Demi Alor Gajah

Demi Alor Gajah

Share

Bersatu Bersetia Berkhidmat

31/03/2026

TAHNIAH SEMPENA 3 TAHUN PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI MELAKA

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh,Pengerusi BPUNM,Ketua Menteri Melaka sempena genap 3 tahun menerajui pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka.

Tiga tahun mengemudi bahtera kepimpinan, menyusun langkah dengan penuh hikmah, memacu negeri dengan iltizam yang tidak pernah goyah. Di bawah naungan kepimpinan ini, Melaka terus melakar kemajuan, ekonominya diperkasa, rakyatnya disantuni, dan masa depannya dibina dengan penuh harapan.

Setiap usaha yang digerakkan mencerminkan jiwa kepimpinan yang berani, berwawasan dan berteraskan semangat โ€œBijak Laksana Tuah, Berani Laksana Jebatโ€ yang membawa negeri ini terus melangkah gagah di persada kejayaan.

Semoga Melaka terus mekar sebagai negeri berdaya maju, dilimpahi kemakmuran dan dipayungi kesejahteraan di bawah kepimpinan yang berjiwa rakyat.

Melaka Sayang Rakyat.
Dari hati yang memimpin, lahir kasih yang memayungi;
Dari usaha yang tulus, terbina masa depan yang gemilang.
TAHNIAH!!
DSU Ab Rauf Yusoh.

25/03/2026

๐‰๐ž๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ญ๐š๐ง ๐‰๐š๐ฆ๐ฎ๐š๐ง ๐€๐ข๐๐ข๐ฅ๐Ÿ๐ข๐ญ๐ซ๐ข & ๐๐ž๐ซ๐š๐ฌ๐ฆ๐ข๐š๐ง ๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐–๐š๐ค๐ข๐ฅ ๐‘๐š๐ค๐ฒ๐š๐ญ ๐”๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐‘๐š๐ค๐ฒ๐š๐ญ

Dengan penuh rasa kesyukuran, kami menjemput seluruh warga untuk bersama-sama memeriahkan:

๐ŸŒ™ Jamuan Aidilfitri Melaka Sayang Rakyat (DUN Asahan)
๐ŸŽ‰ Perasmian Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat
๐Ÿ“ Alor Gajah: Kampung Kita

๐Ÿ—“๏ธ 4 April 2026 (Sabtu)
โฐ 9.00 pagi โ€“ 12.00 tengah hari
๐Ÿ“Œ Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Senggeh

๐Ÿ’š Pelbagai juadah menarik menanti anda!
๐Ÿ’š Eratkan silaturahim, semarakkan Aidilfitri bersama komuniti

๐ŸŒŸ Semua dijemput hadir!

Melaka Sayang Rakyat โค๏ธ

Ab Rauf Yusoh
Kerajaan Negeri Melaka



20/03/2026

โœจ Salam Aidilfitri 1447H | 2026M โœจ

Di hari yang mulia ini,
kita eratkan silaturahim,
kita sucikan hati yang mungkin pernah terluka.

Maaf Zahir & Batin buat semua.
Semoga Aidilfitri kali ini membawa
kebahagiaan, keberkatan dan ketenangan
buat kita sekeluarga.

Teruskan menyemai kasih,
memperkukuh perpaduan,
demi Melaka yang lebih sejahtera.

Melaka Sayang Rakyat โค๏ธ


Photos from Fairul Nizam Roslan Along's post 13/03/2026
13/03/2026

๐ŸŒ™ MEMBURU MALAM LAILATUL QADAR

Ramadan semakin menghampiri penghujungnya.
Pada 10 malam terakhir, terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan โ€” iaitulah Malam Lailatul Qadar.

Inilah malam yang penuh rahmat, keampunan dan keberkatan daripada Allah SWT.
Jangan kita lepaskan peluang ini dengan sia-sia.

Sabda Rasulullah ๏ทบ:

โ€œBarangsiapa yang menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran daripada Allah, maka diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.โ€
(Hadis Riwayat al-Bukhari & Muslim)

โœจ Ayuh kita perbanyakkan ibadah, doa dan istighfar pada 10 malam terakhir Ramadan.

