12/05/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐ธ
10 Februari 2026, Kota Setar - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kota Setar telah menganjurkan 1 program pertandingan sukan badminton yang yang melibatkan penyertaan pegawai dan anggota bagi memupuk semangat kesukanan, disiplin serta kerjasama berpasukan dalam kalangan warga kerja APM Daerah Kota Setar.
Penganjuran program ini bukan sahaja bertujuan menggalakkan amalan gaya hidup sihat dan aktif, malah menjadi medium untuk mengeratkan hubungan silaturrahim serta memperkukuhkan semangat kekeluargaan antara pegawai dan anggota di luar tugasan operasi harian.
Program ini juga dilaksanakan selaras dengan Program 1 Bulan 1 Sukan yang merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Kedah dalam membudayakan gaya hidup sihat dengan menggalakkan rakyat menyertai dan mencuba pelbagai aktiviti sukan secara santai, aktif dan berperingkat. Inisiatif ini secara tidak langsung mampu melahirkan masyarakat yang lebih cergas, sihat dan berdaya saing melalui penglibatan berterusan dalam aktiviti riadah dan sukan.
Sekalung penghargaan dan ucapan tahniah kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan tournament ini. Tahniah juga kepada semua peserta dan pemenang yang telah memberikan persembahan terbaik sepanjang pertandingan berlangsung.
12/05/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ (๐๐๐๐๐)
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) melalui Bahagian Pengurusan Bencana dan Operasi Ibu Pejabat Pertahanan Awam menjemput anda yang berkelayakan untuk hadir ke Sesi Pemilihan Anggota Pasukan Khas Pertahanan Awam (PASPA) pada tarikh dan lokasi seperti yang tertera di poster.
๐ง๐๐ฅ๐๐จ๐๐ ๐๐๐ฃ๐๐๐ ๐ฃ๐๐๐๐ช๐๐ ๐ฃ๐๐ฆ๐จ๐๐๐ก ๐๐๐ก ๐๐ก๐๐๐ข๐ง๐ ๐๐ฃ๐ ๐ฆ๐๐๐จ๐ฅ๐จ๐ ๐ก๐๐๐๐ฅ๐.
๐๐๐ก๐ฌ๐ ๐๐๐๐ข๐ก ๐ฌ๐๐ก๐ ๐๐จ๐๐จ๐ฆ ๐จ๐๐๐๐ก ๐๐๐ฆ๐ 1 ๐ฆ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ก ๐๐๐ฌ๐๐ ๐จ๐ก๐ง๐จ๐ ๐๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐ก๐๐๐๐ง ๐๐๐ฆ๐ 2.
Bagi calon yang berminat, anda boleh mengemukakan permohonan anda ๐ฆ๐๐๐๐ฅ๐ ๐๐ง๐๐ฆ ๐ง๐๐๐๐๐ก melalui pautan https://docs.google.com/.../1FAIpQLSdm-csKHbJD.../viewform sebelum/pada 17 Mei 2026 (Ahad).
10/05/2026
๐๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐ญ ๐๐๐ง๐ฒ๐๐ฆ๐๐ฎ๐ญ ๐๐๐ซ๐ข ๐๐๐ฎ ๐๐๐๐
Ibu adalah insan istimewa yang sentiasa hadir dengan kasih sayang, pengorbanan dan doa tanpa henti buat keluarga tercinta.
Dalam kelembutan seorang ibu, tersimpan kekuatan yang menjadi inspirasi dan tunjang kepada kebahagiaan keluarga. Sempena Sambutan Hari Ibu 2026, marilah kita menghargai jasa dan pengorbanan semua ibu yang sentiasa tabah membesarkan anak-anak serta mencurahkan kasih sayang tanpa batas.
Terima kasih kepada seluruh insan bergelar ibu atas segala pengorbanan, kasih sayang dan keikhlasan yang menjadi cahaya dalam kehidupan keluarga dan masyarakat.
Selamat Menyambut Hari Ibu kepada semua ibu di Malaysia.
01/05/2026
SELAMAT MENYAMBUT HARI ULANGTAHUN KELAHIRAN APRIL ๐
โ Semoga dipanjangkan umur, dilimpahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan didunia juga diakhirat . Semoga dengan bertambahnya usia, menjadikan insan yang mulia, semakin barakah umurmu, dan segala urusan dipermudahkan. Aaminnโ