JKR KETENGAH

JKR KETENGAH

Share

JKR KETENGAH telah ditubuhkan semula pada tahun 2019 dan berfungsi sebagai sebuah agensi teknikal.

Photos from JKR KETENGAH's post 06/05/2026

6 MEI 2026 | Persidangan Pegawai Kanan (SOC) JKR Malaysia 2026

Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua penerima Anugerah Kontraktor Cemerlang sempena SOC 2026. Pengiktirafan ini bukan sahaja melambangkan kejayaan, malah membuktikan keupayaan kontraktor dalam memenuhi piawaian tinggi industri pembinaan negara.

Kategori Pembinaan Lestari (Johan)
Nama Kontraktor : R.M.E. Sdn. Bhd.
Projek Jalan Kg. Pasir Raja, Hulu Dungun, Terengganu ke Sempadan Terengganu / Pahang (Fasa 3A)

Kategori Subkontraktor Dinamakan (NSC) (Tempat Ketiga)
Nama Kontraktor : Persada Karisma Enterprise
Projek Pemasangan Elektrik, Pusat Islam Bandar Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu

Kejayaan ini mencerminkan tahap profesionalisme, disiplin serta integriti yang tinggi dalam memastikan setiap projek dilaksanakan dengan kualiti terbaik, menepati tempoh masa, serta mematuhi keperluan teknikal dan prinsip kelestarian.

JKR KETENGAH komited untuk terus memastikan penyampaian projek yang berimpak tinggi kepada masyarakat mengikut piawaian yang telah ditetapkan.

Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )








04/05/2026

KUNJUNGAN HORMAT KE JABATAN PERHUTANAN NEGERI TERENGGANU

3 Mei 2026 (Ahad) – Jabatan Kerja Raya (JKR) KETENGAH telah mengadakan satu kunjungan hormat ke Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu bagi mengukuhkan hubungan kerjasama strategik antara kedua-dua jabatan.

Kunjungan ini telah diketuai oleh Pengarah JKR KETENGAH, YBrs. Ir. Wan Khairul Anuar bin Wan Mohamad yang turut menjadikan platform perbincangan berfokus kepada isu-isu berkaitan rezab hutan simpan, khususnya melibatkan projek pembinaan jalan baru dari Al Muktafi Billah Shah ke Dungun. Perbincangan yang konstruktif ini diharap dapat mempertingkat penyelarasan serta melancarkan pelaksanaan projek demi kepentingan pembangunan dalam Negeri Terengganu.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengarah, YBrs. Tuan Haji Ramli bin Mat dan seluruh warga Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu di atas kesudian menerima kunjungan ini serta komitmen dalam menjayakan kerjasama yang berterusan.

Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )








Photos from JKR KETENGAH's post 03/05/2026

29 April 2026 | Jalan Kg. Pasir Raja, Hulu Dungun, Terengganu ke Sempadan Terengganu/Pahang (Fasa 3A)

Mesyuarat Tapak Bil. 55 telah dipengerusikan oleh Ir. Ts. Izham bin Ashab @ Izhab, selaku Wakil Pengarah Projek. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Pasukan Projek JKR KETENGAH, wakil agensi berkaitan, kontraktor utama serta pihak perunding.

Mesyuarat diadakan bagi membincangkan perkara-perkara berikut:
• Laporan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP)
• Laporan Prestasi Kerja
• Laporan Pengurusan Alam Sekitar
• Laporan Bayaran Interim

Selain itu, isu-isu teknikal dan berkaitan tapak turut dibincangkan bagi tindakan segera bagi memastikan kelancaran pelaksanaan projek.

Kemajuan kerja fizikal semasa projek adalah sebanyak 81%.

Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )








Photos from JKR KETENGAH's post 03/05/2026

27-30 APRIL 2026 | JALAN KG. PASIR RAJA, HULU DUNGUN, TERENGGANU KE SEMPADAN TERENGGANU/ PAHANG (FASA 3A)

PROGRAM SARINGAN ASAS KESIHATAN

Program ini merupakan sebahagian daripada program tahunan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) yang dianjurkan bagi memastikan tahap kesihatan warga kerja sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan terkawal.

