09/05/2026
Setinggi-Tinggi Ucapan Tahniah kepada Penerima-Penerima Sijil bagi Program-Program Pembangunan Eksekutif Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan Kohort-32 (EDPSGO-32); Pegawai-Pegawai Pengurusan Pertengahan Kohort-36 (EDPMMO-36); dan Eksekutif Muda Kohort-10 (YEP-10)
09/05/2026
Selasa, 5 Mei – Taklimat bertajuk “Anti-Penipuan Bagi Penjawat Awam” telah diadakan di Dewan Amar Pahlawan, Bangunan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) bagi meningkatkan kesedaran pegawai dan kakitangan MTIC serta jabatan-jabatan di bawahnya mengenai risiko penipuan dan langkah-langkah pencegahan, khususnya yang berkaitan dengan penipuan siber dan kewangan.
Taklimat tersebut telah disampaikan oleh YM Ketua Inspektor Adinin bin Haji Ahmad daripada Pasukan Polis Diraja Brunei serta YM Awang Malai Abdul Afiq bin Malai Haji Hamidon, Digital Forensic Analyst, Cyber Security Brunei (CSB).
Sepanjang taklimat, para pegawai dan kakitangan turut didedahkan kepada amalan penggunaan internet secara selamat, isu buli siber, penipuan dalam talian, kaedah melindungi maklumat peribadi serta cara mengenal pasti taktik yang digunakan oleh penjenayah siber dalam memerangkap pengguna internet, khususnya melalui aplikasi media sosial.
30/04/2026
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pegawai dan kakitangan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) dan Jabatan-Jabatan di bawahnya, yang telah dikurniakan Pingat Indah Kerja Baik (P.I.K.B.) bagi tahun 2025 sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-79 Tahun, pada Hari Khamis, 12 Zulkaedah 1447 bersamaan 30 April 2026 di Istana Nurul Iman.
23/04/2026
Wednesday,22 April 2026 - Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha, Minister of Transport and Infocommunications, led Brunei Darussalam’s delegation and participation in the Singapore Maritime Week (SMW) and EXPO 2026 that runs from 20 to 24 April 2026.
The Brunei Maritime Booth at the EXPO was led by the Maritime and Port Authority of Brunei Darussalam (MPABD), with the participation of Muara Port Company (MPC) and Muara Maritime Services (MMS) inshowcasing Brunei Darussalam’s latest maritime, port, and digital initiatives, while engaging industry stakeholders to explore collaboration opportunities and exchange perspectives on the future of the maritime sector.
The collaborative participation of our maritime industry players also reaffirms the nation’scollective commitment to strengthening international maritime cooperation and advancing a resilient, future-ready maritime sector. This marked MPABD’s first participation in the SMW Expo. More news on www.mtic.gov.bn
07/04/2026
Sabtu, 4 April 2026-Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) merafak sembah setinggi-tinggi menjunjung kasih di atas keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bercemar duli mengunjungi ruang pameran kementerian berserta Kerabat Diraja dan seterusnya berkenan menandatangani lembaran kenangan sempena Pameran Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) yang bertemakan “Kecerdasan Buatan sebagai Pemangkin Transformasi Digital Negara”, bertempat di Pusat Persidangan Antarabangsa, Negara Brunei Darussalam.
Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, dijunjung oleh Yang Mulia Awang Haji Mohammad Nazri bin Haji Mohammad Yusof, Setiausaha Tetap; YangMulia Awang Hairul Mohd Daud bin Haji Abdul Karim, Timbalan Setiausaha Tetap (Infokomunikasi) dan Yang Mulia Awang Haji Mohammad Salihin bin Haji Aspar, Timbalan Setiausaha Tetap (Pengangkutan) di Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi.
Melalui pameran tersebut, MTIC mengetengahkan mengenai konsep serta potensi teknologi Artificial Intelligence (A.I.) dalam menyokong pembangunan transformasi digital negara, serta usaha berterusan Kerajaan dalam membina asas digital yang selamat dan mampan melalui pembangunan Pelan Transformasi Digital Brunei, selaras dengan aspirasi Wawasan Brunei 2035. Bagi maklumat lanjut sila layari www.mtic.gov.bn
29/03/2026
Sabtu,28 Mac 2026 - Sidang Media Kawalan Keselamatan Pengguna Basikal di Jalan Raya
27/03/2026
26 Mac 2026 - Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, bersama Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan dan Bahagian, serta pegawai-pegawai kanan dan pegawai-pegawai Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) serta Jabatan-Jabatan, Autoriti dan Pihak Berkuasa di bawahnya hadir ke Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-22 Majlis Mesyuarat Negara (MMN) bagi Tahun 1447 Hijrah / 2026 Masihi di Dewan Persidangan Majlis Mesyuarat Negara, Bangunan Dewan Majlis.
