Amanah Asahan

Amanah Asahan

Share

Amanah Progresif Peduli

Photos from Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Alor Gajah's post 17/12/2025
Photos from Ashraf Mukhlis's post 14/11/2025
Photos from Amanah Alor Gajah's post 12/11/2025
03/11/2025

Selamat menduduki peperiksaan kepada semua pelajar!

Semoga diberi ketenangan, keyakinan dan kejayaan yang cemerlang.

Teruskan berusaha, berdoa dan bertawakal.



16/09/2025

"Selamat Hari Malaysia 2025 πŸ‡²πŸ‡Ύ

Bersama menggenggam iman, menyulam persaudaraan, dan mengangkat perpaduan demi tanah air tercinta.

Malaysia MADANI : Rakyat Disantuni

31/08/2025

πŸ‡²πŸ‡Ύ Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-68!
Semoga semangat kemerdekaan terus menyatukan kita semua demi Malaysia yang lebih aman, maju dan sejahtera.

28/08/2025

🚩KONVOI MERDEKA 2025 🚩

Sempena sambutan Hari Kebangsaan & Hari Malaysia, kami menjemput seluruh warga Alor Gajah untuk bersama-sama memeriahkan Konvoi Merdeka 2025 anjuran YB Adly Zahari, Ahli Parlimen Alor Gajah.

πŸ“… Tarikh: 30 Ogos 2025 (Sabtu)
πŸ•— Masa: 8.00 pagi – 2.00 petang
πŸ“ Tempat Mula: Pejabat Amanah Alor Gajah, Durian Tunggal

✨ Laluan Konvoi & Checkpoint:
1️⃣ Durian Tunggal – Pejabat Amanah Alor Gajah
2️⃣ Pekan Asahan – Warung Azahan
3️⃣ Machap Jaya – Taman Rekreasi Datuk Wira Poh Ah Tiam
4️⃣ Gadek – Taman Opah Kuala Ina
5️⃣ Rembia – Nasi Kukus (depan Balai Bomba)

πŸ‡²πŸ‡Ύ Ayuh kita bersama dalam semangat Malaysia MADANI – Rakyat Disantuni, menyemarakkan patriotisme dan memperkukuh perpaduan.

πŸ”₯ Jangan lepaskan peluang untuk turut serta!
Sama-sama kita kibarkan jalur gemilang dan raikan kemerdekaan dengan penuh semangat βœŠπŸ‡²πŸ‡Ύ




Photos from Amanah Negeri Melaka's post 20/06/2025
06/06/2025

Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita sekali lagi diberi kesempatan untuk menyambut Hari Raya Aidiladha, hari yang penuh keberkatan, pengorbanan dan keinsafan.

Aidiladha bukan sahaja memperingati pengorbanan agung Nabi Ibrahim A.S dan anakandanya Nabi Ismail A.S, tetapi juga menyeru kita semua untuk menghayati erti sebenar pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan kepada perintah Allah. Ia mengajar kita nilai kasih sayang, persaudaraan dan keprihatinan terhadap mereka yang memerlukan.

Dalam kita bergembira menyambut hari yang mulia ini, janganlah kita lupa akan saudara-saudara kita di Palestin yang sedang menghadapi ujian dan penderitaan yang amat berat. Setiap titisan darah mereka, setiap ratapan anak kecil, dan setiap doa yang dipanjatkan dari bumi yang dijajah itu, adalah simbol ketabahan dan perjuangan yang tidak pernah padam.

Marilah kita bersama-sama mengangkat doa agar bumi Palestin kembali aman dan merdeka. Semoga Allah SWT melindungi mereka yang tertindas dan memberi kekuatan kepada pejuang-pejuang kebenaran di sana. Aidiladha ini kita hayati bukan sahaja dengan ibadah korban, tetapi juga dengan kesedaran bahawa perjuangan menegakkan keadilan adalah satu tuntutan iman.

Akhir kata, kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam. Semoga pengorbanan kita diterima Allah SWT, dan semoga semangat Aidiladha terus menyatukan kita semua dalam satu ummah yang kuat, penyayang dan berprinsip.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahilhamd.

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Want your business to be the top-listed Government Service in Alor Gajah?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address

Alor Gajah