05/10/2021
Innalillahiwainna ilaihiraji'un
Baru kelmarin petang saya berkesempatan mengiringi jenazah bekas Pembantu Khas saya yang disemadikan di perkuburan Masjid Derga,Alor Star
Hari ni sekali lagi saya terima berita duka dan menyedihkan mengenai pemergian bekas pemandu saya yang juga pernah berkhidmat sama waktu dengan arwah abg Mat.
Selamat bersemadi Along(Shuzeli Shaari)
Seorang yang berdisiplin tinggi dan sangat menepati masa dan menjaga keperluan saya dan keluarga dengan penuh bertanggungjawab. Menjadi pembantu kepada anak2 selama mereka bersekolah.
Masih muda dan cergas,namun kehendak dan ketentuan Allah sudah cukup masa.
Semoga damai dan tenang dalam peliharaan dan rahmatNya.
Ya Allah, ampunilah dan kasihanilah sahabat2 yang telah mendahului ku. luaskanlah, lapangkanlah dan terangilah kubur mereka.terimalah segala amal ibadah serta kebajikan mereka dan tempatkanlah mereka di kalangan orang yang bertaqwa.Amiin
04/10/2021
Ketua Pejuang Kedah Dato Azimi Daim dan Dato Aziz Mahmud bersama Ketua Pejuang Padang Terap saudara Abdul Rauf serta AJK bahagian Padang Terap turun padang menyantuni dan menyampaikan sumbangan kepada warga Padang Terap yang ditimpa musibah banjir, Terima kasih kepada Dato Mukhriz Mahathir Presiden Pejuang kerana sudi menyumbang kepada masyarakat di Padang Terap yang terkesan, semoga dengan sumbangan ini dapat meringankan beban mereka yang ditimpa musibah.
04/10/2021
Innalillahiwainna ilaihiraji'un
Selamat bersemadi abang Mad dan semoga aman, tenang dalam dakapan rahmat dan peliharaanNya.
Seorang yang sangat berdisiplin,beramanah dan sangat ikhlas serta jujur sewaktu menabur khidmat sebagai Pembantu Khas saya pada tahun 2004-2008, sewaktu saya berkhidmat sebagai Exco Kerajaan Negeri.
Meskipun bukan seorang yang berkelulusan cukup tinggi, budi pekerti, bahasa dan nilai murni padanya jarang dapat ditemui.Sangat tinggi dan mulia.
Walaupun selepas 12 tahun tidak bekerja dengan saya,beliau sangat menjaga silaturrahim dengan baik.
Saya berasa sangat sedih dengan pemergian arwah.
Semoga Allah tempatkan abang Mat bersama muttaqin,diluaskan dan diterangi alam kuburnya
16/09/2021
Selamat menyambut Hari Malaysia.
Semoga negara kita segera bebas daripada wabak Covid-19 yang melanda.
16 September 2021
15/09/2021
Selamat Hari Malaysia 🇲🇾.
14/09/2021
Kenyataan yang JELAS dari Presiden Parti PEJUANG YB Dato Seri Utama Mukhriz Mahathir .
13/09/2021
CARTA ORGANISASI MAJLIS PIMPINAN NEGERI KEDAH
Ingin saya umumkan di sini bahawa mesyuarat penubuhan rasmi patuh-akta Majlis Pimpinan Negeri untuk Parti Pejuang Negeri Kedah telah pun diadakan pada 7 September 2021.
Bersama ini saya siarkan carta organisasi MPN untuk makluman tuan/puan.
Terima kasih.
Isa Zakaria
SU Negeri
04/09/2021
YBhg Dato' Azimi Daim hari ini bersama Sukarelawan Pejuang Negeri Kedah & wakil Pejuang Jerai turun menyampaikan sumbangan kepada 30 keluarga di Gurun yang terlibat dalam tragedi kepala air Gunung Jerai beberapa minggu lalu.
Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban mereka yang terlibat.