Objektif program ini adalah untuk mengesan tahap kesihatan individu secara awal, mengenal pasti risiko penyakit seperti tekanan darah tinggi, diabetes dan kolesterol serta meningkatkan kesedaran dalam kalangan peserta mengenai kepentingan penjagaan kesihatan. Selain itu, program ini juga bertujuan menggalakkan amalan gaya hidup sihat serta mencegah berlakunya komplikasi kesihatan yang boleh menjejaskan produktiviti kerja.

Program ini diketuai oleh En Che Muhammad Akif bin Che Rozali selaku Pegawai Keselamatan Tapak (SHO) serta dilaksanakan secara berperingkat selama tiga (3) hari berturut-turut dengan penglibatan pasukan projek JKR, pihak perunding dan juga pihak kontraktor. Pelaksanaan secara berperingkat ini bertujuan memastikan kelancaran program serta memberi peluang kepada semua pihak yang terlibat untuk menjalani saringan dengan teratur dan sistematik.

Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )









Photos from JKR KETENGAH's post 17/04/2026

15 APRIL 2026 | LAWATAN HEALTH CHECK PROJEK PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN

Telah diadakan Lawatan Health Check bagi Projek Membina dan Menaiktaraf Struktur Pelengkap Kompleks Sukan di Bandar Al Muktafi Billah Shah oleh Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu.

Lawatan ini telah diketuai oleh YBhg. Dato’ Haji Abdul Kahar bin Abdul Latif, Pengarah Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu. Turut hadir bersama adalah YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dan YBrs. Encik Md Razi bin Md Lazim, Pengarah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah Negeri Terengganu.

Lawatan ini juga turut dihadiri pegawai-pegawai dari Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (PPN), Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), JKR KETENGAH serta Kontraktor Utama iaitu Nadi Construction Sdn. Bhd.

Delegasi telah disambut oleh YBrs. Ir. Wan Khairul Anuar bin Wan Mohamad, Pengarah JKR KETENGAH. Seterusnya, satu sesi pembentangan projek telah disampaikan oleh beliau, diikuti dengan taklimat semasa lawatan tapak.

Objektif utama lawatan ini adalah bagi memastikan pelaksanaan projek berjalan mengikut jadual yang ditetapkan serta menepati standard kualiti yang telah digariskan, selaras dengan komitmen jabatan dalam memastikan penyampaian projek adalah pada tahap yang terbaik.

JKR akan terus memantau pelaksanaan projek ini bagi memastikan projek disiapkan dan dapat diserahkan kepada Pelanggan untuk manfaat masyarakat setempat.

Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )









Photos from JKR KETENGAH's post 17/04/2026

14 APRIL 2026 | LAWATAN SEMPENA ANUGERAH KONTRAKTOR CEMERLANG (AKC) SEMPENA PERSIDANGAN PEGAWAI KANAN (SOC) JKR TAHUN 2026 BAGI KATEGORI SUB KONTRAKTOR DINAMAKAN (NSC) ELEKTRIKAL

Satu sesi lawatan penilaian AKC NSC bagi Projek Pemasangan Elektrik Untuk Pembinaan Pusat Islam Bandar Ketengah Jaya, Mukim Rasau, Dungun Terengganu telah diadakan bagi pemeriksaan dokumen dan di tapak projek mengikut kriteria yang ditetapkan.

Pusat ini turut berperanan sebagai pusat aktiviti masyarakat di mana berperanan sebagai lokasi ilmu, sambutan hari kebesaran islam serta program kebajikan yang menyatukan komuniti. Pembinaan pusat ini melambangkan usaha berterusan pihak kerajaan dan agensi dalam memperkukuhkan pembangunan sosial dan rohani disamping menyokong kesejahteraan perpaduan masyarakat.

