09/08/2024
8.8 ANNIVESARY SYARIKAT YANG KE-9 TAHUN ✨
Alhamdulillah syukur & terima kasih kepada semua yang wish kepada kami di atas ulang tahun syarikat kami yang ke-9 tahun. Ada 2 syarikat iaitu TwennyFirst Digital Mall yang menjual gadget digital & Fazcam yang fokus kepada menjual & memasang dashcam kereta.
Jom kami sharing perjalanan kami bermula tahun 2016 sampailah 2024 sekarang. Bermacam liku-liku cabaran & tak lupa juga pencapaian kami 🥰
2016 - Bermula dengan kiosk kecik di Anggerik Mall Shah Alam yang dulunya Mara Digital & sekarang sudah upgrade menjadi UTC. Bermula dengan menjual phone VIVO & OPPO.
2017 - Masuk kedai baru di Sunway Putra Mall, bersaiz sederhana ada 2 pintu shutter. Dah start bawak masuk barang action cam macam GoPro semua.
2018 - Alhamdulillah ada rezeki lebih boleh pindah masuk kedai yang lagi besar & selesa di Sunway Putra Mall. Bersaing dengan kedai-kedai besar lain macam Samsung, Oppo semua.
2019- Time ni duk laris menjual cable auto cut-off daripada jenama Mcdodo & juga wireless AirPods. Henfon daripada jenama Vivo & Oppo pun ramai beli siap COD depan rumah lagi.
2020 - Musim COVID, boring PKP duk rumah je, orang dah mula hobi baru iaitu pergi camping untuk healing dekat campsite tepi sungai. Orang start mencari power bank yang boleh tahan 3 hari 2 malam.
Waktu tu, kedai kami mula perkenalkan Power Bank bersiaz besar 80,000mAh, 60,000mAh untuk camping 3h 2m tak habis. Peminat-peminat camping bertalu-talu WhatsApp & mulai serbu untuk mencari power bank macam ni sehingga yang datang jauh dari johor.
2022 - Di samping menjual power bank besar dah masuk 3 tahun lamanya, kami mula mengintai peluang baru dengan membawa masuk dashcam daripada jenama terkenal iaitu 70mai.
Demand dashcam waktu tu sedang naik disebabkan satu video viral si bangla jalan kaki pegi langgar kereta yang sedang bergerak. So orang dah mula cuak takut kena peras ugut macam tu, so start pasang dashcam dekat kereta dah semua.
Masa ni Power Bank & Dashcam kami jalan serentak, alhamdulillah semua OK berjalan lancar & kami mula buka HQ di Shah Alam untuk tempatkan team online sale kami.
2023 - Situasi di kedai p**a agak berbeza, orang dah mula kurang kunjungi Mall & sale agak kurang memberangsangkan. Pada bulan July, dengan berat hati kami decide untuk tutup physical store kami di Sunway Putra Mall & fokus beroperasi di HQ Shah Alam bertempat di Avenue Crest, Seksyen 22, Shah Alam.
Kami start mendapat permintaan door-to-door dashcam installation sekitar Klang Valley & setiap bulan juga kami adakan Roadshow di Lotus Shah Alam untuk pemasangan dashcam besar-besaran. Daripada situ kami tubuhkan satu entiti baru iaitu FAZCAM untuk fokus menguruskan bisnes dashcam ini.
2024 & sampai sekarang - Alhamdulillah 3 tahun dalam bidang dashcam, merupakan Authorized Dealer & Installer untuk jenama 70mai, DDPAI & AZDOME Malaysia. Beratus-ratus kereta daripada pelbagai jenama kami dah pasangkan dashcam. Brand Porche, Range Rover, BMW, Mercedes, VW & macam-macam lagi.
Terima kasih semua yang terus menyokong kami sehingga sekarang 🥳 In Shaa Allah doakan kami untuk buka kedai p**ak di kawasan Shah Alam ni supaya senang korang nak walk-in terus. Any ideas atau cadangan roger-roger je kami sangat-sangat perlukan 🤗
📞 Boleh WhatsApp terus kami jka ingin mengetahui pape mengenai gadget digital http://www.wasap.my/601110881600
📍 TWENNYFIRST DIGITAL MALL 📍
TERJAMIN, SELAMAT, & BERKUALITI

13/05/2024
24/02/2024
15/09/2023
11/09/2023
09/09/2023
01/09/2023
31/08/2023
17/08/2023