31/03/2026
Tahniah kepada
YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Bin Yusoh,
Ketua Menteri Melaka
sempena 3 Tahun Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka.
Terima kasih atas kepimpinan, komitmen dan dedikasi dalam menerajui pembangunan negeri serta memastikan kesejahteraan rakyat Melaka terus terpelihara.
Semoga Negeri Melaka terus maju, makmur dan berdaya saing di bawah kepimpinan YAB Datuk Seri Utama.
Ikhlas daripada:
YBhg. Datuk Sabrina Binti Thalas
Pegawai Daerah serta seluruh warga kerja
Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah
26/03/2026
๐๐๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ญ๐๐ง ๐๐๐ฆ๐ฎ๐๐ง ๐๐ข๐๐ข๐ฅ๐๐ข๐ญ๐ซ๐ข & ๐๐๐ซ๐๐ฌ๐ฆ๐ข๐๐ง ๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐๐ฆ ๐๐๐ค๐ข๐ฅ ๐๐๐ค๐ฒ๐๐ญ ๐๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐๐๐ค๐ฒ๐๐ญ
Dengan penuh rasa kesyukuran, kami menjemput seluruh warga untuk bersama-sama memeriahkan:
๐ Jamuan Aidilfitri Melaka Sayang Rakyat (DUN Asahan)
๐ Perasmian Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat
๐ Alor Gajah: Kampung Kita
๐๏ธ 4 April 2026 (Sabtu)
โฐ 9.00 pagi โ 12.00 tengah hari
๐ Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Senggeh
๐ Pelbagai juadah menarik menanti anda!
๐ Eratkan silaturahim, semarakkan Aidilfitri bersama komuniti
๐ Semua dijemput hadir!
Melaka Sayang Rakyat โค๏ธ
Ab Rauf Yusoh
Kerajaan Negeri Melaka
20/03/2026
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.
Semoga Syawal yang mulia ini membawa keberkatan, kebahagiaan, serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan kita.
Dalam kegembiraan menyambut hari lebaran, marilah kita terus memupuk nilai-nilai murni, semangat perpaduan, dan saling menghormati demi kesejahteraan bersama.
Semoga Aidilfitri ini disambut dengan penuh kesyukuran dan keceriaan bersama insan tersayang.
Ikhlas daripada,
Ybhg. Datuk Sabrina binti Thalas
Pegawai Daerah Alor Gajah
Serta warga kerja
Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah
12/03/2026
*HEBAHAN*
Pencarian Pemilik Tanah / Waris Pemilik Tanah di Daerah Alor Gajah
07/03/2026
Salam Nuzul Al-Quran 1447H
Selamat menyambut Nuzul Al-Quran kepada seluruh umat Islam. Semoga peristiwa turunnya Al-Quran ini menjadi peringatan untuk kita terus mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan membaca, memahami dan mengamalkan ajaran Al-Quran dalam kehidupan seharian.
Marilah kita bersama-sama menghayati hikmah di sebalik Nuzul al-Quran dengan memperkukuhkan keimanan, memperbanyakkan amal ibadah serta menjadikan Al-Quran sebagai panduan dalam membina masyarakat yang berilmu, berakhlak dan sejahtera.
23/02/2026
Transformasi Perkhidmatan Awam melalui ๐๐ญ๐ต๐ฆ๐ณ๐ฏ๐ข๐ต๐ช๐ท๐ฆ ๐๐ฆ๐ณ๐ท๐ช๐ค๐ฆ ๐๐ฆ๐ญ๐ช๐ท๐ฆ๐ณ๐บ (ASD) ialah kaedah penyampaian perkhidmatan kerajaan yang melibatkan perkongsian tanggungjawab dengan pihak ketiga.
Pelaksanaan ASD bertujuan untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan, mengoptimumkan penggunaan sumber, serta menggalakkan semangat perkongsian tanggungjawab dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat.
Anwar Ibrahim
Shamsul Azri bin Abu Bakar
PMO Malaysia
23/02/2026
Kes penipuan telefon (phone scam) menunjukkan peningkatan yang membimbangkan pada Januari 2026 berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Sebanyak 481 kes telah direkodkan dengan jumlah kerugian mencecah RM27 juta. Statistik menunjukkan kadar peningkatan kes sebanyak 46%, manakala jumlah kerugian meningkat sehingga 58% berbanding Januari 2025.
โ ๏ธ AWAS! JANGAN JADI MANGSA!
Orang ramai dinasihatkan supaya:
โข Tidak melayan panggilan daripada nombor yang tidak dikenali.
โข Tidak berkongsi maklumat perbankan atau maklumat peribadi kepada pihak yang tidak disahkan.
โข Membuat semakan terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang transaksi kewangan.
18/02/2026
SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Saya bagi pihak Pegawai Daerah Alor Gajah serta seluruh warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah ingin mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa kepada seluruh rakyat Negeri Melaka, khususnya warga Daerah Alor Gajah.
Semoga Ramadan kali ini membawa keberkatan, memperkukuh keimanan, serta mengeratkan silaturahim dalam keluarga dan masyarakat.
Ramadan Kareem dan Selamat Berpuasa.
Pegawai Daerah Alor Gajah
& Warga Kerja Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah
17/02/2026
AMARAN RIBUT PETIR. โโโ
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Perak โข Kelantan (Gua Musang) โข Terengganu (Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman) โข Pahang โข Selangor โข WP Kuala Lumpur โข WP Putrajaya โข Negeri Sembilan โข Melaka โข Johor โข Sarawak: Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Sibu dan Kanowit), Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu) dan Kapit (Song) sehingga 5:00 petang; Selasa, 17 Februari 2026.
โก๏ธโก๏ธโก๏ธAmaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam. Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Dikeluarkan pada: 12:00 tengah hari, 17 Februari 2026
17/02/2026
Pegawai Daerah Alor Gajah serta seluruh warga Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada semua yang menyambutnya. Semoga tahun baharu ini membawa kebahagiaan, kesihatan dan rezeki yang melimpah. Gong Xi Fa Cai!
12/02/2026
๐ IKLAN JAWATAN KOSONG PDT ALOR GAJAH
Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N1 (Pekerja Sambilan Harian - PSH)
๐๏ธ Tarikh tutup permohonan: 23 Februari 2026 (Isnin)
๐ Permohonan hendaklah dihantar bersama resume bergambar dan dokumen sokongan lengkap ke:
Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah,
78000 Alor Gajah, Melaka
(u.p.: Bahagian Khidmat Pengurusan).
Untuk maklumat lanjut iklan sila klik link:-
https://melakadrive.melaka.gov.my/d/s/170ybfitG1Ng2r45gOsNpz2uCwODVbwJ/q-5MtsS8wG7sf7-y111qgfXktw82o8DN-ebfgptcz9ww
Sebarang pertanyaan, boleh hubungi di alamat:
[email protected]