Pemuda Amanah Alor Gajah

Pemuda Amanah Alor Gajah

Share

Parti AMANAH Negara

28/04/2026

Sampai Bila Hendak Biarkan YB Rembia Ponteng Lagi?

1. Tugas utama seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) ialah membahaskan enakmen-enakmen dan isu-isu berkaitan dengan orang Melaka di dalam DUN. Di situlah suara undi rakyat di bawa dan dibicarakan. Itulah tugas hakiki seorang ADUN.

2. Sekarang ini kita ada ADUN Rembia yang dah berkali-kali ditegur akibat perangai ponteng dan tak datang dewan. Digunakan alasan kaki retak sebagai alasan perubatan tetapi tanpa malu dan segan silunya boleh p**a bersusah payah dalam himpunan PAS. Program parti boleh datang, tapi tanggungjawab bergaji tak dipenuhi.

3. Gaji yang YB Rembia dapat bukan sikit, dapat RM12000 sebulan untuk menjalankan tugas sebagai ADUN. Itupun masih ada masalah disiplin dan sengaja tidak hadir ke dewan. Ahli PAS Melaka takkan takde yang tegur dan betulkan akhlak dia ni? Tiada yang berani ceramah dia pasal keberkatan gaji ke?

4. Jauh beza ADUN tunggal PAS ni dengan ADUN Tunggal AMANAH. YB Adly walaupun pegang amanah sebagai ADUN Bukit Katil, Ahli Parlimen Alor Gajah dan Timbalan Menteri Pertahanan, tetap juga boleh hadir ke DUN walaupun tugasnya hanya sebagai 'backbencher' pendukung kerajaan di DUN Melaka.

5. Orang yang kaki poteng tak layak jadi wakil rakyat. Pemuda AMANAH Melaka seru supaya Kerajaan Melaka buat pindaan kepada Enakmen Negeri berkaitan dengan elaun dan saraan ADUN dan masukkan peruntukan untuk potong gaji ADUN yang kaki ponteng. Kalau rakyat kena berdisiplin, maka YB pun kenalah berkali ganda lagi berdisiplin.

6. Untuk pengundi di Rembia, PRN akan datang nanti buatlah perubahan dan tukar YB Rembia ni. Waktu bersama PH dia khianat dan melompat, waktu bersama BN pun dia khianat dan melompat. Waktu bersama PN kini dia ponteng DUN dan makan gaji percuma p**a.

Ini sifat ADUN PAS di Melaka?

Azri Abdullah
Ketua Pemuda AMANAH Melaka

27/04/2026
27/04/2026

Kekal Tok Min untuk N9!

Penghianat tetaplah Pengkhianat!!!

Photos from Pemuda Amanah Alor Gajah's post 08/04/2026

Gendang telah dipalu!!!.

2,3 ataupun 4 penjuru sekalipun, kita kebe bersedia.
Letakkan kepercayaan sepenuhnya kepada kepimpinan atasan untuk menentukan strategik terbaik untuk parti.

Surah Al-Baqarah ayat 216 berbunyi:
"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (p**a) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui"

Segalanya bermula di Melaka sebelum merebak ke seluruh Malaysia

Ayuh PEMANAH!!!


Photos from Pemanah Melaka's post 07/04/2026

Alhamdulilah.
Semuanya berjalan seperti yang dirancang.
Sekalung tahniah diucapkan kepada barisan JKP PEMANAH Alor Gajah yang menjadi pemudah cara selaku "tuan rumah" dalam program ni walaupun hanya diputuskan kurang 1 minggu sebelum tarikh program.

Terima kasih diucapkan kepada Ketua Pemuda Amanah Melaka, saudara Ahmad Azri Abdullah kerana memberikan kepercayaan kepada kami.

Ini membuktikan kami sentiasa bersiap sedia menerima sebarang "tugasan" walaupun short notice.


04/04/2026

Pemuda bukan sekadar ada dalam organisasi, tapi jadi nadi yang menggerakkan semuanya dengan idea, tenaga dan semangat.

Kadang-kadang kita sibuk dengan hal masing-masing, sampai kurang ruang untuk duduk santai, kenal antara satu sama lain dan sembang secara terbuka. Padahal dari situlah datangnya kekuatan sebenar.

Jadi Pemuda AMANAH Melaka ambil peluang untuk kumpulkan semua dalam satu suasana yang lebih santai dan dekat:

📅 4 April 2026 (Sabtu)
⏰ 8.00 malam – 11.00 malam
📍 BT Homestay, Bukit Tambun, Durian Tunggal

Turut bersama nanti adalah Ketua Pemuda AMANAH Nasional, YB Hasbie Muda untuk sesi sembang santai menjelang PRN Melaka.

Malam tu nanti kita isi dengan makan-makan, kenduri durian, dan paling penting ruang untuk borak, kenal dan rapatkan hubungan sesama pemuda.

Bukan program besar, cuma ruang untuk kita jadi lebih dekat.

Kalau ada masa, singgah lah.

30/03/2026

🌙✨ Salam Lebaran & Salam Sejahtera! ✨🌙

Sesuci lebaran, seerat tautan, kami dengan penuh rasa kasih sayang ingin menjemput Datuk/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik untuk bersama-sama memeriahkan Majlis Silaturahim Syawal kami. 🤝💛

Mari kita eratkan ukhuwah, saling bermaaf-maafan, dan nikmati hidangan raya istimewa yang disediakan dengan penuh kasih.

Tetamu Kehormat :
YB Datuk Seri Hj Mohamad Bin Sabu
(Presiden Parti AMANAH Negara merangkap Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan Malaysia)

📅 Tarikh: Ahad, 5 April 2026 (16 Syawal)
⏰ Masa: 12 Tengah Hari – 3 Petang
📍 Lokasi: Pejabat Parti AMANAH Alor Gajah @ Kabin Durian Tunggal, Melaka

💌 Sertai kami untuk memeriahkan Syawal dengan tawa, kegembiraan, dan kenangan manis yang tak terlupakan!

✨ Jumpa di sana

Want your business to be the top-listed Government Service in Alor Gajah?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address

Alor Gajah