Projek ini adalah di bawah agensi pelaksana dan pemantauan PEGAWAI PENGUASA (PENGARAH JKR KETENGAH, Yang Berusaha Tuan Ir. Wan Khairul Anuar Bin Wan Mohamad) dan untuk skop elektrikal di bantu oleh WAKIL PEGAWAI PENGUASA (PAKAR)- ELEKTRIK iaitu Pn. Lafsah Binti Mat Daud, Jurutera Elektrik JKR KETENGAH manakala SUB KONTRAKTOR DINAMAKAN (NSC)-ELEKTRIK bagi projek ini adalah Persada Karisma Enterprise.

JKR KETENGAH ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ketua Panel Penilai iaitu Yang Berusaha Tuan Ir. Saiful Zuhaimi bin Ahmad (Jurutera Elektrik Penguasa Kanan) dan barisan panel yang lain atas kesudian lawatan dan penilaian AKC pada Tahun 2026 ini.

Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )









Photos from JKR KETENGAH's post 15/04/2026

14 APRIL 2026 | AUDIT DALAMAN SPB JKR KETENGAH TAHUN 2026

Sesi Audit Dalaman SPB 2026 JKR KETENGAH bagi Projek Membina dan Menaiktaraf Struktur Pelengkap Kompleks Sukan Al Muktafi Billah Shah telah dilaksanakan dengan jayanya. Audit ini diketuai oleh Ketua Pasukan Audit, Ir. Ts. Mohd Faiz bin Ab Ghani bersama pasukan audit yang terlibat.

Audit ini bertujuan untuk menilai tahap pematuhan pelaksanaan projek mengikut prosedur serta spesifikasi yang telah ditetapkan, di samping memastikan kualiti kerja berada pada tahap yang memuaskan. Selain itu, audit ini juga dilaksanakan bagi mengenal pasti ruang penambahbaikan dalam usaha meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pelaksanaan projek.

Turut diadakan lawatan tapak yang melibatkan pemeriksaan fizikal kerja-kerja di lokasi projek, semakan kemajuan semasa serta sesi perbincangan bersama pihak pasukan projek bagi memastikan segala pelaksanaan berjalan lancar seperti yang dirancang.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan sesi audit ini. Semoga segala hasil dapatan dan cadangan penambahbaikan dapat memberi impak positif terhadap kualiti pelaksanaan projek pada masa akan datang.

Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )









Photos from JKR KETENGAH's post 10/04/2026

Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima bagi kerja-kerja Tawaran Semula Pembangunan Simpang Masuk Di Perbandaran Bukit Besi telah berlangsung pada 09 April 2026 (Khamis) bertempat di Bilik Mesyuarat Kelah, Tingkat 2, JKR KETENGAH, Ajil, Terengganu.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Wan Khairul Anuar bin Wan Mohamad, Pengarah JKR KETENGAH.

Tahniah diucapkan kepada Kontraktor yang berjaya dan semoga dapat memberi komitmen sepenuhnya untuk menyiapkan projek dalam tempoh kontrak yang telah ditetapkan. Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada semua pihak yang telah menyumbang kepada kejayaan pengeluaran SST projek ini, khususnya Pengurusan Tertinggi Jabatan Kerja Raya Malaysia, Cawangan Jalan Ibu Pejabat JKR Malaysia, Unit Kontrak dan Ukur Bahan serta Unit Kejuruteraan Awam & Struktur JKR KETENGAH.

Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )








Photos from JKR KETENGAH's post 01/04/2026

31 MAC 2026 | PROJEK JALAN KG. PASIR RAJA, HULU DUNGUN, TERENGGANU KE SEMPADAN TERENGGANU/ PAHANG (FASA 3A)

PERSONAL PROTECTIVE EQUIPMENT (PPE) TRAINING

Objektif Latihan PPE
1. Meningkatkan Kesedaran Keselamatan
• Memberi pemahaman tentang kepentingan penggunaan PPE dalam mencegah kecederaan dan penyakit pekerjaan.

