zin
Ketua Setiausaha
Darjah Kebesaran Persekutuan
Panglima Setia Mahkota (P.S.M.)
2. Datin Paduka Anizan Siti Hajjar Adnin
Timbalan Ketua Setiausaha Khidmat Pengurusan
Darjah Kebesaran Persekutuan
Johan Setia Diraja (J.S.D.)
3. Datuk Cheong Loon Lai
Duta Besar Malaysia ke
Persekutuan Rusia
Darjah Kebesaran Persekutuan
Panglima Jasa Negara (P.J.N.)
4. Dato' Shariffah Norhana Syed Mustaffa
Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Dasar dan Penyelarasan
Darjah Kebesaran Persekutuan
Johan Setia Diraja (J.S.D.)
5. Datuk Yubazlan Haji Yusof
Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Afrika Selatan
Darjah Kebesaran Persekutuan
Panglima Setia
Diraja (P.S.D.)
6. YM Raja Saifful Ridzuwan Raja Kamaruddin
Ketua Sekretariat
Sekretariat Induk Logistik ASEAN
Darjah Kebesaran Persekutuan
Johan Setia Diraja (J.S.D.)
7. YM Tengku Mohd Dzaraif Raja Abdul Kadir
Konsul Jeneral
Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah, Arab Saudi
Darjah Kebesaran Persekutuan
Kesatria Setia Diraja (K.S.D.)
πΊ Kementerian merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Ketua Setiausaha dan semua penerima. Semoga penganugerahan ini akan terus mendorong kecemerlangan dalam perkhidmatan kepada negara.
31/05/2026
ApaKhabarβ|
RakanWismaπ²πΎπ
Β° Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga Wisma Putra mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wesak buat semua yang meraikannya.
πΊ Semoga sambutan ini terus menyemai keutuhan sebuah kedamaian, keharmonian serta perpaduan, bersulamkan semangat Malaysia MADANI yang ramah dan harmoni.
πͺ·β¨
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Address
16 Claremont Street
South Yarra, VIC
3141
Opening Hours
| Monday | 9:30am - 12pm |
| 2:30pm - 3:30pm | |
| Tuesday | 9:30am - 12pm |
| 2:30pm - 3:30pm | |
| Wednesday | 9:30am - 12pm |
| 2:30pm - 3:30pm | |
| Thursday | 9:30am - 12pm |
| 2:30pm - 3:30pm | |
| Friday | 9:30am - 12pm |
| 2:30pm - 3:30pm |
