01/06/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
Sukacita dimaklumkan YINK menawarkan insentif DISKAUN bayaran balik penyelesaian pinjaman pendidikan sehingga 50% bermula pada 17 Mei 2026 sehingga 16 Ogos 2026 tertakluk kepada TERMA dan SYARAT yang ditetapkan.
Sila hubungi Bahagian Pendidikan Yayasan Islam Negeri Kedah seperti di poster iklan untuk semakan dan maklumat lanjut berkaitan. Rebutlah peluang ini dengan segera!
Waktu Urusan : Ahad - Khamis
: 8.30 pagi - 4.30 petang
25/05/2026
Mesyuarat Jawatankuasa SPKM Bil 1 Tahun 2026 telah diadakan bagi menyelaras serta membincangkan pelbagai isu berkaitan tatakelola, kebajikan dan kesejahteraan pelajar Malaysia di Mesir. Mesyuarat dihadiri oleh Pegawai-Pegawai Agensi Persekutuan dan Atase Pendidikan Negeri di Kaherah.
Perbincangan turut memberi penekanan kepada usaha memperkukuh kerjasama serta memupuk hubungan baik dengan pihak kerajaan tuan rumah demi memastikan urusan dan kebajikan pelajar sentiasa terpelihara.
Semoga segala usaha dan kerjasama erat antara semua pihak terus diperkasakan ke arah mewujudkan persekitaran yang lebih kondusif, selamat dan harmoni buat seluruh pelajar Malaysia di Mesir. ๐ฒ๐พ๐ช๐ฌ
14/05/2026
Sidang Munaqasyah Master dari Qisim Hadith Universiti Al-Azhar oleh Ustaz Ahmad Arif bin Othman Azumi yang berasal dari Pendang, Kedah
Kajian beliau bertajuk:
โHadis-hadis dan Athar yang terkandung dalam Kitab al-Siโayah fi Kashf Ma fi Sharh al-Wiqayah karya al-โAllamah Abu al-Hasanat Muhammad โAbd al-Hayy al-Laknawi al-Hindi (wafat 1304H), bermula daripada perbahasan sunat berpaling dari salah satu sisi dalam bab sifat solat hingga akhir kitab: Himpunan, Takhrij dan Kajian.โ
Butiran majlis;
Tarikh 20 Mei 2026
Hari : Rabu
Masa : 1.00 Tengahari
Tempat : Dewan Imam Ahmad At-Tayyib, Kuliah Ulum
Didoakan semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan, mengurniakan ketenangan dan kefahaman dalam pembentangan, serta mengangkat ilmu yang dikaji menjadi manfaat buat umat.
Semoga segala usaha, pengorbanan dan penat lelah sepanjang pengajian ini dikurniakan natijah yang terbaik serta dipermuliakan dengan kejayaan yang cemerlang di dunia dan akhirat.
ุจุงุฑู ุงููู ูู ุงูุนูู
ูุงูุนู
ุฑ ูุงูุนู
ูุ ููููู ุงููู ุฅูู ูู ุฎูุฑ.
18/02/2026
Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak 1447H / 2026M ๐
Semoga kehadiran bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini menjadi medan untuk kita memperteguh iman, memperbanyakkan amal ibadah, memperhalus akhlak, serta memperkukuh hubungan sesama insan.
Mudah-mudahan segala amalan kita diterima Allah SWT, dilimpahkan rahmat, keampunan dan keberkatan, serta dikurniakan kekuatan untuk menghayati Ramadan dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan.
Ikhlas daripada:
Pejabat Atase Pendidikan Kedah
1447H / 2026M
๐๐๐๐๐ ๐ฆ๐๐๐๐๐ง๐๐ฅ๐ - ๐ก๐๐๐ ๐๐ง ๐จ๐ก๐ง๐จ๐ ๐ฆ๐๐ ๐จ๐
Siiru aโla Barakatillah
16/02/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐๐๐ & ๐๐๐๐๐๐) ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
Pautan Whatsapp :
https://chat.whatsapp.com/JAykQZauzTm5nZK0aqNbV9?mode=gi_t
Dimaklumkan bahawa pelajar-pelajar yang berminat untuk melanjutkan pengajian ke Timur Tengah bagi tahun 2026 adalah dipelawa untuk menyertai Kumpulan WhatsApp rasmi yang disediakan.
Tujuan kumpulan ini adalah untuk:
โ
Memberi panduan dan penerangan berkaitan proses permohonan
โ
Menyampaikan maklumat terkini dan hebahan rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia
โ
Membantu pelajar dalam urusan pengajian ke Mesir dan Jordan
๐ Imbas kod QR yang disediakan untuk menyertai kumpulan tersebut.