Nazriq Rahman

Nazriq Rahman

Share

Pengerusi Gerakan Tanah Air Melaka

Pengerusi Parti Berjasa Melaka

"Membangun Watan Berdaulat"

03/03/2025

Jemput semua memeriahkan.

27/10/2024

Langkah Pedas

Grobok Salai pun saya rasa tak sepedas dulu dah di Pedas. Saya rasa dulu lagi pedas, tak tahulah adakah disebabkan lidah saya dah Imun dengan pedas atau pun memang dah tak pedas masak lemak nya ๐Ÿ˜Š

Saya tanya Tok Bad, dia kata pedas lagi๐Ÿ˜€ Mungkin kena cari kedai masak lemak yang lebih pedas lagi kot ๐Ÿคญ


Photos from Nazriq Rahman's post 23/10/2024

Pertemuan makam tertinggi kenalah tempat makan dalam talam๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€

Ada keberkatan dan kehangatan ukhwah.

'

18/10/2024

Saya Ulang 2x

Sedaghe

Photos from Nazriq Rahman's post 07/10/2024

Permainan Ragbi

Dari Abang Long sekolah rendah lagi saya beritahu

"Abi tak galakkan Abang Long masuk ragbi, tetapi Abi tak melarang Abang Long nak masuk permainan Ragbi"

Sebab dalam pengalaman hidup saya peribadi , ramai kenalan saya (bukan semua) yang aktif ragbi dulu di sekolah mengalami pelbagai kecederaan. Ada umur 30 tahun dah tak boleh 'jogging' , ada kena buat pembedahan disebabkan pelbagai kecederaan bermain ragbi. sedangkan kaki dan badan nak pakai sampai tua (Dengan kehendak Nya).

Bila Abang Long dah masuk asrama, dia aktif pulak ragbi walaupun saya peribadi tak galakkkan๐Ÿ˜Š Ni nak beli boot ragbi punyalah susah nak jumpa yang sesuai.

Abang Long ambil masa nak cari, bila dia dah minat boot minta saiz besar, takda pulak saiz besar. huhuhu.

Akhirnya saya minta Al Ikhsan keluarkan semua boot saiz besar yang ada, Alhamdulillah ada juga jumpa saiznya. Inipun Abang Long minta Umminya beli stokin 'Grip' pulak ๐Ÿ˜€

Permainan Ragbi ni memang terdedah risiko kecederaan, namun saya tak halang Abang Long nak bermain Ragbi. Sekarang pun, video dia tengok pun banyak video ragbi. Kalau boleh pergi jauh ok je.

Mungkin kekawan yang ada pengalaman main ragbi dulu boleh kongsi pandangan berbeza ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š


04/10/2024

Kapal Besar besi baharu mula berlayar di lautan dalam dan berbahaya.



Photos from Nazriq Rahman's post 24/09/2024

Pelbagai urusan hari ni, beli je makanan diskaun 50%๐Ÿคฒ. Banyak jimat untuk 2 orang makan๐Ÿ˜Š

Berger AEON ni besar sungguh, lebih besar daripada burger Ramly. Saiz macam Whopper kot. Harga lepas diskaun 50% jadi Rm 2.45 je.. wow. Murah dan berbaloi sungguh ๐Ÿ˜€



Photos from Nazriq Rahman's post 20/09/2024

Bersama Jentera PN untuk PRK Mahkota, di Bandar Kluang. Moga Kemenangan kepada calon PN untuk PRK kali ni.

Seruan paling utama, ajak dan seru pengundi turun mengundi menunaikan tanggungjawab sabtu hadapan.


Photos from Nazriq Rahman's post 10/09/2024

Kehidupan berdua apabila anak anak dah masuk Asrama๐Ÿ˜€

Isteri tanya, fish & chip ni tak diberi sos ke? rupanya sosnya warna putih, tak tahu apa namanya tapi dah podeh.


Photos from Nazriq Rahman's post 04/09/2024

Menghadiri jemputan penerangan Akta Pembangunan Semula Tanah Bandar mengancam Orang Melayu.

Tanah adalah kekuatan, kekuasaan orang Melayu. Memetik kata kata Puan Sulaiman yang banyak memperjuangkan Tanah Rizab Orang Melayu " Dulu ambil tanah secara Peperangan, Sekarang ambil tanah secara Terang terangan"

Lebih separuh rizab Tanah Melayu hilang di Malaysia sekarang ni, Siap peta, kawasan ditandakan tanah Rizab Melayu hilang.

Akta Pembangunan yang dibawa KPKT menteri DAP ni perlu dibantah oleh semua MP Melayu & juga Umat Islam di Malaysia.

Turut dihadiri Ahli Parlimen Kuala Terengganu merangkap Pembangunan Lajnah Tanah PAS, Pengerusi PN Melaka & Ketua Pembangkang DUN Melaka dan semua Ahli Parlimen PN Melaka, Pesuruhjaya PAS Melaka, Ahli Parlimen Jasin, Ustaz Zul, Tangga Batu & Masjid Tanah dan BBK (Badan Bukan Kerajaan) yang hadir.

Terima kasih atas Jemputan, boleh dikembangkan lagi untuk kesedaran orang Melayu



Photos from Nazriq Rahman's post 14/08/2024

Ukhwah cara Masculin

'Guyz, jom keluar'.

Ok jom disambut beberapa yang lain.

Nak pergi mana?

'Tak tahu?', Pergilah mana mana kita pusing, ada gerai, kita behenti lah๐Ÿคญ

Ok jom sekarang. Perut pun tengah lapar ni disambut oleh sorang rakan yang lain.

Start Engine, terus gerak pusing pusing, jumpa tempat 'Healing', tapi makanan kat gerai nak dekat habis makanannya. Beli jelah apa yang ada, makan tepi sungai ๐Ÿ˜Š.

Sambil makan makan, sambil gelak gelak, selesai masalah dan keletihan ๐Ÿ˜€. Balik semula.

Kan senang kan? Itulah dunia Masculin ๐Ÿ˜Š๐Ÿคฒ.



Want your business to be the top-listed Government Service in Alor Gajah?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address

Alor Gajah