Persatuan Pegawai Rendah Polis Diraja Kontinjen Kedah

Persatuan Pegawai Rendah Polis Diraja Kontinjen Kedah

Share

Facebook Rasmi Persatuan Pegawai Rendah Polis Diraja (PPRPD) Kontienjen Kedah PPRPD MALAYSIA

09/04/2024

JomfollowlikefbPPRPDMalaysia

UCAPAN KHAS PRESIDEN PPRPD MALAYSIA SEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 1445H / 2024M

Hampir sebulan kita berpuasa di bulan Ramadhan, kini tibanya masa kita menyambut bulan Syawal, Presiden PPRPD Malaysia, YBrs. Sub Inspektor Abd Rashid bin Ali mengucapkan “Selamat Hari Raya Aidilfitri Minal 'Aidil Wal Faizin, Maaf Zahir Dan Batin” kepada seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya bagi Pegawai Rendah Polis (PRP) Diraja Malaysia dan tidak lupa juga kepada pesara-pesara PDRM.

Raikan kemenangan ini dengan kita saling bermaafan dan kuatkan kembali jalinan silaturahim sesama kita.







Sumber : Persatuan Pegawai Rendah Polis Diraja Malaysia

24/03/2024



SELAMAT MENYAMBUT PERINGATAN HARI POLIS KE-217

Presiden PPRPD Malaysia, YBrs. Sub Inspektor Abd Rashid bin Ali dan Timbalan Presiden PPRPD Malaysia, YBrs. Sub Inspektor Megat Nizar bin Megat Uda Abdullah serta kepimpinan tertinggi Persatuan Pegawai Rendah Polis Diraja (PPRPD) Malaysia mengucapkan Selamat Menyambut Peringatan Hari Polis Ke-217 Tahun kepada seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Marilah kita bersama-sama berdoa supaya warga PDRM khususnya warga Pegawai Rendah Polis (PRP) terus diberikan iltizam dan kekuatan untuk memikul amanah yang dipertanggungjawabkan demi menjaga keamanan dan keselamatan negara Malaysia ini.

PPRPD juga tidak pernah melupakan jasa-jasa dan pengorbanan para pesara Polis Diraja Malaysia dan rakan-rakan yang telah banyak berjasa serta mencurahkan khidmat dan bakti dalam Pasukan dan Persatuan yang tercinta ini.

Selamat Menyambut Peringatan Hari Polis Ke-217 Tahun 2024.

'Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada'






24/03/2024



SATU HARI SATU DOA

✨ 13 Ramadan ✨

Ya Allah! Mohon sucikanlah diri kami di bulan ini dari segala nista dan perbuatan keji. Berilah aku kesabaran atas apa yang telah Engkau tetapkan. Anugerahkan kepada kami ketakwaan dan persahabatan dengan orang-orang yang baik dengan pertolongan-MU, Wahai cahaya hati orang-orang yang miskin.

Amiinn Ya Rabbil Alamin 🤲🤲






#24032024

Photos from Persatuan Pegawai Rendah Polis Diraja Kontinjen Kedah's post 05/03/2024



MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA (AJK) PPRPD PERINGKAT KONTINJEN KEDAH BIL. 1/2024

ALOR SETAR, 5 Mac 2024 - Persatuan Pegawai Rendah Polis Diraja (PPRPD) Kontinjen Kedah telah mengadakan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa (AJK) PPRPD Kontinjen Kedah Bil 1/2024 yang dipengerusikan oleh Pengerusi PPRPD Kontinjen Kedah, Sub Inspektor Abdullahtip bin Abdullah, di sini, hari ini.

Mesyuarat tersebut diadakan bagi membentangkan dan mengesahkan minit mesyuarat yang lepas serta membentangkan laporan kewangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) /Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan aktiviti-aktiviti yang akan dilaksankan pada masa akan datang.

Dalam mesyuarat itu juga, Pengerusi turut menyampaikan beberapa arahan yang di terima semasa Mesyuarat PPRPD di Peringkat Pusat dan membincangkan mengenai Takwim PPRPD Kontinjen Kedah 2024.

Dikesempatan itu juga, turut dibincangkan Majlis Meraikan Pengerusi dan AJK yang bersara bagi peringkat Kontinjen Kedah turut dibincangkan.

Pengerusi juga menyarankan kepada semua AJK supaya menjadikan PPRPD sebagai wadah untuk Pegawai Rendah Polis (PRP) menyampaikan perkara berkaitan apa-apa masalah/kebajikan untuk di ambil tindakan serta memberi fokus bagi memperkasa PPRPD di peringkat Daerah menerusi bimbingan dari PPRPD Kontinjen.

