Ustaz Mohd Shafizi Ismail

Ustaz Mohd Shafizi Ismail

Partager

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Rakit
Pengerusi MTD DUN Batu Rakit Parti Islam Semalaysia (PAS)

Photos from Ustaz Mohd Shafizi Ismail's post 06/05/2026

Baba..jom la g jalan2...
ok.. maryam pon nak ikut jugok hoo...

Lapan sendi laluan ekonomi dunia terletak dalam dunia Islam 06/05/2026

*HARAKAHDAILY: Lapan sendi laluan ekonomi dunia terletak dalam dunia Islam*

SAAT ini seluruh dunia tertumpu kepada Selat Hormuz yang kini menjadi medan pertembungan antara Republik Islam Iran dengan Amerika Syarikat dan negara haram Israel. Konflik di Timur Tengah yang kini berpusat di Selat Hormuz telah mengakibatkan kenaikan harga minyak mentah dunia termasuk gangguan ke atas rantaian ‘supply chain’ ekonomi dunia. Namun begitu, apa yang menarik [ ]

_Baca lanjut:_

Lapan sendi laluan ekonomi dunia terletak dalam dunia Islam SAAT INI seluruh dunia tertumpu kepada Selat Hormuz yang kini menjadi medan pertembungan antara Republik Islam Iran dengan Amerika Syarikat dan negara haram Israel. Konflik di Timur Tengah yang kini berpusat di Selat Hormuz telah mengakibatkan kenaikan harga minyak mentah dunia termasuk gangguan ke....

Photos from Ustaz Mohd Shafizi Ismail's post 05/05/2026

Rutin bulanan, hari bertemu rakyat. Terima kasih kepada semua yang hadir ke Pejabat ADUN hari ini.

InsyaAllah segala aduan, cadangan dan idea yang dibawa akan diambil tindakan dan diteliti sebaiknya. Semoga dipermudahkan segala urusan serta memberi manfaat kepada seluruh masyarakat.

05/05/2026

Allahu Akbar.. Mungkin beliau sudah berada dalam syurga..
Pandangan beliau : Sesungguhnya timur tengah keseluruhannya akan berubah tidak sebagaimana yang kita hidup hari ni, kerana sebab peperangan yang berlaku. Inilah yang aku nampak...

05/05/2026

Sekalung tahniah diucapkan kepada
Sahibus Samahah Prof. Dr. Syed Hadzrullathfi bin Syed Omar
atas pelantikan sebagai Dato’ M***i Negeri Terengganu yang berkuatkuasa mulai 4 Mei 2026.

Semoga amanah besar ini terus dipikul dengan penuh hikmah, ketegasan dan kebijaksanaan dalam memandu ummah ke arah kefahaman Islam yang sejahtera dan menyeluruh.

Moga segala usaha diberkati serta dipermudahkan oleh Allah SWT.

Selamat menjalankan tugas.

Photos from Ustaz Mohd Shafizi Ismail's post 04/05/2026

Mesyuarat Pengerusi-pengerusi JPKK DUN Batu Rakit malam ini berlangsung dengan penuh semangat dan komitmen.

Pelbagai aduan, cadangan serta idea bernas telah diketengahkan bagi memperkukuh kesejahteraan dan pembangunan kampung masing-masing.

InsyaAllah, segala dapatan akan diberi perhatian sewajarnya dan dilaksanakan secara berperingkat dengan kerjasama erat semua pihak demi manfaat rakyat dan komuniti setempat.

04/05/2026

Selamat Menyambut Hari Bomba Sedunia 2026 kepada seluruh warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia..

Sesungguhnya pengorbanan, keberanian dan kecekalan para anggota bomba dalam menghadapi pelbagai situasi kecemasan amat dihargai dan disanjung tinggi.

Terima kasih atas jasa, bakti dan pengorbanan yang dicurahkan.

Semoga seluruh anggota bomba sentiasa diberikan kekuatan, keselamatan dan dipermudahkan segala urusan dalam menjalankan tugas.

Selamat Hari Bomba Sedunia 2026.

04/05/2026

Allahu Akbar Walillahil Hamd....

04/05/2026
Photos from Ustaz Mohd Shafizi Ismail's post 04/05/2026

Hari ini bersama petani Batu Rakit, berdialog bersama YB Dato’ Dr Azman Ibrahim, Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Negeri Terengganu serta jabatan-jabatan berkaitan di Dewan Peladang Batu Rakit.

Pelbagai isu telah dibangkitkan oleh para pesawah. InsyaAllah segala perbincangan, pandangan dan cadangan yang memberi manfaat akan saya susuli dan maklumkan.

Semoga dialog ini menjadi titik tolak kepada penyelesaian yang lebih baik, demi menjaga kebajikan petani serta memperkukuh sektor pertanian di Batu Rakit.

Photos from Ustaz Mohd Shafizi Ismail's post 04/05/2026

Ziarah ke kediaman Ayah Wan Mok Cik Jara di Taman Perumahan Wakaf Tengah.

Ayah Wan kini kurang sihat. Semoga Ayah Wan dan isteri sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan, serta diberikan kekuatan dan ketenangan oleh Allah SWT.

Photos from Ustaz Mohd Shafizi Ismail's post 04/05/2026

Round di Kg Bukit Cempaka meninjau dua lokasi aduan, insyaAllah akan usaha menaik taraf longkang di hadapan Warung Pok Din serta kerja-kerja menaik taraf jalan.

Usaha menaik taraf longkang ini telah lama JPKK Bukit Cempaka perjuangkan kerana saiz longkang sedia ada terlalu kecil dan tidak mampu menampung aliran air yang banyak terutama ketika musim tengkujuh.

InsyaAllah, dengan pelaksanaan projek ini nanti, masalah aliran air dapat diatasi dengan lebih baik.

Semoga perjalanan kerja-kerja menaik taraf ini dipermudahkan dan memberi manfaat kepada seluruh penduduk setempat.

Vous voulez que votre entreprise soit Service Du Gouvernement la plus cotée à Democratic Republic of the ?

Cliquez ici pour réclamer votre Listage Commercial.

Téléphone

Site Web

Adresse


Democratic Republic Of The