31/03/2026
TAHNIAH SEMPENA 3 TAHUN PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI MELAKA
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh,Pengerusi BPUNM,Ketua Menteri Melaka sempena genap 3 tahun menerajui pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka.
Tiga tahun mengemudi bahtera kepimpinan, menyusun langkah dengan penuh hikmah, memacu negeri dengan iltizam yang tidak pernah goyah. Di bawah naungan kepimpinan ini, Melaka terus melakar kemajuan, ekonominya diperkasa, rakyatnya disantuni, dan masa depannya dibina dengan penuh harapan.
Setiap usaha yang digerakkan mencerminkan jiwa kepimpinan yang berani, berwawasan dan berteraskan semangat โBijak Laksana Tuah, Berani Laksana Jebatโ yang membawa negeri ini terus melangkah gagah di persada kejayaan.
Semoga Melaka terus mekar sebagai negeri berdaya maju, dilimpahi kemakmuran dan dipayungi kesejahteraan di bawah kepimpinan yang berjiwa rakyat.
Melaka Sayang Rakyat.
Dari hati yang memimpin, lahir kasih yang memayungi;
Dari usaha yang tulus, terbina masa depan yang gemilang.
TAHNIAH!!
DSU Ab Rauf Yusoh.
25/03/2026
๐๐๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ญ๐๐ง ๐๐๐ฆ๐ฎ๐๐ง ๐๐ข๐๐ข๐ฅ๐๐ข๐ญ๐ซ๐ข & ๐๐๐ซ๐๐ฌ๐ฆ๐ข๐๐ง ๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐๐ฆ ๐๐๐ค๐ข๐ฅ ๐๐๐ค๐ฒ๐๐ญ ๐๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐๐๐ค๐ฒ๐๐ญ
Dengan penuh rasa kesyukuran, kami menjemput seluruh warga untuk bersama-sama memeriahkan:
๐ Jamuan Aidilfitri Melaka Sayang Rakyat (DUN Asahan)
๐ Perasmian Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat
๐ Alor Gajah: Kampung Kita
๐๏ธ 4 April 2026 (Sabtu)
โฐ 9.00 pagi โ 12.00 tengah hari
๐ Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Senggeh
๐ Pelbagai juadah menarik menanti anda!
๐ Eratkan silaturahim, semarakkan Aidilfitri bersama komuniti
๐ Semua dijemput hadir!
Melaka Sayang Rakyat โค๏ธ
Ab Rauf Yusoh
Kerajaan Negeri Melaka
20/03/2026
โจ Salam Aidilfitri 1447H | 2026M โจ
Di hari yang mulia ini,
kita eratkan silaturahim,
kita sucikan hati yang mungkin pernah terluka.
Maaf Zahir & Batin buat semua.
Semoga Aidilfitri kali ini membawa
kebahagiaan, keberkatan dan ketenangan
buat kita sekeluarga.
Teruskan menyemai kasih,
memperkukuh perpaduan,
demi Melaka yang lebih sejahtera.
Melaka Sayang Rakyat โค๏ธ
13/03/2026
๐ MEMBURU MALAM LAILATUL QADAR
Ramadan semakin menghampiri penghujungnya.
Pada 10 malam terakhir, terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan โ iaitulah Malam Lailatul Qadar.
Inilah malam yang penuh rahmat, keampunan dan keberkatan daripada Allah SWT.
Jangan kita lepaskan peluang ini dengan sia-sia.
Sabda Rasulullah ๏ทบ:
โBarangsiapa yang menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran daripada Allah, maka diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.โ
(Hadis Riwayat al-Bukhari & Muslim)
โจ Ayuh kita perbanyakkan ibadah, doa dan istighfar pada 10 malam terakhir Ramadan.
Semoga kita semua dipertemukan dengan Malam Lailatul Qadar.
Salam Jumaat Penuh Barokah
Perkongsian bersama:
Biro Dakwah UMNO Bahagian Alor Gajah
06/03/2026
๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
1. Sempena keberkatan Ramadan Al-Mubarak, bulan yang mengajak umat Islam bermuhasabah, memperbaiki hubungan dan memperkukuh ukhuwah, UMNO melihat kesempatan ini sebagai waktu terbaik untuk mempertautkan kembali tali perjuangan parti.
2. โ Hakikatnya, sesebuah parti tidak hanya bergantung kepada kekuatan struktur organisasi, tetapi terbina atas sokongan, dokongan dan kebersamaan seluruh ahlinya di setiap peringkat.
3. โ Atas semangat tersebut, UMNO membuka pintu Rumah Bangsa ini seluas-luasnya kepada mana-mana bekas ahli yang pernah dipecat, digantung keahliannya untuk kembali atau mana-mana individu yang mahu bersama dengan perjuangan ini untuk menyertai UMNO.
4. โ Dalam semangat Ramadan yang penuh rahmat dan keampunan, segala kekhilafan dan perbezaan yang lalu dimaafkan sepenuhnya, demi membuka lembaran baharu untuk memperkukuh kembali keluarga besar UMNO.
5. โ Sehubungan itu, Jawatankuasa Rumah Bangsa yang dipengerusikan oleh Dato' Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin akan menyelaraskan proses ini dengan segera melalui tatacara yang bersesuaian menurut Perlembagaan UMNO.
6. โ Semoga usaha ini dipermudahkan oleh Allah Subhanahuwataala dan menjadi titik penyatuan yang memperkukuh kembali kekuatan parti dalam meneruskan kelangsungan agenda perjuangan demi Agama, Bangsa dan Tanahair, serta memastikan masa depan yang lebih baik untuk rakyat dan negara.
AHMAD ZAHID BIN HAMIDI
6 Mac 2026
27/02/2026
Ramadan makin hampir ke penghujungnyaโฆ
Jangan biarkan Ramadan pergi tanpa kita sempurnakan kewajipan.
Zakat fitrah bukan sekadar bayaran.
Ia penyucian jiwa.
Ia tanda syukur.
Ia kegembiraan untuk mereka yang memerlukan.
Sabda Rasulullah ๏ทบ:
โRasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah sebagai penyuci bagi orang yang berpuasa daripada perbuatan sia-sia dan kata-kata kotor serta sebagai makanan bagi orang miskin.โ
(Riwayat Abu Daud)
Bayangkanโฆ
Dengan sedikit yang kita keluarkan,
ada keluarga yang mampu tersenyum di pagi Syawal.
Jangan tunggu saat akhir.
Jangan tunggu diingatkan.
Jangan tunggu rasa cukup.
๐ Sempurnakan Ramadan kita dengan menunaikan zakat fitrah.
Salam Jumaat Penuh Barokah
Perkongsian Ikhlas Biro Dakwah UMNO Bahagian Alor Gajah