Selain itu, pelaksanaan bagi menyampaikan Taklimat oleh Pengerusi, Setiausaha dan AJK PPRPD Kontinjen Kedah kepada Pegawai Rendah Polis (PRP) yang melapor diri di Kontinjen Kedah akan di laksanakan.

Hadir dalam mesyuarat tersebut, Bendahari PPRPD Kontinjen Kedah, YBrs. Sarjan Mejar/D Siti Salmah Binti Shaikh Salim, Penolong Setiausaha PPRPD Kontinjen Kedah, YBrs. Konstabel Mohd Yusop Bin Abd Rahman Hamiki, Pengerusi-Pengerusi dan AJK PPRPD IPK dan Daerah.

Secara keseluruhan Mesyuarat yang di laksanakan mencapai objektif. Mesyuarat berakhir dan ditangguhkan pada jam 12.30 tengahari.

Sumber :Ybrs Konstabel Mohd Yusop Bin Abd Rahman Hamiki (Pen Su PPRPD Kedah / Uruestia Pusat )



26/02/2024

hutang jgn lupa tau 🤭🤭

15/02/2024



: JOM KENALI KEPIMPINAN TERTINGGI PPRPD

Exco Multimedia dan Publisiti
Koperal Muhammad Fazali Bin Ridzun
(2023–2025)

Pada 10 Disember 2023 dalam Mesyuarat Exco PPRPD Pusat, Presiden PPRPD Malaysia, YBrs. Sub Inspektor Abd Rashid bin Ali telah mengumumkan senarai Kepimpinan Tertinggi PPRPD Pusat Sesi 2023-2025 dan portfolio barisan Exco di bawah kepimpinannya.

Dalam Majlis Perlantikan tersebut, YBrs. Koperal Muhammad Fazali Bin Ridzun telah dipilih dan dilantik sebagai Exco PPRPD Malaysia (Pusat) dengan memegang portfolio Multimedia dan Publisiti yang bertanggungjawab dalam semua berkaitan teknologi maklumat (multimedia), info grafik dan laman media sosial rasmi PPRPD Malaysia.

YBrs. Koperal Muhammad Fazali dilahirkan pada 8 November 1990 di Johor Bahru, Johor dan mula berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 16 Jun 2012.

Dalam Persatuan, beliau bermula dengan dilantik sebagai Urusetia PPRPD Kontinjen Kedah dan dilantik di peringkat PPRPD Pusat sebagai Urusetia Media pada tahun 2022.

Beliau juga merupakan Pengerusi B PPRPD Kontinjen Kedah dan kini bertugas di Cawangan Perkhidmatan/Perjawatan, Jabatan Pengurusan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah.

Jangan lupa layari laman rasmi Facebook Persatuan Pegawai Rendah Polis Diraja Malaysia (PPRPD Malaysia) dengan klik ‘Follow dan Like’ serta kongsikan sebanyak mungkin untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini. Kerjasama dari tuan-tuan amat kami hargai.







07/02/2024
30/01/2024



: JOM KENALI KEPIMPINAN TERTINGGI PPRPD

Exco Hal Ehwal KDNKA
Sarjan Ahmad Sabri bin Ibrahim
(2023–2025)

Pada 10 Disember 2023 dalam Mesyuarat Exco PPRPD Pusat, Presiden PPRPD Malaysia, YBrs. Sub Inspektor Abd Rashid bin Ali telah mengumumkan senarai Kepimpinan Tertinggi PPRPD Pusat Sesi 2023-2025 dan portfolio barisan Exco di bawah kepimpinannya.

Dalam Majlis Perlantikan tersebut, YBrs. Sarjan Ahmad Sabri bin Ibrahim telah dipilih dan dilantik sebagai Exco PPRPD Malaysia dengan memegang portfolio Hal Ehwal KDNKA.

YBrs. Sarjan Ahmad Sabri dilahirkan pada 24 Julai 1974 di Teluk Intan, Perak dan mula berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 1 Ogos 1999. Sebelum dilantik sebagai Exco Hal Ehwal KDNKA, beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Setiausaha PPRPD Malaysia (Pusat).

Dalam Persatuan, beliau bermula dengan dipilih sebagai Exco Pentadbiran pada tahun 2013 dimana ketika itu beliau masih berpangkat Koperal.

Beliau juga merupakan Pengerusi PPRPD Briged Tengah PGA dan kini bertugas sebagai Cawangan Latihan/Sukan, Batalion 19, Pasukan Gerakan Am (PGA), Cheras.

Jangan lupa layari laman rasmi Facebook Persatuan Pegawai Rendah Polis Diraja Malaysia (PPRPD Malaysia) dengan klik ‘Follow dan Like’ serta kongsikan sebanyak mungkin untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini. Kerjasama dari tuan-tuan amat kami hargai.

