Dewan Muslimat PAS Kawasan Alor Gajah

Dewan Muslimat PAS Kawasan Alor Gajah Dewan Muslimat Pas Kawasan Alor Gajah (DMPKAG)
Sesi 2023-2025

MELAKA SERU  LAHIRKAN NEGARAWATI YANG MEMIMPIN PERUBAHAN
04/09/2026

MELAKA SERU LAHIRKAN NEGARAWATI YANG MEMIMPIN PERUBAHAN

MELAKA SERU LAHIRKAN NEGARAWATI YANG MEMIMPIN PERUBAHAN

Wanita hari ini bukan lagi sekadar pelengkap dalam pembangunan negara, sebaliknya merupakan kelompok berpendidikan, berkemahiran, aktif dalam masyarakat dan terlibat dalam pelbagai sektor profesional.

Perkara itu ditegaskan Nor Saimah Abdollah, perwakilan Melaka dalam Ucapan Penangguhan Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Malaysia, menerusi tajuk “Melahirkan Negarawati Yang Memimpin Perubahan”.

Menurut beliau, persoalan yang perlu diberi perhatian ialah sejauh mana ilmu, potensi dan kepakaran wanita diterjemahkan kepada kuasa membuat keputusan serta pembentukan dasar negara.
Justeru, beliau menyeru agar berlaku anjakan paradigma terhadap peranan wanita, daripada penerima dasar kepada pembentuk dasar, daripada pengikut kepada pemimpin serta daripada sekadar membantu kepada memperkasa.

Beliau menggariskan empat bidang utama pemerkasaan wanita iaitu politik dan kepimpinan, ekonomi, pendidikan serta kebajikan dan kesejahteraan.

Dalam aspek politik, Muslimat perlu celik politik, memahami isu kenegaraan dan berani menawarkan penyelesaian, selain diberikan ruang untuk terlibat secara langsung dalam proses membuat keputusan dan pembentukan dasar.

Dalam bidang ekonomi p**a, wanita perlu diperkasa dengan kemandirian dan ketahanan ekonomi, termasuk membuka ruang perbahasan terhadap model ekonomi yang lebih stabil dan mampan.

Beliau turut menekankan kepentingan melahirkan “negarawati pendidikan” yang bukan sahaja mendidik generasi, malah berupaya memimpin, menggubal dasar dan mencorakkan hala tuju pendidikan negara.

Aspek kebajikan dan kesejahteraan wanita juga tidak boleh diketepikan, dengan pendidikan dilihat sebagai instrumen mobiliti sosial manakala kesihatan perlu ditangani secara menyeluruh merangkumi fizikal, mental dan rohani.

“Kita mahu melahirkan wanita yang mempunyai ilmu, prinsip, kepakaran dan keberanian untuk berada di meja pembentukan dasar,” tegas beliau.

Agenda tersebut, katanya, adalah bagi membina wanita yang bukan sahaja berdaya tahan, tetapi berdaya memimpin perubahan demi masa depan negara.



02/09/2026
02/09/2026

✨ MUKTAMAR MUSLIMAT PAS PUSAT KEMBALI LAGI! ✨

Tak dapat hadir ke Bachok? Jangan risau! Kita tetap boleh bersama-sama menyaksikan kemeriahan Muktamar secara langsung! 📲💚

🎙️ ANTARA YANG WAJIB DITUNGGU… 🔥
USTAZAH ASMAK HUSIN sebagai HOST LIVE yang akan menemani anda dalam beberapa segmen menarik sepanjang Muktamar!

Bukan sekadar siaran langsung, tetapi ruang untuk kita merasai bahang Muktamar, mengikuti perkembangan para perwakilan dan mendengar perkongsian menarik dari sekitar Muktamar.

📅 2 & 3 September 2026
📲 Saksikan secara LIVE di TikTok Dewan Muslimat PAS Malaysia

🌿 Jangan terlepas! Follow, set reminder dan ajak sahabat-sahabat bersama.