20/03/2026
Khamis, 19 Mac 2026 – Anugerah ICT Brunei (BICTA) 2026 yang menampilkan Anugerah Penaung Diraja telah dilancarkan secara rasmi hari ini bertempat di Dewan Musyawarrah, Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas.
Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi menyempurnakan majlis pelancaran tersebut ialah Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi.
Turut hadir ialah Yang Mulia Ir. Awang Haji Mohammad Nazri bin Haji Mohammad Yusof, Setiausaha Tetap, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC), selaku Pengerusi Bersama I Jawatankuasa Pandu BICTA 2026; Yang Mulia Pengiran Sarimah binti Pengiran Haji Abdul Latiff, Pengerusi InfoCom Brunei (IFB), selaku Pengerusi Bersama II Jawatankuasa Pandu BICTA 2026; serta Yang Mulia Awang Haji Jailani bin Haji Buntar, Ketua Eksekutif, AITI.
Majlis turut dihadir ialah Setiausaha setiausaha Tetap, Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap, pegawai-pegawai kanan kerajaan, serta wakil-wakil daripada institusi pendidikan dan syarikat ICT tempatan.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Yang Mulia Imam Abdul Razak bin Samat, Imam Tingkat I, Masjid Sufri Bolkiah Perpindahan Berakas. Majlis kemudian diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Bersama I Jawatankuasa Pemandu BICTA 2026.
Bagi maklumat lanjut sila layari www.mtic.gov.bn
18/03/2026
Selasa, 17 Mac 2026 - Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) serta Jabatan-Jabatan, Autoriti dan Pihak Berkuasa dibawahnya telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran sempena bulan Ramadhan bagi Tahun 1447H / 2026M, yang diselajurkan dengan Majlis Pengagihan Sumbangan dan Penyampaian Derma kepada anak-anak yatim dan orang Da’if, bertempat di Centrepoint Hotel, Gadong. Majlis pada tahun ini dikelolakan oleh Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Brunei Darussalam (MPABD).
Hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi.
Turut hadir ialah Setiausaha Tetap dan Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Ketua-Ketua Eksekutif, Ketua-Ketua Jabatan, Pengarah-Pengarah Bahagian Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi serta Jabatan-Jabatan, Autoriti dan Pihak Berkuasa di bawahnya.
Majlis dimulakan dengan bacaan Zikir Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah secara beramai-ramai diikuti dengan bacaan Surah Adh-Dhuha hingga Surah An-Nas.
Bagi maklumat lanjut sila layari www.mtic.gov.bn
14/03/2026
Selasa, 10 Mac 2026 - Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) serta Jabatan-Jabatan, Autoriti dan Pihak berkuasa di bawahnya telah mengadakan Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran dan Penyampaian Derma Anak-Anak Yatim bagi tahun1447H/2026M pada hari ini bertempat di Dewan Amar Pahlawan, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi. Majlis tahun ini telah dikelolakan oleh Jabatan Penerbangan Awam, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC).
Hadir di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan doaselamat yang dipimpin oleh Yang Mulia Imam Aisamuddin@Aliomar bin Alias, Imam Tingkat III, Jabatan Hal Ehwal Masjid. Majlis seterusnya diserikan dengan ceramah khas yang telah disampaikan oleh Yang Mulia Ustaz Haji Awang Muhammad Najib bin Haji Awang, Pegawai Perkembangan Ugama dari Pusat Da’wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama yang bertajuk “Al-Quran di Tangan, Adakah di Hati dan Menjadi Teman Hidup”.
Bagi maklumat lanjut sila layari www.mtic.gov.bn
11/03/2026
BruneiID tersedia untuk semua warganegara dan penduduk Negara Brunei Darussalam yang memiliki Kad Pengenalan yang sah: Kuning, Ungu dan Hijau.
Memudahkan urusan digital anda dengan hanya satu klik.
Muat turun BruneiID di App Store atau Google Play Store.
-
BruneiID is available to all Brunei Darussalam citizens and residents with a valid Identity Card: Yellow, Purple, and Green.
Simplifying your digital transactions with just one click.
Download BruneiID at App Store or Google Play Store.