2. Memahami Jenis dan Fungsi PPE
• Mengenal pasti pelbagai jenis PPE seperti helmet keselamatan, sarung tangan, pelindung mata, pelindung pendengaran, dan respirator serta kegunaannya.

3. Penggunaan PPE yang Betul
• Mengajar cara memakai, menanggalkan, dan melaraskan PPE dengan betul untuk memastikan perlindungan maksimum.

4. Penjagaan dan Penyelenggaraan PPE
• Menjelaskan cara menjaga, membersihkan, dan menyimpan PPE supaya tahan lama dan berfungsi dengan baik.

5. Pematuhan kepada Peraturan Keselamatan
• Memastikan pekerja memahami dan mematuhi garis panduan keselamatan serta undang-undang berkaitan PPE.

6. Mengenal Risiko di Tempat Kerja
• Membantu pekerja mengenal pasti bahaya dan memilih PPE yang sesuai mengikut jenis risiko.

7. Mengurangkan Kemalangan dan Kecederaan
• Mengurangkan kadar kemalangan melalui penggunaan PPE yang konsisten dan betul.

Program ini diketuai oleh En Che Muhammad Akif bin Che Rozali selaku Pegawai Keselamatan Tapak (SHO). Penglibatan bersama Pasukan Projek, pihak Perunding dan pihak Kontraktor.

Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )









Photos from JKR KETENGAH's post 30/03/2026

30 MAC 2026 | PROJEK JALAN KG. PASIR RAJA HULU DUNGUN, TERENGGANU KE SEMPADAN TERENGGANU/PAHANG (FASA 3A)

Pelaksanaan Audit Alam Sekeliling Oleh Juruaudit Pihak Ketiga

Audit Alam Sekeliling telah dilaksanakan bagi memastikan pematuhan terhadap keperluan perundangan, serta pelaksanaan langkah-langkah kawalan pencemaran yang relevan sepanjang fasa pembinaan projek. Objektif utama audit ini adalah bagi memastikan:

- Pemantauan pematuhan terhadap peraturan dan undang-undang alam sekitar.
- Pelaksanaan kaedah kawalan pencemaran mengikut garis panduan.
- Pelaksanaan kawalan dan langkah mitigasi seperti yang telah dirancang dalam Pelan Kawalan Hakisan dan Kelodak (ESCP).
- Penjagaan dan pemeliharaan kualiti alam sekitar di kawasan projek

Pelaksanaan audit ini telah diketuai oleh En Taufiq b. A.Talib dan dibantu oleh Pn Siti Sofea Humaira Binti Zulkflee dari Perunding Alam sekitar iaitu O&E Technologies Sdn Bhd dan dipantau bersama pihak JKR Ketengah.

Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )









Photos from JKR KETENGAH's post 30/03/2026

29 MAC 2026 | PROJEK JALAN KG. PASIR RAJA HULU DUNGUN, TERENGGANU KE SEMPADAN TERENGGANU/PAHANG (FASA 3A)

Mesyuarat Tapak Bil. 54 telah dipengerusikan oleh Ir. Wan Khairul Anuar bin Wan Mohamad, selaku Pengarah Projek. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Pasukan Projek JKR KETENGAH, wakil agensi berkaitan, kontraktor utama serta pihak perunding.

Mesyuarat diadakan bagi membincangkan perkara-perkara berikut:
• Laporan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP)
• Laporan Prestasi Kerja
• Laporan Pengurusan Alam Sekitar
• Laporan Bayaran Interim

Selain itu, isu-isu teknikal dan berkaitan tapak turut dibincangkan bagi tindakan segera bagi memastikan kelancaran pelaksanaan projek.

Kemajuan kerja fizikal semasa projek adalah sebanyak 80%.

Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )








Want your business to be the top-listed Government Service in Ajil?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address

JABATAN KERJA RAYA KETENGAH B18-2, Aras 2, Bangunan Ajil Trade Center (ATC)
Ajil
21800

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:00
Sunday 08:00 - 17:00