AWAN Alor Gajah

Website

AWAN Alor Gajah Dikelola oleh AWAN Kawasan Alor Gajah. Ikuti maklumat-maklumat semasa seputar di Alor Gajah

Perginya seorang insan yang begitu lembut peribadinya, namun besar jasa dan pengaruhnya. Almarhumah Tun Dr. Siti Hasmah ...
28/09/2026

Perginya seorang insan yang begitu lembut peribadinya, namun besar jasa dan pengaruhnya. Almarhumah Tun Dr. Siti Hasmah akan sentiasa dikenang sebagai wanita yang penuh keteladanan, kasih sayang dan keikhlasan.

Semoga segala jasa dan kebaikan Almarhumah menjadi amal jariah, dan semoga Allah SWT mencucuri rahmat serta menempatkan rohnya dalam kalangan insan yang dikasihi-Nya.

Selamat jalan, Tun...
Jasa dan kebaikanmu akan sentiasa dalam ingatan.


Belasungkawa Tun Dr. Siti Hasmah

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Angkatan Wanita Amanah Negeri Melaka mengucapkan Salam takziah atas pemergian Srikandi Negarawan Ybhg Tun Dr. Siti Hasmah pagi ini. Semoga Tun Dr. Mahathir Mohamad sekeluarga tabah dan sabar atas pemergian isteri dan bonda tercinta.

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ
Ya Allah, ampunilah dosanya, rahmatilah dia, sejahterakanlah dia dan ampunilah kesalahannya.


Negeri Melaka

24/09/2026

Kadang-kadang kita dengar macam-macam cerita… 🤔
Tapi betul ke apa yang kita dengar?

Isu ekonomi, kehidupan seharian, keselamatan, masa depan anak-anak dan macam-macam lagi. Semuanya dekat dengan kita.

Sebab itu, jom kita luangkan sedikit masa untuk datang, dengar dan faham bersama.

📅 26 September 2026
📍 Jalan Penghulu Abas, Bukit Baru

Datang sebagai masyarakat biasa, dengar, faham dan kongsi pandangan.

Kita mungkin tak mampu ubah semuanya,
tapi sekurang-kurangnya kita tahu apa yang sedang berlaku di sekeliling kita.

Jom kita jumpa di sana.
Dengar bersama, faham bersama. ❤️

Kadang-kadang kita dengar macam-macam cerita… 🤔Tapi betul ke apa yang kita dengar?Isu ekonomi, kehidupan seharian, kesel...
24/09/2026

Kadang-kadang kita dengar macam-macam cerita… 🤔
Tapi betul ke apa yang kita dengar?

Isu ekonomi, kehidupan seharian, keselamatan, masa depan anak-anak dan macam-macam lagi. Semuanya dekat dengan kita.

Sebab itu, jom kita luangkan sedikit masa untuk datang, dengar dan faham bersama.

📅 26 September 2026
📍 Jalan Penghulu Abas, Bukit Baru

Datang sebagai masyarakat biasa, dengar, faham dan kongsi pandangan.

Kita mungkin tak mampu ubah semuanya,
tapi sekurang-kurangnya kita tahu apa yang sedang berlaku di sekeliling kita.

Jom kita jumpa di sana.
Dengar bersama, faham bersama. ❤️

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, dan salam sejahtera .

Seperti yang kita semua sedia maklum, landskap dan keadaan persekitaran kita hari ini sedang mendepani pelbagai cabaran dan perkembangan yang sangat pantas. Saban hari, ada sahaja isu-isu semasa—sama ada dari sudut ekonomi, sosial, mahupun keselamatan—yang memberi kesan langsung kepada kehidupan harian serta masa depan keluarga kita.

Bagi memastikan kita semua tidak ketinggalan dan mendapat pencerahan yang sahih terus dari kepimpinan, saya dengan rasa rendah diri ingin menjemput seluruh ahli komuniti, anak-anak muda, ibu bapa, dan seluruh warga masyarakat untuk sama-sama hadir ke Majlis Ceramah Isu Semasa yang akan diadakan pada 26 sept 2026.

Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan amat penting. Ini bukan sekadar program mendengar ceramah, tetapi merupakan platform untuk kita sama-sama menambah ilmu, bertukar pandangan, dan mempersiapkan diri serta komuniti kita dalam mendepani cabaran pilihan raya Negeri Melaka.

Mari kita luangkan sedikit masa demi kebaikan bersama. Ayuh, ajak ahli keluarga, jiran tetangga, dan sahabat handai untuk penuhi ruang ceramah nanti. Kehadiran ramai memanifestasikan keprihatinan masyarakat kita.Terima kasih, dan jumpa anda di sana!




22/08/2026
10/08/2026

JANGAN AMBIL HAK ALLAH UNTUK MENGHUKUM KEIMANAN MANUSIA

Saya memandang serius budaya politik yang semakin menjadikan agama sebagai bahan untuk memperlekeh dan menjatuhkan pihak lain.

Apabila wujud kenyataan yang mempersoalkan atau memperlekeh pegangan agama seseorang hanya kerana perbezaan sokongan politik, perkara ini amat mendukacitakan.

Perbezaan pandangan politik tidak pernah memberi hak kepada sesiapa untuk menentukan tahap keimanan seseorang. Urusan hati, iman dan ketakwaan adalah hak mutlak Allah SWT.

Allah SWT mengingatkan dalam Surah Al-Hujurat ayat 11:

> “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu kaum memperolok-olokkan kaum yang lain, kerana boleh jadi mereka yang diperolok-olokkan itu lebih baik daripada mereka...”

Islam tidak mengajar kita mencari kelemahan orang lain atau merasa diri lebih suci. Islam mengajar kita berdakwah dengan hikmah, kasih sayang dan akhlak yang mulia.

Dalam demokrasi, perbezaan politik bukan ukuran siapa lebih baik atau lebih buruk. Yang sepatutnya menjadi ukuran ialah siapa yang mampu membawa amanah, berkhidmat kepada rakyat, mengurus ekonomi dengan baik, menangani kos sara hidup, menyediakan peluang pekerjaan dan membawa kemajuan kepada negara.

Rakyat tidak memerlukan politik yang sibuk menghukum keimanan sesama manusia. Rakyat memerlukan pemimpin yang menyelesaikan masalah kehidupan mereka.

Jika benar mahu memperjuangkan Islam, buktikanlah dengan nilai Islam itu sendiri amanah, kejujuran, kasih sayang, menghormati maruah manusia dan membantu mereka yang memerlukan.

Jangan kerana mengejar keuntungan politik, agama yang suci dijadikan alat untuk memecah-belahkan masyarakat.

Politik sepatutnya menjadi ruang untuk berkhidmat dan menawarkan penyelesaian, bukan pertandingan siapa paling kuat menghukum orang lain.

Rahayu Hamzah
Ketua Angkatan Wanita AMANAH Negeri Melaka (AWAN)

10/08/2026

PAS dan Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang dicabar mengemukakan bukti serta mengambil tindakan melalui saluran undang-undang sekiranya benar dakwaan bahawa DAP dan Pakatan Harapan (PH) menjadi ancaman kepada Melayu dan Islam.

Ketua Wanita Amanah, Aiman Athirah Sabu, berkata tuduhan sedemikian tidak seharusnya sekadar menjadi retorik politik atau bahan ceramah untuk membina ketakutan dalam kalangan rakyat.

https://demirakyatchannel.my/2026/08/jika-dap-ancam-melayu-bawa-bukti-ke-mahkamah-aiman-athirah-sabu/

28/06/2026

Address

Alor Gajah
78###

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AWAN Alor Gajah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share