Pengurusan FELDA Jerangau Official

Website

Pengurusan FELDA Jerangau Official Sebuah Tanah Rancangan FELDA Tahun 1962

Program Kembara Pendidikan Tinggi @ Terengganu 2026 bersama komuniti Felda Jerangau pada hari ini. Ucapan ribuan terima ...
26/09/2026

Program Kembara Pendidikan Tinggi @ Terengganu 2026 bersama komuniti Felda Jerangau pada hari ini. Ucapan ribuan terima kasih kepada UiTM cawangan Terengganu menyumbang masa, tenaga dan ilmu kepada komuniti Felda Jerangau. Semoga ilmu yang disampaikan dapat memberi manfaat kepada komuniti setempat untuk menjana pendapatan sampingan.

Alhamdulillah, program Yasin telah berlangsung dengan lancar. Semoga segala doa dan bacaan yang dipanjatkan mendapat keb...
24/09/2026

Alhamdulillah, program Yasin telah berlangsung dengan lancar. Semoga segala doa dan bacaan yang dipanjatkan mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

Terima kasih kepada semua yang hadir dan bersama-sama menjayakan program ini.

Akan Datang!Nantikan sambutan Hari Peneroka FELDA Jerangau yang bakal berlangsung tidak lama lagi! Mohon kerjasama semua...
18/09/2026

Akan Datang!

Nantikan sambutan Hari Peneroka FELDA Jerangau yang bakal berlangsung tidak lama lagi!

Mohon kerjasama semua warga FELDA Jerangau untuk LIKE, SHARE & sebarkan hebahan ini agar lebih ramai dapat mengetahui dan bersama-sama memeriahkan sambutan Hari Peneroka kita.

Jumpa anda nanti!

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU J...
17/09/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) Negeri Terengganu atas keprihatinan serta bantuan yang diberikan kepada peniaga-peniaga kecil yang terjejas akibat bencana ribut di FELDA Jerangau pada 4 September 2026.

Bantuan ini amat bermakna dalam membantu meringankan beban para peniaga yang terkesan serta memberi sokongan untuk mereka bangkit dan meneruskan kembali perniagaan.

Semoga segala usaha dan keprihatinan ini terus memberi manfaat kepada masyarakat yang memerlukan.

17/09/2026

Pengurusan FELDA Jerangau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakan Pusat Pendaftaran Mangsa (PPM) Bencana Ribut FELDA Jerangau.

Terima kasih kepada pihak Pejabat Daerah Dungun, NADMA, JPKK serta semua warga FELDA Jerangau yang bersama-sama membantu dan memudahkan urusan pendaftaran mangsa.

Semoga segala usaha dan kerjasama yang diberikan mendapat keberkatan serta dipermudahkan segala urusan.

TAHNIAH & SYABAS!Pengurusan FELDA Jerangau merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Persatuan Belia (MB...
16/09/2026

TAHNIAH & SYABAS!

Pengurusan FELDA Jerangau merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Persatuan Belia (MBFM) FELDA Jerangau Persatuan Belia (MBFM) Felda Jerangau atas kejayaan merangkul Tempat Ketiga, Kategori Pertubuhan Belia dalam Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Kebangsaan Tahun 2026.

Kejayaan ini merupakan hasil komitmen, kerjasama, kesungguhan dan semangat luar biasa seluruh warga MBFM FELDA Jerangau.

Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kejayaan serta mengharumkan nama FELDA Jerangau dan Negeri Terengganu.

15/09/2026
15/09/2026

🎉 TAHNIAH & SYABAS! 🎉

Majlis Belia FELDA Wilayah Terengganu merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada Persatuan Belia (MBFM) FELDA Jerangau, Terengganu atas kejayaan meraih Tempat Ketiga bagi Kategori Pertubuhan Belia dalam Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) 2026.

🏆 Kejayaan ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan dan menjadi bukti kesungguhan, komitmen serta semangat kepimpinan belia FELDA dalam menggerakkan aktiviti dan pembangunan belia di peringkat komuniti.

Semoga kejayaan ini terus menjadi pembakar semangat kepada seluruh warga MBFM FELDA Jerangau untuk melakar lebih banyak kecemerlangan pada masa akan datang.
Tahniah MBFM FELDA Jerangau!
Teruskan melangkah, teruskan mencipta kejayaan! 💪✨

Ikhlas daripada:
Pengerusi & Seluruh Barisan Jawatankuasa
Majlis Belia FELDA Wilayah Terengganu


09/09/2026

Alhamdulillah, selesai sudah Penilaian Akhir Pertandingan Gemilang Semarak Merdeka hari ini. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang telah bersama-sama menjayakannya. ❤️

Terima kasih barisan kepimpinan FELDA Jerangau JKKR, GPW, KAF, MBFM serta jutaan terima kasih khusus buat Ahli Zon Bunga Loceng, Zon Puding, Zon Pandan Emas, Zon Bunga Merah, Zon Bunga Jasmin & Zon Bunga Telang, warga SK LKTP Jerangau, Tabika KEMAS, Sekolah PASTI, para sukarelawan serta semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.

Semoga segala usaha dan kerjasama ini menjadi kenangan indah, mengeratkan ukhwah dan silaturahim, serta terus berkekalan dalam kalangan warga FELDA Jerangau.

Terima kasih semua🌹✨
Kampungku Indah,Komuniti Gemilang!

HEBAHAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE ASRAMA SEMAI BAKTI FELDA TINGKATAN 1 TAHUN 2027 Pengurusan Asrama Semai Bakti FELDA mela...
09/09/2026

HEBAHAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE ASRAMA SEMAI BAKTI FELDA TINGKATAN 1 TAHUN 2027

Pengurusan Asrama Semai Bakti FELDA melalui Jabatan Pembangunan Komuniti & Generasi FELDA mempelawa murid tahun 6 sesi persekolahan 2026 warga FELDA yang memiliki sahsiah terpuji, jati diri yang tinggi dan cemerlang dalam akademik serta aktif dalam aktiviti kokurikulum untuk mengikuti sistem pendidikan di Asrama Semai Bakti FELDA. Untuk memohon sila klik pautan dibawah atau imbas kod QR.

Tarikh: 10 September 2026 – 30 September 2026

Untuk Permohonan melalui: http://myasbf.felda.net.my/register

Untuk keterangan lanjut berkaitan ASBF: http://myasbf.felda.net.my

Address

Pejabat FELDA Jerangau
Ajil
21820

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pengurusan FELDA Jerangau Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share