Kelab Siswa PAS Kedah

Kelab Siswa PAS Kedah

Share

Malaysia Sejahtera bersama PAS

26/05/2026

*بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ*

✨ *Salam Aidiladha 1447H* ✨

Daripada saf kepimpinan dan seluruh warga *SiswaPAS Kedah*, kami mengucapkan *Selamat Hari Raya Aidiladha* kepada seluruh umat Islam walau di mana jua berada.

Aidiladha mengajar kita bahawa pengorbanan yang sebenar bukan sekadar pada sembelihan, tetapi pada hati yang ikhlas, jiwa yang taat dan perjuangan yang tidak pernah penat demi agama Allah.

*فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ*
“Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah.”

Di bumi yang semakin mencabar iman, jadilah generasi yang tetap teguh memegang prinsip Islam.
Biar diuji dengan tekanan, jangan sekali dijual maruah perjuangan.
Biar lelah mempertahankan kebenaran, jangan sesekali tunduk kepada kebatilan.

Aidiladha mengingatkan kita bahawa:
pengorbanan melahirkan kekuatan,
keikhlasan melahirkan keberkatan,
dan kesatuan umat melahirkan kemenangan.

Semoga semangat Nabi Ibrahim AS dalam ketaatan dan Nabi Ismail AS dalam kepatuhan terus hidup dalam diri kita semua.

*تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنكُمْ*
“Semoga Allah menerima segala amal ibadah kami dan kalian.”

🌙 *Selamat Hari Raya Aidiladha*
Ikhlas daripada *SiswaPAS Kedah*



Photos from Kelab Siswa PAS Kedah's post 21/05/2026

KENYATAAN MEDIA SiswaPAS Kedah

Menjaga adab dan menghormati institusi Raja Berperlembagaan adalah tanggungjawab setiap rakyat Malaysia. Kebebasan bersuara perlu disertai dengan rasa hormat demi menjaga keharmonian dan perpaduan negara. 🇲🇾

SiswaPAS Kedah 26/27

18/05/2026

TAHNIAH & TAKZIAH

kepada YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Bin Mokhtar, Pengerusi Perikatan Nasional

di atas pelantikan sebagai ketua pembangkang Dewan Rakyat.

Siiru ‘ala Barokatillah..

Ikhlas dari SiswaPAS Kedah.

Photos from Kelab Siswa PAS Kedah's post 18/05/2026

KENYATAAN MEDIA SiswaPAS Kedah

UEC BUKAN SEKADAR SIJIL,NAMUN IA SOAL ARAH NEGARA!!

Bila sistem pendidikan negara sendiri dipandang rendah, jangan pelik kalau perpaduan makin longgar.

UEC bukan sekadar isu sijil.
Ia soal arah pendidikan negara, identiti bangsa dan masa depan generasi Malaysia.

Pendidikan sepatutnya satukan rakyat, bukan besarkan jurang sesama sendiri.



15/05/2026

MEMPERINGATI HARI NAKBAH PALESTINE.

15 Mei bukan sekadar tarikh.
Ia luka yang masih berdarah buat bumi Palestin.

Hari Nakbah mengajar dunia macam mana tanah dirampas, rakyat dihalau, anak kecil dibesarkan dalam bunyi peluru dan air mata.

Dunia boleh pilih untuk diam, tapi kita jangan pernah lupa.
Palestin bukan isu bangsa, tapi isu kemanusiaan dan maruah ummah.

“Kalau hari ni kita diam melihat penindasan, jangan pelik bila satu hari nanti kebenaran juga dipijak.”




Photos from Kelab Siswa PAS Kedah's post 11/05/2026

KENYATAAN MEDIA SiswaPAS Kedah.

HORMATI TITAH SULTAN, UTAMAKAN KESIHATAN RAKYAT DAN KESEJAHTERAAN ALAM.

Isu penternakan babi di Selangor bukan sekadar soal ekonomi, tetapi melibatkan kesihatan awam, pencemaran alam sekitar serta keresahan rakyat yang telah lama dibangkitkan.

SiswaPAS Kedah menegaskan bahawa setiap pembangunan dan aktiviti industri mesti berpaksikan maslahat rakyat, kelestarian alam serta penghormatan terhadap institusi Raja Berperlembagaan.

Mahasiswa tidak boleh hanya diam apabila isu yang menyentuh kesejahteraan rakyat terus dipandang ringan.

“Mahasiswa Prihatin, Rakyat Didahulukan.”

Media Rasmi SiswaPAS Kedah.

Instagram : https://www.instagram.com/siswa_paskedah?igsh=MWI5M2Flanc4Mmh6cQ%3D%3D&utm_source=qr

Facebook : https://www.facebook.com/profile.php?id=100068958258418&mibextid=wwXIfr&mibextid=wwXIfr

Tiktok : https://www.tiktok.com/?_r=1&_t=ZS-96FOZgCBpgq




11/05/2026

🗒️MINDA PRESIDEN🗒️

Bila kuasa dijadikan tujuan, perjuangan hilang haluan.
Bila dunia diangkat lebih tinggi dari agama, umat mula berpecah dan musuh mula bertepuk tangan.
Mahasiswa bukan sekadar pemerhati, tetapi generasi yang wajib mempertahankan fikrah dan maruah perjuangan.

SiswaPAS Kedah 26/27

Ikuti Media Rasmi SiswaPAS Kedah.

Instagram : https://www.instagram.com/siswa_paskedah?igsh=MWI5M2Flanc4Mmh6cQ%3D%3D&utm_source=qr

Facebook : https://www.facebook.com/profile.php?id=100068958258418&mibextid=wwXIfr&mibextid=wwXIfr

Tiktok : https://www.tiktok.com/?_r=1&_t=ZS-96FOZgCBpgq

Want your business to be the top-listed Government Service in Alor Setar?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address

Alor Setar