MARA EGYPT

MARA EGYPT

Share

MARA Mesir berperanan untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada pelajar tajaan MARA dan Malaysia

Photos from MAJLIS AMANAH RAKYAT's post 01/04/2026
Photos from MARA EGYPT's post 31/03/2026

Alhamdulillah, pegawai MARA Mesir telah turut serta dalam membantu persiapan Majlis Resepsi ASEAN Networking anjuran Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah yang telah berlangsung pada 30 Mac 2026 di Cairo Marriott Hotel Zamalek.

Seawal pagi, kehadiran pegawai bertujuan memastikan segala persiapan berjalan lancar sebelum majlis bermula. Penglibatan ini mencerminkan komitmen MARA Mesir dalam menyokong penganjuran program rasmi di peringkat antarabangsa.

Semoga program ini terus menjadi platform dalam mengeratkan hubungan serta memperkukuh kerjasama antara negara-negara ASEAN di bumi Mesir πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ€πŸŒ

Terima kasih kepada pihak Kedutaan atas kepercayaan dan kerjasama yang diberikan.

Photos from MARA EGYPT's post 23/03/2026

1 SYAWAL 1447H : 20 MAC 2026

Alhamdulillah, pegawai-pegawai Atase Pendidikan MARA Mesir berkesempatan bersama-sama mahasiswa Malaysia meraikan Aidilfitri dengan menziarahi serta memenuhi jemputan rumah terbuka Pelajar Tajaan MARA di sekitar Hayy Sabie, Kaherah.

Suasana penuh kemesraan dan kegembiraan ini bukan sahaja menyemarakkan Aidilfitri di perantauan, malah menjadi medan mengeratkan lagi silaturrahim serta ukhuwwah antara semua.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Photos from MARA EGYPT's post 23/03/2026

1 SYAWAL 1447 H : Alhamdulillah bersama-sama mahasiswa Malaysia melaksanakan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri Perdana di Dataran Malaysia, Hayy Asyir, Kaherah. Majlis dianjurkan oleh Kelab Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) dengan kerjasama Majlis Perundingan Mahasiswa Malaysia Mesir (MP3M).

Semoga majlis ini dapat mengukuhkan lagi hubungan ukhuwwah bersempena sambutan Syawal yang mulia ini.

20/03/2026

Pergi ke bazar membeli ketupat,
Singgah sebentar membeli lemang;
Aidilfitri disambut penuh rahmat,
Maaf dipohon salah dan kurang.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H
Ikhlas daripada Pejabat MARA Mesir

19/03/2026
Photos from MARA EGYPT's post 19/03/2026

8 Mac 2026 : Majlis Iftar 1447H/ 2026
Dihoskan oleh TYT DATO' MOHD TARID SUFIAN, DUTA BESAR MALAYSIA KE REPUBLIK ARAB MESIR

Turut hadir menjayakan majlis, para perwakilan asing di Kaherah, rakan strategik korporat, pegawai-pegawai Kedutaan Besar Malaysia Kaherah dan ahli keluarga.

Photos from Pejabat Atase Agama Kaherah's post 19/03/2026

9 Mac 2026 - Majlis Tadarus Al-Quran, Iftar, Jamaie serta Tarawikh bersama warga Kedutaan Besar Malaysia Kaherah di Rumah Pelajar Johor, Al-Hayyu Al-Thamin, Madinah Nasr, Kaherah.

16/03/2026

Ucapan pelajar tajaan MARA di Jordan dan Mesir.

Anak merpati terbang ke hulu,
Hinggap sebentar di pohon cemara.
Syawal kini menjelma selalu,
Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua.
Minal Aidil Wal Faizin, Maaf Zahir dan Batin.

MAJLIS AMANAH RAKYAT
MARA Sponsorship Division

Photos from MARA EGYPT's post 16/03/2026

MAJLIS IFTAR JAMAIE PELAJAR TAJAAN MARA DI MESIR

Alhamdulillah, pada 13 Mac 2026 (Jumaat) telah berlangsung dengan jayanya Majlis Iftar Jamaie Pelajar Tajaan MARA di Mesir yang bertempat di Dewan Malaysia Abasiyah Kaherah (DMAK). Majlis ini dianjurkan oleh Persatuan Pelajar MARA Mesir (PPMM).

Majlis diadakan bagi mengeratkan hubungan silaturrahim antara pihak MARA dan para pelajar tajaan MARA yang sedang menuntut di Mesir khususnya pelajar dalam bidang sains dan kesihatan, di samping menyemarakkan lagi keberkatan bulan Ramadan bersama komuniti pelajar Malaysia di perantauan.

Turut diserikan dengan kehadiran para tetamu kehormat dan wakil pihak pengurusan, antaranya Dato’ Haji Shamsul Najmi bin Shamsuddin (Pengarah EME), Muhammad Nazirul Mubin bin Abdul Rahman (Atase Pendidikan EME), Dr. Wan Mukhtar bin Wan Muda (Pengarah MARA Mesir), Mohd Syazwan bin Md Ghazali (Penolong Atase Pendidikan MARA) dan Mohd Nizam bin Mohd Nor (Penolong Akauntan Kanan EME).

Kehadiran para tetamu kehormat serta para pelajar telah memeriahkan lagi majlis yang penuh dengan suasana ukhuwah dan kebersamaan ini. Diharapkan program seperti ini dapat terus memperkukuhkan hubungan antara pihak MARA dan para pelajar serta menjadi platform kebersamaan warga MARA di Mesir.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini, khususnya Pejabat MARA Mesir dan Persatuan Pelajar MARA Mesir (PPMM) serta semua yang hadir memeriahkan majlis.

Semoga ukhuwah yang terjalin akan terus berkekalan.

Want your business to be the top-listed Government Service in Alexandria?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address


17, Sezostrees Street
Alexandria