Semoga kita semua dipertemukan dengan Malam Lailatul Qadar.

Salam Jumaat Penuh Barokah

Perkongsian bersama:
Biro Dakwah UMNO Bahagian Alor Gajah

11/03/2026

๐ŸŒ™ DOA MUSTAJAB UNTUK ORANG YANG BERPUASA

Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi juga bulan di mana doa-doa dimakbulkan oleh Allah SWT.

Rasulullah ๏ทบ bersabda:

โ€œTiga golongan yang tidak akan ditolak doanya: orang yang berpuasa ketika dia berbuka, pemimpin yang adil, dan doa orang yang dizalimi.โ€
(Riwayat Tirmizi)

Allah SWT juga berfirman dalam Al-Quran:

ูˆูŽุฅูุฐูŽุง ุณูŽุฃูŽู„ูŽูƒูŽ ุนูุจูŽุงุฏููŠ ุนูŽู†ูู‘ูŠ ููŽุฅูู†ูู‘ูŠ ู‚ูŽุฑููŠุจูŒ
ุฃูุฌููŠุจู ุฏูŽุนู’ูˆูŽุฉูŽ ุงู„ุฏูŽู‘ุงุนู ุฅูุฐูŽุง ุฏูŽุนูŽุงู†ู

โ€œDan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku memperkenankan doa orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku.โ€
(Surah Al-Baqarah: 186)

Jangan lepaskan peluang sepanjang Ramadan ini.
Perbanyakkan doa ketika berpuasa, terutama ketika hampir waktu berbuka, kerana itulah saat yang penuh rahmat dan keberkatan.

Semoga Allah SWT menerima amal ibadah kita dan mengurniakan kehidupan yang penuh keberkatan, keampunan dan rahmat-Nya.

๐Ÿคฒ Jangan lupa doakan juga untuk keluarga, sahabat dan seluruh umat Islam.









06/03/2026

๐”๐Œ๐๐Ž ๐๐”๐Š๐€ ๐๐ˆ๐๐“๐” ๐๐„๐๐˜๐€๐“๐”๐€๐ ๐“๐€๐๐๐€ ๐’๐˜๐€๐‘๐€๐“

1. Sempena keberkatan Ramadan Al-Mubarak, bulan yang mengajak umat Islam bermuhasabah, memperbaiki hubungan dan memperkukuh ukhuwah, UMNO melihat kesempatan ini sebagai waktu terbaik untuk mempertautkan kembali tali perjuangan parti.

2. โ Hakikatnya, sesebuah parti tidak hanya bergantung kepada kekuatan struktur organisasi, tetapi terbina atas sokongan, dokongan dan kebersamaan seluruh ahlinya di setiap peringkat.

3. โ Atas semangat tersebut, UMNO membuka pintu Rumah Bangsa ini seluas-luasnya kepada mana-mana bekas ahli yang pernah dipecat, digantung keahliannya untuk kembali atau mana-mana individu yang mahu bersama dengan perjuangan ini untuk menyertai UMNO.

4. โ Dalam semangat Ramadan yang penuh rahmat dan keampunan, segala kekhilafan dan perbezaan yang lalu dimaafkan sepenuhnya, demi membuka lembaran baharu untuk memperkukuh kembali keluarga besar UMNO.

5. โ Sehubungan itu, Jawatankuasa Rumah Bangsa yang dipengerusikan oleh Dato' Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin akan menyelaraskan proses ini dengan segera melalui tatacara yang bersesuaian menurut Perlembagaan UMNO.

6. โ Semoga usaha ini dipermudahkan oleh Allah Subhanahuwataala dan menjadi titik penyatuan yang memperkukuh kembali kekuatan parti dalam meneruskan kelangsungan agenda perjuangan demi Agama, Bangsa dan Tanahair, serta memastikan masa depan yang lebih baik untuk rakyat dan negara.