Muktamar kita, suara kita, perjuangan kita. 💚





SELAMAT BERMUKTAMAR DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT KALI KE-66🌸 Islam Berdaulat, Wanita Bermartabat 🌸Semoga Muktamar kali ini m...
02/09/2026

SELAMAT BERMUKTAMAR DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT KALI KE-66

🌸 Islam Berdaulat, Wanita Bermartabat 🌸

Semoga Muktamar kali ini menjadi medan memperkukuh ukhuwah,
menyatukan fikrah dan memperkasa gerak kerja Muslimat demi meneruskan perjuangan Islam.

Ikhlas daripada,
Dewan Muslimat PAS Kawasan Alor Gajah

Salam Maulidur Rasul
25/08/2026

Salam Maulidur Rasul

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 1448H

Kelahiran Nabi Muhammad SAW membawa rahmat dan petunjuk kepada seluruh umat manusia.

Rasulullah SAW bersabda:

“Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga aku lebih dicintainya daripada bapanya, anaknya dan seluruh manusia.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Marilah kita menjadikan Maulidur Rasul sebagai ruang memperkukuh kecintaan kepada Baginda SAW dengan menghayati sunnah, meneladani akhlak serta meneruskan perjuangan Baginda dalam kehidupan.

اللهم صل وسلم على نبينا محمد ﷺ

Semoga kita terus menjadi umat yang mencintai dan mengikuti Rasulullah SAW.

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H.









24/08/2026
24/08/2026

Setinggi-tinggi tahniah dan ucapan selamat menyambut Hari Jadi Ke-77 kepada Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka.

Semoga dikurniakan kesihatan yang baik, kesejahteraan dan keberkatan, serta terus membawa negeri Melaka ke arah yang lebih baik.

Ikhlas daripada
Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka


𝐃u𝐧 𝐑e𝐦b𝐢a b𝐞r𝐬a𝐦a M𝐮s𝐥i𝐦a𝐭 𝐖i𝐥a𝐲a𝐡 𝐏e𝐫s𝐞k𝐮t𝐮a𝐧15 Ogos 20263.30pm-6.30pm
20/08/2026

𝐃u𝐧 𝐑e𝐦b𝐢a b𝐞r𝐬a𝐦a M𝐮s𝐥i𝐦a𝐭 𝐖i𝐥a𝐲a𝐡 𝐏e𝐫s𝐞k𝐮t𝐮a𝐧

15 Ogos 2026

3.30pm-6.30pm

𝙈𝒂𝙟𝒍𝙞𝒔 𝑷𝙚𝒍𝙖𝒏𝙘𝒂𝙧𝒂𝙣 𝙅𝒆𝙣𝒕𝙚𝒓𝙖 𝙋𝒊𝙡𝒊𝙝𝒂𝙣𝒓𝙖𝒚𝙖 𝘿𝒆𝙬𝒂𝙣 𝙈𝒖𝙨𝒍𝙞𝒎𝙖𝒕 𝑷𝙖𝒔 𝑵𝙚𝒈𝙚𝒓𝙞 𝙈𝒆𝙡𝒂𝙠𝒂15 Ogos 20268.30am-1.00pm
20/08/2026

𝙈𝒂𝙟𝒍𝙞𝒔 𝑷𝙚𝒍𝙖𝒏𝙘𝒂𝙧𝒂𝙣 𝙅𝒆𝙣𝒕𝙚𝒓𝙖 𝙋𝒊𝙡𝒊𝙝𝒂𝙣𝒓𝙖𝒚𝙖 𝘿𝒆𝙬𝒂𝙣 𝙈𝒖𝙨𝒍𝙞𝒎𝙖𝒕 𝑷𝙖𝒔 𝑵𝙚𝒈𝙚𝒓𝙞 𝙈𝒆𝙡𝒂𝙠𝒂

15 Ogos 2026

8.30am-1.00pm

Kursus Kepimpinan Muslimat.Kenali personaliti melalui warna 💚❤️💛💙
03/08/2026

Kursus Kepimpinan Muslimat.

Kenali personaliti melalui warna 💚❤️💛💙

Address

Alor Gajah
78000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dewan Muslimat PAS Kawasan Alor Gajah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share