09/04/2024
10 April 2024
Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin dari Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah dan seluruh pimpinan pelbagai peringkat.
Semoga Aidilfitri kali ini disambut penuh ceria dan bertaut kukuh ukhwah sesama kita..
07/04/2024
7 April 2024
Mewakili Dato Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah bagi membincangkan dan diberi taklimat oleh pihak KEMAS Kuala Kedah ke arah mempertingkatkan lagi gerakerja dan program mengikut golongan sasar sama ada pendidikan, agama, sosial ekonomi demi manfaat warga kampung dan desa di seluruh kawasan Parlimen Kuala Kedah
29/09/2023
Mohon perhatian,
1. Dukacita dimaklumkan bahawa talian telefon bimbit Dato Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah, Datuk Haji Muthalib Harun yang bernombor 016 5245133 telah diceroboh oleh puak scammer dan digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
2. Jika tuan puan ada menerima sebarang hantaran whats app menerusi nombor berkenaan sila abaikan..dan mohon jangan layan. Semua maklumat disebarkan adalah palsu dan bertujuan tidak baik digunakan oleh pihak scammer
3. Laporan polis dan penamatan sementara nombor berkenaan telah dibuat petang ini juga.
4. Bagi sebarang urusan, Tuan/puan masih boleh berhubung dengan Datuk KB UMNO Bahagian Kuala Kedah menerusi talian 019 4751962.
Sekian dimaklumkan.
28/09/2023
Nabi Muhammad SAW diutuskan bagi membawa rahmat ke sekelian alam.
Baginda adalah suri teladan terbaik sepanjang zaman
Ditinggalkannya kepada kita dua khazanah berharga yakni Al Quran dan Sunnah baginda agar menjadi panduan kehidupan
Jika berpegang pada keduanya kita tidak akan sesat buat selamanya.