AHMAD ZAHID BIN HAMIDI
6 Mac 2026

05/03/2026

๐ŸŒ™ RAMADAN PENUH BERKAT

Ganjaran Pahala Memberi Orang Lain Makan

Memberi makan kepada orang lain, terutama ketika mereka berpuasa, adalah antara amalan yang sangat besar ganjarannya di sisi Allah SWT.

Rasulullah SAW bersabda:

โ€œSesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa untuk berbuka, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa mengurangkan sedikit pun pahala orang yang berpuasa tersebut.โ€
(Riwayat al-Tirmizi)

๐Ÿฝ๏ธ Marilah kita merebut peluang di bulan Ramadan ini dengan:
โ€ข Berkongsi rezeki
โ€ข Memberi makan kepada yang memerlukan
โ€ข Menghidupkan budaya bersedekah

Semoga setiap suapan yang kita berikan menjadi asbab keberkatan dan pahala yang berlipat ganda.

โธป

Perkongsian Oleh :
Biro Dakwah UMNO Bahagian Alor Gajah








04/03/2026

๐ŸŒ™ TAZKIRAH RAMADAN : MENJAGA ADAB DAN AKHLAK KETIKA BERPUASA

Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi juga mendidik diri untuk menjaga akhlak, tutur kata dan perbuatan.

Puasa mengajar kita menahan diri daripada perkara yang boleh merosakkan pahala seperti mengumpat, berkata kasar, menipu, atau menyakiti hati orang lain.

Rasulullah SAW bersabda:

โ€œBarangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta dan perbuatan buruk, maka Allah tidak berhajat kepada puasanya yang hanya meninggalkan makan dan minum.โ€
(Riwayat al-Bukhari)

Marilah kita jadikan Ramadan ini sebagai madrasah tarbiah diri, memperbaiki akhlak dan memperbanyakkan amal kebaikan.

Semoga puasa kita bukan sekadar menahan lapar, tetapi menjadi jalan menuju taqwa dan keredhaan Allah SWT.

๐Ÿ“บ Saksikan tazkirah ringkas ini sebagai peringatan buat kita semua.







28/02/2026

๐ŸŒ™ Solat Tarawih Satu Anugerah

Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga.
Ia bulan pengampunan. Bulan peluang kedua.

Dan Tarawihโ€ฆ adalah hadiah malamnya.

Rasulullah SAW bersabda:
โ€œSesiapa yang mendirikan (qiyam) Ramadan dengan penuh iman dan mengharapkan pahala, diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.โ€
(Hadis Riwayat Imam al-Bukhari & Imam Muslim)

Bayangkanโ€ฆ satu malam.
Beberapa rakaat.
Dan Allah buka pintu keampunan seluasnya.

Jangan biar Ramadan berlalu tanpa Tarawih.
Mungkin ini Ramadan terakhir kitaโ€ฆ





27/02/2026

Ramadan makin hampir ke penghujungnyaโ€ฆ
Jangan biarkan Ramadan pergi tanpa kita sempurnakan kewajipan.

Zakat fitrah bukan sekadar bayaran.
Ia penyucian jiwa.
Ia tanda syukur.
Ia kegembiraan untuk mereka yang memerlukan.

Sabda Rasulullah ๏ทบ:

โ€œRasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah sebagai penyuci bagi orang yang berpuasa daripada perbuatan sia-sia dan kata-kata kotor serta sebagai makanan bagi orang miskin.โ€
(Riwayat Abu Daud)

Bayangkanโ€ฆ
Dengan sedikit yang kita keluarkan,
ada keluarga yang mampu tersenyum di pagi Syawal.

Jangan tunggu saat akhir.
Jangan tunggu diingatkan.
Jangan tunggu rasa cukup.

๐Ÿ’š Sempurnakan Ramadan kita dengan menunaikan zakat fitrah.

Salam Jumaat Penuh Barokah

Perkongsian Ikhlas Biro Dakwah UMNO Bahagian Alor Gajah




Want your business to be the top-listed Government Service in Alor Gajah?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address

Alor Gajah