KEJERNIHAN MINDA
AADK Wilayah Persekutuan
Official page for Agensi Antidadah Kebangsaan Wilayah Persekutuan
01/06/2026
DIRGAHAYU TUANKU
DIRGAHAYU TUANKU
Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijah 1447H.
Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat, kesejahteraan dan keafiatan berpanjangan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku serta Raja Permaisuri Agong, dan terus dikurniakan kebijaksanaan dalam memayungi rakyat serta memimpin negara dengan penuh kedaulatan dan kemakmuran.
Sembah takzim daripada
Pengurusan Tertinggi serta seluruh warga
Agensi Antidadah Kebangsaan
Shamsul Anuar Nasarah
31/05/2026
Hari Wesak adalah masa untuk kita meraikan sinar kedamaian dan menyucikan hati daripada segala kekeruhan yang membebani hidup.
Keindahan sebenar hari ini terletak pada keupayaan kita mengawal diri dan mencari ketenangan abadi tanpa perlu mengejar keseronokan yang sia-sia.
Keamanan hidup yang sebenar hanya akan dirasai apabila jiwa kita merdeka sepenuhnya, tanpa perlu bergantung kepada sebarang sokongan luar yang nampak menenangkan namun sebenarnya merantai kebebasan diri dan mengaburkan jalan pulang.
Mari hargai sinar kehidupan dengan penuh kesyukuran dan kasih sayang. Selamat menyambut Hari Wesak buat semua yang merayakannya.
Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.
30/05/2026
PILIH FAEDAH! BUKAN MUDARAT!
Masa depan kita dipertaruhkan! Jangan biarkan musibah dadah sintetik merosakkan keharmonian kejiranan anda.
Anda mempunyai kuasa untuk memilih. Setiap ahli komuniti perlu bijak menilai. ‘Adakah kita memilih manfaat, atau musibah?’ Keputusan anda hari ini menentukan kualiti hidup kita esok.
Tunjukkan semangat perpaduan! Jadilah pemimpin dalam komuniti anda dengan meningkatkan Kesedaran dan Pengetahuan. Dapatkan fakta sahih dari sumber rasmi AADK, kerana ilmu adalah pelindung terbaik rezeki dan keluarga kita.
Kita lindungi Komuniti, kita jaga Rezeki. Mari kita buktikan kita adalah komuniti yang kuat!
Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.
30/05/2026
29/05/2026
SELAMAT MENYAMBUT
HARI KAAMATAN
DAN
HARI GAWAI
2026
SELAMAT MENYAMBUT HARI KAAMATAN DAN HARI GAWAI 2026
Selamat Menyambut Hari Kaamatan dan Hari Gawai kepada seluruh masyarakat Sabah dan Sarawak serta semua yang meraikannya.
Sambutan yang penuh warna-warni adat, budaya dan tradisi ini merupakan lambang kekayaan warisan yang menjadi kebanggaan negara serta mencerminkan keindahan kepelbagaian masyarakat Malaysia.
Sempena pesta menuai yang diraikan sebagai tanda kesyukuran atas hasil tuaian dan rezeki yang dikurniakan.
Semoga nilai kesyukuran, perpaduan dan kebersamaan yang dizahirkan melalui perayaan ini terus mekar dalam memperkukuh keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara ini.
Ikhlas daripada Dato’ Ruslin Jusoh, Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan.
Shamsul Anuar Nasarah
Kit Ujian Kesan Fentanyl & Magic Mushroom Diperkenal!
27/05/2026
Ada yang boleh jawab? 😉
✨ Selamat Hari Raya Qurban daripada kami AADK! Pernahkah anda terfikir tentang hikmah sebenar ibadah Qurban?
Ibadah ini bukan sekadar menyembelih haiwan, tetapi mengajar kita tentang kesabaran, keikhlasan, dan berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan.
Tunjukkan pandangan anda tentang pengajaran Qurban dan bagaimana ia boleh diamalkan dalam kehidupan seharian!
Mari menjawab kuiz! Tulis jawapan anda serta kongsi apa pengorbanan yang anda telah lakukan di ruangan komen sekarang! Semoga ibadah kita semua diterima Allah dan penuh keberkatan.
Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.
26/05/2026
Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua! 🌙✨
Bila sebut tentang Hari Raya Korban, pasti kita akan terbayang ibadah sembelihan lembu atau kambing, dan kisah pengorbanan agung Nabi Ibrahim A.S. bersama anaknya Nabi Ismail A.S. demi ketaatan kepada Yang Maha Esa.
Tapi hari ini, mari kita renungkan satu lagi bentuk 'pengorbanan' yang jarang kita bicarakan. Pengorbanan dalam diam, yang penuh dengan air mata dan perjuangan yang tak berkesudahan...
Pengorbanan seorang insan yang sedang berjuang melepaskan diri dari cengkaman dadah.
Bagi mereka yang sedang dalam proses pemulihan, 'korban' mereka bukanlah menyembelih haiwan ternakan di pagi raya. Korban mereka adalah menyembelih kehendak dan hawa nafsu sendiri. Ia sebuah pertempuran mental dan fizikal yang sangat dahsyat.
Antara pengorbanan terbesar yang terpaksa mereka lalui:
💆🏻Menahan Kesakitan Fizikal: Berkorban menahan peritnya withdrawal syndrome (gian/sakau) yang menyeksa tubuh badan, semata-mata untuk memastikan tubuh kembali bersih.
👋🏼 Meninggalkan Kisah Silam: Terpaksa mengorbankan kawan-kawan lama, persekitaran yang selesa, dan tabiat lama yang menggalakkan ketagihan demi membuka buku baharu.
🤌🏻 Menelan Stigma: Berkorban rasa malu berhadapan dengan pandangan serong masyarakat, demi membina semula hidup yang pernah hancur.
Untuk apa mereka berkorban sebegini rupa? Semuanya demi mendapatkan kembali kepercayaan keluarga. Untuk melihat kembali senyuman ibu bapa yang sering menangis di tikar sejadah. Untuk memeluk anak isteri tanpa rasa bersalah. Dan paling utama, untuk mencari semula reda Ilahi.
Pengorbanan melawan ketagihan ini bukan sehari dua. Ia adalah perjuangan seumur hidup. Tergelincir itu biasa, tetapi keberanian untuk bangkit semula dan meneruskan 'korban' itu adalah luar biasa.
Di hari yang mulia ini, mari kita sama-sama titipkan doa buat mereka yang sedang berjuang di pusat-pusat pemulihan, mahupun yang sedang melawan ketagihan sendirian. Janganlah kita pandang hina, sebaliknya hulurkanlah sokongan.
Semoga Allah SWT menerima 'pengorbanan' mereka, memberikan kekuatan yang luar biasa, dan mengurniakan mereka peluang kedua untuk hidup sebagai insan yang lebih baik. Amin. 🤲🏼
Salam Aidiladha 🐐
_____________________________________________
Ada Masalah Dadah? Hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.
Telephone
Website
Opening Hours
| Monday | 08:30 - 17:30 |
| Tuesday | 08:30 - 17:30 |
| Wednesday | 08:30 - 17:30 |
| Thursday | 08:30 - 17:30 |
| Friday | 08:30 - 17:30 |
