06/10/2026
๐ฆ๐๐ ๐๐จ๐ง๐๐ก ๐๐จ๐๐๐ก ๐ ๐๐ก๐๐๐จ๐ก๐ ๐ฆ๐๐ ๐ฃ๐๐ก ๐ฆ๐ฆ๐ฃ๐ก (๐๐ ๐ฆ) ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐ก๐๐๐๐ง ๐ก๐๐๐๐ฅ๐
3 OKTOBER 2026 - Sambutan Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2026 Peringkat Negeri berlangsung meriah di MYDIN Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Program ini dirasmikan oleh YBhg. Datoโ Seri Norliza Abdul Rahim, Pengerusi PTPTN. Turut hadir YBrs. Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid, Ketua Eksekutif PTPTN, YBrs. Tuan Mohd Iqbal bin Mohd Noor, Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Pulau Pinang, YBrs. Tuan Haji Abdul Mohsein Mohd Shariff, Ketua Pegawai Eksekutif Wakaf Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), YBrs. Tuan Mohamad Zawawi bin Ahmad Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Perancangan dan Pengurusan (PPD), Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang.
Selain Pulau Pinang, Sambutan BMS 2026 turut berlangsung serentak di 12 negeri lain seluruh negara di lokasi-lokasi terpilih. Pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk disertai oleh ibu bapa dan anak-anak antaranya Pertandingan Mewarna, Pertandingan Simpan SSPN Got Talent, Pertandingan Pakaian Beragam, Happy Hour, Kaunter Promosi Simpan SSPN, Kaunter Saringan Kesihatan dan booth pameran agensi kerajaan dan swasta.
Ketika Sambutan BMS 2026 Peringkat Negeri, turut diadakan penyampaian sijil Kelab Simpanan Pendidikan (KSP), penyampaian hadiah pemenang Cabutan Simpan SSPN Baru Slay!, Kategori Cabutan Slay 2 dan Cabutan WOW! Simpan SSPN Plus 2026, Kategori Cabutan WOW! Plus Siri 2, pertandingan Simpan SSPN Got Talent serta penyampaian Anugerah Permata Inspirasi PTPTN.
Tahniah dan syabas kepada PTPTN atas komitmen berterusan dalam memperkasa budaya menabung melalui Simpan SSPN demi menjamin masa depan pendidikan generasi akan datang.