12/04/2024
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Salam Sejahtera, Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Berprestasi Tinggi, Cepat dan Mesra,
Salam Malaysia Madani.
12 April 2024M bersamaan 03 Syawal 1445H
Lawatan Ramah Mesra Sempena Hari Raya Aidilfitri oleh Timbalan Pengarah JBPM Kuala Lumpur,
TPjB ROZIHAN ANWAR BIN MAMAT.
Terima kasih diatas lawatan dan juga sumbangan tuan kepada anggota bertugas di Bbp Jln Tun Razak.
Sekian, terima kasih
16/03/2024
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Salam Sejahtera, Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Berprestasi Tinggi, Cepat dan Mesra,
Salam Malaysia Madani.
15 Mac 2024M bersamaan 05 Ramadan 1445H
Carta Organisasi Jawatankuasa Surau Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Tun Razak Tahun 2024M.
Semoga dengan lantikan baru sesi 2024M ini dapat menyemarakkan lagi aktiviti keagamaan di Bbp Jln Tun Razak.
24/06/2023
TAHNIAH TEAM!!!!!! NAIB JOHAN
*PERTANDINGAN BOLA JARING PIALA PENGARAH JBPM KL 2023*
24 hb Jun 2023. Bertempat di Dewan Metropolitan Kuarters Bomba Cheras , satu pertandingan bola jaring telah berlangsung dan disertai oleh 6 buah pasukan. Pertandingan tersebut disaksikan oleh Pengerusi Perisma Puan Sairipah Rodziyah Binti Ahmad dan turut hadir bersama Timbalan Pengerusi Perisma Puan Nurul Huda Binti Yunus dan seterusnya merasmikan penutupan Pertandingan Bola Jaring dengan rasminya.
Berikut adalah Nama Pasukan yang memenangi Kejuaran Bola Jaring
1) Johan. Cawan Kristal
2) N.Johan Cherry Bomb
3) Metrofire
4) Hang Tuah Cempaka
5) Bonzai Renek
6) Lady’s Bomb
13/02/2021
SEKALUNG TAHNIAH DAN SYABAS…
Wargakerja BBP Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur mengucapkan tahniah dan syabas kepada Pegawai-Pegawai Bomba yang menerima perlantikan kenaikan Pangkat dari Gred KB19 ke jawatan Gred KB22.
BBP Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur amat berbangga dengan kejayaan yang tuan-tuan diperolehi dan berharap dengan pelantikan baharu ini, ianya dapat menyumbangkan perkhidmatan dengan lebih cemerlang lagi di masa hadapan.
Amat terasa kehilangan pegawai-pegawai yang cemerlang selama bertugas di JBPM Kuala Lumpur, kami akan sentiasa mengingati segala jasa dan bakti yang telah dicurahkan khususnya dalam menaikkan nama Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur dan BBP Jalan Tun Razak secara amnya.
Semoga dengan kenaikan pangkat ini akan memberi aspirasi kepada semua anggota yang lain untuk terus berusaha dengan gigih dalam melaksanakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan.
Dari Bintulu ke kota Kuching,
Hendak membeli raga rotan,
Perpindahan saudara doa diiring,
Jemput singgah bila berkesempatan.
Berdayung sampan ke Tanah Semenanjung,
Hendak membeli tikarlah rotan,
Budi dikenang bakti disanjung,
Kekal subur dalam ingatan.
SELAMAT BERTUGAS DI TEMPAT BAHARU…
1. PBK II MOHAMED AZIMIN BIN MOHAMED ZAHIDI
2. PBK II MOHD ROSDI BIN YUSSOF
3. PBK II WAN NOR AFANDI BIN WAN YUSSOFF (JBPM JOHOR)
4. PBK II INDRA SAHREIL BIN A. BAKAR (JBPM JOHOR)
5. PBK II SYUHAIDY FAZLY BIN YAHAYA (JBPM JOHOR)
6. PBK II KU NURUL AZUAD BIN KU AHMAD
03/12/2020
Assalammualaikum, Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi Cepat dan Mesra.
Tarikh : 03 Disember 2020
Hari : Khamis
Aktiviti : Penyampaian hadiah daripada Ketua Balai, Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Tun Razak kepada pemenang Larian Kategori Larian Berpasukan dan Larian Individu. Tahniah diucapkan kepada PB Rofizi, Pasukan A, dan seluruh warga kerja Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Tun Razak.