03/04/2022
[MARHABAN YA RAMADHAN 1443H/2022M]
Assalamualaikum w.b.t
Kami dari Pihak Dewan Ulamak PAS Negeri Kedah (DUPNK) mengucapkan Salam Ramadhan Al-Mubarak 1443H/2022M kepada muslimin dan muslimat seluruh dunia amnya dan khusus kepada muslimin muslimat di Malaysia.
Firman Allah SWT:
"Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa."
[Surah Al Baqarah: 183]
Demikian itu, marilah sama-sama kita meningkatkan amal ibadah Ramadhan pada tahun ini. Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari ramadhan sebelumnya serta diberi kekuatan melakukan amal soleh.
"Ulamak Memimpin Muafakat Ummah"
Dewan Ulamak PAS Negeri Kedah (DUPNK)
Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) - 2021/2023
15/03/2022
Driver bas terhuyung hayang?
Lalui jalan bersimpang siur memanglah terhuyung hayang. Orang lain tak mabuk mana. Tak pening pun.
Tak makan ubat mabuk kenapa? Cepatlah loya dan muntahnya. Jangan sebab kamu muntah, orang lain turut muntah kerana bau busuk muntah tu.
17/02/2022
Radio antara medium penyiaran utama selain daripada TV dan masih lagi digunakan pada hari ini apabila melalui pelbagai inovasi teknologinya.
Boleh dikatakan sesiapa yang mempunyai kereta pasti menjadi pendengar radio. Sekejap ataupun lama bukan ukurannya, asal dihidupkan enjin kereta, radio pun terus berfungsi.
Radio sudahpun alami pelbagai perubahan teknologi daripada sebuah set kotak elektronik dengan speaker dan mikrofon, kemudian inovasi ke atasnya dilakukan dengan diletakkan pelbagai fungsi lain.
Bersempena sambutan Hari Radio Sedunia pada hari ini adalah wajar kita mengiktiraf sumbangan dan peranan radio dalam menyebar luas mesej dan menyampaikan ilmu pengetahuan kepada kita semua.
Tema "Radio dan Keyakinan" pada tahun ini amat bertepatan. Kuasa radio memberi impak yang postif kepada perubahan sosial dan ekonomi. Selain berperanan sebagai medium menyampaikan informasi, ia juga antara platform terbaik bagi ushawan atau PKS dalam meningkatkan kesedaran dan meluaskan kuasa pembeli.
Kepada penyampai-penyampai radio seluruh negara terutamanya di negeri Kedah amnya *(KEDAHfm dan LANGKAWIfm)* saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Radio Sedunia 2022.