03/06/2026
𝐓a𝐡u𝐤a𝐡 𝐀n𝐝a!
𝗣𝗘𝗥𝗦𝗢𝗡𝗔𝗟 𝗟𝗢𝗖𝗔𝗧𝗢𝗥 𝗕𝗘𝗔𝗖𝗢𝗡 (𝗣𝗟𝗕): 𝗜𝗦𝗬𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗞𝗘𝗖𝗘𝗠𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗠𝗔𝗠𝗣𝗨 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧𝗞𝗔𝗡 𝗡𝗬𝗔𝗪𝗔 𝗗𝗜 𝗟𝗔𝗨𝗧
Keselamatan di laut tidak boleh bergantung kepada nasib semata-mata. Dalam situasi kecemasan, setiap saat amat berharga dan keupayaan mengesan lokasi mangsa dengan pantas boleh menjadi penentu antara hidup dan mati.
Sehubungan itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menggalakkan komuniti maritim, khususnya nelayan, pengusaha bot, pemancing laut dalam dan penggiat rekreasi laut untuk melengkapkan diri dengan Personal Locator Beacon (PLB) sebagai langkah kesiapsiagaan ketika berada di laut.
PLB merupakan peranti kecemasan yang menghantar isyarat kecemasan pada frekuensi 406 MHz berserta koordinat lokasi mangsa melalui sistem satelit, sekali gus membantu Pusat Penyelaras Mencari dan Menyelamat Maritim (MRCC) serta pasukan Carilamat (SAR) mengesan kedudukan mangsa dengan lebih cepat dan tepat.
Penggunaan PLB bukan sahaja mempercepatkan tindak balas operasi menyelamat, malah membantu mengenal pasti last known position (LKP) mangsa, mengurangkan risiko kehilangan nyawa serta meningkatkan peluang untuk ditemui dalam tempoh kritikal.
Sebagai agensi yang bertanggungjawab terhadap keselamatan, penguatkuasaan dan operasi mencari serta menyelamat di perairan negara, Maritim Malaysia sentiasa menekankan kepentingan budaya keselamatan dalam setiap aktiviti maritim.
Persediaan hari ini mampu menyelamatkan nyawa esok.
Satu PLB, seribu peluang untuk pulang.
Saifuddin Nasution Ismail Shamsul Anuar Nasarah Kementerian Dalam Negeri (KDN) Majlis Keselamatan Negara PMO Malaysia
27/05/2026
𝗨𝗖𝗔𝗣𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗥𝗔𝗬𝗔 𝗔𝗜𝗗𝗜𝗟𝗔𝗗𝗛𝗔 𝗜𝗕𝗨 𝗣𝗘𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧 𝗠𝗔𝗥𝗜𝗧𝗜𝗠 𝗭𝗢𝗡 𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗞𝗘𝗗𝗔𝗛
🐄🌙 Salam Aidiladha 1447H / 2026M 🌙🐄
Di sebalik erti pengorbanan, terselit nilai keikhlasan dan kekuatan dalam menyantuni amanah serta tanggungjawab.
Sempena Hari Raya Aidiladha ini, Ibu Pejabat Maritim Zon Kuala Kedah mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam.
Semoga kemuliaan hari yang penuh keberkatan ini membawa kebahagiaan, ketenangan dan mengeratkan silaturahim bersama insan tersayang.
Ikhlas daripada
Komander Maritim Noor Azreyanti binti Ishak
Pengarah Maritim Zon Kuala Kedah
&
Seluruh warga Ibu Pejabat Maritim Zon Kuala Kedah
21/05/2026
Tahniah buat semua para pemenang !
21/05/2026
𝗣𝗔𝗥𝗧 𝟮
KOLEKSI KEMERIAHAN FUN RUN KESMAR IPMZ KUALA KEDAH 2026
21/05/2026
𝗙𝗨𝗡 𝗥𝗨𝗡 𝗞𝗘𝗦𝗠𝗔𝗥 𝗜𝗣𝗠𝗭 𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗞𝗘𝗗𝗔𝗛 𝗠𝗘𝗥𝗜𝗔𝗛, 𝗦𝗘𝗠𝗔𝗡𝗚𝗔𝗧 𝗕𝗘𝗥𝗣𝗔𝗦𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗝𝗔𝗗𝗜 𝗧𝗨𝗠𝗣𝗨𝗔𝗡
𝗔𝗟𝗢𝗥 𝗦𝗘𝗧𝗔𝗥, 𝟮𝟭 𝗠𝗲𝗶 – Ibu Pejabat Maritim Zon Kuala Kedah (IPMZ Kuala Kedah) menerusi Kelab Sukan dan Kebajikan Maritim (KESMAR) telah menganjurkan Program Fun Run Berkumpulan Antara Rumah Sukan IPMZ Kuala Kedah 2026 di Taman Jubli Perak, Alor Setar, hari ini.
Program yang disertai pegawai dan anggota IPMZ Kuala Kedah itu bertujuan memperkukuhkan hubungan silaturrahim, memupuk semangat kerjasama berpasukan serta menggalakkan budaya hidup sihat dalam kalangan warga maritim.
Acara dimulakan dengan sesi pendaftaran peserta, sarapan pagi dan taklimat sebelum pelepasan rasmi program oleh Pengarah Maritim Zon Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti bintu Ishak.
Peserta kemudiannya menyertai larian berkumpulan sejauh lima kilometer mengikut rumah sukan masing-masing iaitu Rumah Salahuddin Al-Ayubi (Biru), Rumah Khalid Al-Walid (Merah) dan Rumah Muhammad Al-Fateh (Kuning).
Penganjuran program turut diselaraskan secara teratur melibatkan aspek keselamatan, bantuan kecemasan, kawalan laluan serta penyediaan water station bagi memastikan kelancaran sepanjang aktiviti berlangsung.
Bagi keputusan keseluruhan pertandingan, Rumah Sukan Salahuddin Al-Ayubi (Biru) muncul sebagai johan, diikuti Rumah Muhammad Al-Fateh (Kuning) selaku naib johan manakala tempat ketiga dimenangi Rumah Khalid Al-Walid (Merah).
Secara keseluruhannya, program ini berjaya mencapai objektif yang ditetapkan dalam memperkukuh semangat perpaduan, kesukanan dan kecergasan fizikal warga IPMZ Kuala Kedah selaras dengan usaha melahirkan warga maritim yang cergas, sihat dan berdaya saing selain memupuk semangat setiakawan dan menguji tahap kesabaran dan mental ahli pasukan.