10/05/2026
Terima kasih atas segala kasih sayang, pengorbanan dan doa yang tidak pernah putus.
Seorang ibu adalah insan istimewa yang sentiasa menjadi kekuatan dalam setiap langkah kehidupan.
Semoga semua ibu sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan berpanjangan dan kasih sayang yang melimpah ruah.
“Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.” ❤️
Selamat Hari Ibu buat semua insan bergelar ibu. Terima kasih kerana menjadi insan terhebat dalam hidup kami.
24/03/2026
Pada 16 Mac 2026 Majlis Bandaraya Alor Setar telah menganjurkan *Program Iftar (Potluck) Mahasiswa Kedah Raya Alor Setar* . Program ini turut disertai PUSPANITA MBAS melalui Biro Kebajikan yang berkonsepkan jamuan berbuka secara potluck. Program ini turut diserikan dengan aktiviti pengedaran juadah berbuka kepada pengunjung yang hadir di Dataran Starwalk untuk sama-sama berbuka puasa. Program ini turut dimeriahkan dengan pemberian wang infaq hasil kutipan daripada Pengerusi PUSPANITA MBAS, ahli jawatankuasa serta kakitangan MBAS. Secara keseluruhannya, program ini telah berjalan dengan lancar dan berjaya mencapai objektif yang ditetapkan.
21/03/2026
JEMPUTAN RASMI
PUSPANITA MBAS dengan kerjasama SWCorp menjemput semua untuk bersama-sama menjayakan Kempen Elak Pembaziran Makanan (Food Waste) Bazar Ramadan.
Program ini turut disertai oleh YBhg. Datin Fauziah, Pengerusi PUSPANITA MBAS, sebagai tanda sokongan terhadap usaha meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan mengurangkan pembaziran makanan.
Marilah kita bersama-sama menyokong inisiatif ini demi kelestarian alam dan kesejahteraan komuniti.
Jom sama-sama kita elak pembaziran!
21/03/2026
SUMBANGAN KEBAJIKAN: BAKUL KASIH RAMADAN
PUSPANITA MBAS
Program ini merupakan inisiatif kebajikan PUSPANITA Negeri Kedah dengan pemberian bakul makanan kepada 300 ahli yang layak. PUSPANITA MBAS turut membantu mengenal pasti penerima. Sumbangan diperoleh daripada Lotus’s Mergong dan diedarkan kepada penerima pada awal Ramadan.
• Memupuk semangat kasih sayang dan keprihatinan dalam kalangan ahli.
• Memberi sokongan moral serta meringankan beban ahli yang kurang berkemampuan, sakit atau ditimpa musibah.
Senarai Penerima (contoh)
• Puan Rohana Binti Mohamad
• Puan Halimah Binti Ibrahim
Disampaikan oleh Puan Noor Shuhada Binti Elias, wakil kepada Pengerusi PUSPANITA MBAS di Bahagian Audit Dalam, MBAS, dengan keutamaan kepada ibu tunggal yang mempunyai tanggungan.
08/03/2026
Selamat menyambut Hari Wanita Antarabangsa kepada semua wanita hebat di dunia.
Terima kasih atas kekuatan, pengorbanan dan kasih sayang yang kalian berikan setiap hari.
Wanita bukan sekadar inspirasi, tetapi juga pemangkin perubahan.
Mudik ke hulu mencari palas,
Untuk ketupat di hari raya,
Jasa wanita tidak terbalas,
Sehingga membentuk keluarga bahagia.
Ikhlas daripada,
Datuk Bandar, Setiausaha, Ahli Majlis dan Seluruh Warga Kerja Majlis Bandaraya Alor Setar.
06/03/2026
SALAM NUZUL AL-QURAN 17 RAMADAN 1447H|2026M
“Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke (jalan) yang paling lurus dan memberi khabar gembira kepada orang-orang mukmin yang mengerjakan kebajikan bahawa bagi mereka ada pahala yang sangat besar”
(Surah Al-Isra': Ayat 9)
Ikhlas daripada Datuk Bandar, Setiausaha, Ahli Majlis dan Seluruh Warga Kerja Majlis Bandaraya Alor Setar.
04/02/2026
PENERIMA PROGRAM _BACK TO SCHOOL_ (BTS) NEGERI KEDAH OLEH PUSPANITA NEGERI KEDAH TAHUN 2026 BIRO KEBAJIKAN PUSPANITA MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR (MBAS)
Pada 29 Januari 2026, PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah telah menjalankan penyampaian sumbangan Program Back To School (BTS) kepada kakitangan Ahli PUSPANITA MBAS. Penerima terdiri daripada dalam kalangan kakitangan dan suri kepada kakitangan MBAS. Pemberian ini adalah bertujuan untuk meringankan beban golongan yang kurang bernasib baik disamping meraikan anak-anak yang kembali ke sekolah agar anak-anak ini menjadi lebih bersemangat menuntut ilmu seiring mendapat kecemerlangan di masa hadapan. Majlis tersebut telah diadakan di Bilik Mesyuarat Al-Aula MBAS dan dihadiri seramai 7 orang penerima. Penyampaian disempurnakan oleh YBhg. Datin Fauziah Binti Halim, Pengerusi PUSPANITA MBAS.
SENARAI PENERIMA
Penerima-penerima Back To School (BTS) seperti :
1. Puan Noraliza Ismayanis Binti Morat
(Suri kakitangan MBAS, Encik Ikromi Bin Zakaria)
2. Puan Nurul Ain Binti Sulaiman
(Suri kakitangan MBAS, Mohammad Hafis Bin Noordin)
3. Puan Siti Nurzuraida Binti Zainuddin
(Suri kakitangan MBAS, Encik Mohammad Khairun Bin Khairudin)
4. Puan Nur hafeeza Binti Mohamed
(Suri kakitangan MBAS, Encik Yahya Bin Othman)
5. Puan Aimi Namira Binti Musatafa
6. Puan Kartini Binti Abdul Azim
7. Puan Nur Fadzilah Binti Mahmud
17/01/2026
SELAMAT MEMPERINGATI PERISTIWA AGUNG ISRAK MIKRAJ 1447H | 2026M
Israk & Mikraj merupakan salah satu peristiwa agung dalam sejarah Rasulullah SAW yang perlu diperingati oleh umat Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah.
Firman Allah S.W.T :
Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram ke Masjid Al-Aqsa, yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.
(Surah Al-Isra', Ayat 1)
Ikhlas daripada Datuk Bandar, Ahli Majlis dan Seluruh Warga Kerja Majlis Bandaraya Alor Setar.