Konsep dan Terbitan - YBrs Muhammad Fazali Bin Ridzun Exco Multimedia dan Publisiti PPRPD Malaysia








Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM

23/01/2024



: JOM KENALI KEPIMPINAN TERTINGGI PPRPD

Exco Kebajikan dan Sosial
Sub Inspektor/D Azhar bin Abd Rahman
(2023–2025)

Konsep dan Terbitan YBrs Muhammad Fazali Bin Ridzun - Exco Multimedia dan Publisiti PPRPD Malaysia








: JOM KENALI KEPIMPINAN TERTINGGI PPRPD

Exco Perundangan dan Integriti
Sub Inspektor Abdullahtip bin Abdullah
(2023–2025)

Pada 10 Disember 2023 dalam Mesyuarat Exco PPRPD Pusat, Presiden PPRPD Malaysia, YBrs. Sub Inspektor Abd Rashid bin Ali telah mengumumkan senarai Kepimpinan Tertinggi PPRPD Pusat Sesi 2023-2025 dan portfolio barisan Exco di bawah kepimpinannya.

Dalam Majlis Perlantikan tersebut, YBrs. Sub Inspektor Abdullahtip bin Abdullah telah dipilih dan dilantik sebagai Exco PPRPD Malaysia (Pusat) dengan memegang portfolio Perundangan dan Integriti.

YBrs. Sub Inspektor Abdullahtip dilahirkan pada 11 Januari 1967 di Georgetown, Penang dan mula berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 5 April 1987.

Dalam Persatuan, beliau bermula dengan dipilih sebagai AJK PPRPD Kedah pada tahun 2006 dimana ketika itu beliau masih berpangkat Koperal dan aktif di peringkat pusat sebagai Ketua Urus Setia pada sesi 2021-2023.

Beliau juga merupakan Pengerusi PPRPD Kontinjen Kedah dan kini bertugas di Cawangan Kebajikan/Perkep, Jabatan Pengurusan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah.

Jangan lupa layari laman rasmi Facebook Persatuan Pegawai Rendah Polis Diraja Malaysia (PPRPD Malaysia) dengan klik ‘Follow dan Like’ serta kongsikan sebanyak mungkin untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini. Kerjasama dari tuan-tuan amat kami hargai.

Konsep dan Terbitan YBrs Muhammad Fazali Bin Ridzun - Exco Multimedia dan Publisiti PPRPD Malaysia






23/01/2024



: JOM KENALI KEPIMPINAN TERTINGGI PPRPD

Exco Kebajikan dan Sosial
Sub Inspektor/D Azhar bin Abd Rahman
(2023–2025)

Konsep dan Terbitan YBrs Muhammad Fazali Bin Ridzun - Exco Multimedia dan Publisiti PPRPD Malaysia








: JOM KENALI KEPIMPINAN TERTINGGI PPRPD

Exco Kebajikan dan Sosial
Sub Inspektor/D Azhar bin Abd Rahman
(2023–2025)

Pada 10 Disember 2023 dalam Mesyuarat Exco PPRPD Pusat, Presiden PPRPD Malaysia, YBrs. Sub Inspektor Abd Rashid bin Ali telah mengumumkan senarai Kepimpinan Tertinggi PPRPD Pusat Sesi 2023-2025 dan portfolio barisan Exco di bawah kepimpinannya.

Dalam Majlis Perlantikan tersebut, YBrs. Sub Inspektor/D Azhar bin Abd Rahman telah dipilih dan dilantik sebagai Exco PPRPD Malaysia (Pusat) dengan memegang portfolio Kebajikan dan Sosial.

YBrs. Sub Inspektor/D Azhar dilahirkan pada 8 mei 1965 di Kuala Terengganu, Terengganu dan mula berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 6 Januari 1986.

Dalam Persatuan, beliau bermula dengan dipilih sebagai Setiausaha PPRPD Daerah Tumpat pada tahun 2016 dimana ketika itu beliau masih berpangkat Sarjan.

Kini beliau juga merupakan Pengerusi PPRPD Kontinjen Kelantan dan bertugas di Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah, Kelantan.

Jangan lupa layari laman rasmi Facebook Persatuan Pegawai Rendah Polis Diraja Malaysia (PPRPD Malaysia) dengan klik ‘Follow dan Like’ serta kongsikan sebanyak mungkin untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini. Kerjasama dari tuan-tuan amat kami hargai.

Konsep dan Terbitan : YBrs Muhammad Fazali Bin Ridzun - Exco Multimedia dan Publisiti PPRPD Malaysia






Want your business to be the top-listed Government Service in Alor Setar?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address

Alor Setar