FAMA Negeri Kedah

FAMA Negeri Kedah

Share

Laman Rasmi FAMA Negeri Kedah

03/06/2026
Photos from FAMA Negeri Kedah's post 03/06/2026

๐Ÿฝ๏ธ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—–๐—”๐—ฅ๐—œ๐—”๐—ก ๐—จ๐—ฆ๐—”๐—›๐—”๐—ช๐—”๐—ก ๐—•๐—œ๐—›๐—จ๐—ก ๐—ฆ๐—จ๐—ฃ ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜๐——๐—”๐—› โ€œ๐—•๐—˜๐—ฆ๐—ง ๐—ข๐—™ ๐—ง๐—›๐—˜ ๐—•๐—˜๐—ฆ๐—งโ€ ๐—™๐—ข๐—ข๐—— ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—œ๐—ฅ๐—˜ ๐— ๐—”๐—›๐—” ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐Ÿฝ๏ธ

Pada 2 Jun 2026, telah berlangsung sesi pemilihan Usahawan Bihun Sup Negeri Kedah โ€œBest of the Bestโ€ Food Empire MAHA 2026 yang melibatkan pencarian usahawan makanan terbaik dan berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat MAHA 2026.

Melalui sesi ini, beberapa premis usahawan makanan yang menawarkan menu ikonik dan popular negeri telah dikenal pasti sebelum menjalani proses penilaian serta pengesahan oleh panel yang terdiri daripada wakil FAMA dan profesional industri makanan.

Program ini bertujuan menonjolkan keunikan warisan kulinari Kedah serta memberi peluang kepada usahawan tempatan memperluaskan pasaran dan mempromosikan produk mereka di platform yang lebih besar.

Turut serta semasa sesi pemilihan YBrs. Encik Shaiful Azhar bin Zolkipli, Pengarah FAMA Negeri Kedah dan Puan Nasriah binti Sidek, Timbalan Pengarah Pembangunan Industri Agromakanan FAMA Negeri Kedah.

Tahniah dan selamat maju jaya kepada semua usahawan yang telah menyertai sesi pemilihan ini. Semoga wakil yang terpilih dapat mengharumkan nama Negeri Kedah di pentas Food Empire MAHA 2026.

"Lebuhraya Kulinari: Menikmati Keunikan Rasa, di Setiap Hentian"

"INTEGRITI & INKLUSIVITI: PEMACU KEJAYAAN"

Mohamad Sabu
Chan Foong Hin ้™ˆๆณ“็ผฃ
Abdul Rashid Bahri
Dr. Sofee Razak
Asmizal Jaafar
Shaiful Azhar

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
PMO Malaysia
FAMA Malaysia
Galakan Pasaran Dan Kepenggunaan

03/06/2026

2 Jun diisytiharkan sebagai Hari TVET Negara sebagai tanda penghargaan terhadap jasa, sumbangan dan kejayaan bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dalam memacu pembangunan modal insan serta pertumbuhan ekonomi negara.

Sambutan ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai peluang latihan kemahiran dan laluan kerjaya TVET, di samping memperkukuh kerjasama strategik antara agensi pelaksana TVET dan pihak industri dalam mengarusperdanakan TVET sebagai pilihan utama kerjaya.

Jangan lepaskan peluang untuk memeriahkan Sambutan Hari TVET Negara 2026 yang akan berlangsung di Dataran Putrajaya pada 5 hingga 7 Jun 2026, melibatkan lebih 107 agensi dan pemain industri dengan pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga.




03/06/2026

๐ŸŒพ๐Ÿšœ ๐๐„๐๐‚๐€๐‘๐ˆ๐€๐ ๐”๐’๐€๐‡๐€๐–๐€๐ ๐Œ๐€๐‡๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐Š๐ˆ๐๐ˆ ๐ƒ๐ˆ๐๐”๐Š๐€! ๐Ÿšœ๐ŸŒพ

Kementerian Pertanian & Keterjaminan Makanan (KPKM) akan menganjurkan Pameran Pertanian, Hortikultur & Agro Pelancongan (MAHA) 2026 pada 28 Ogos - 6 Sept 2026 di MAEPS, Serdang, Selangor.

Oleh itu, usahawan agrofood, pengusaha makanan, penternak, nelayan, penggiat smart farming serta pemain industri agromakanan dipelawa untuk merebut peluang menyerlah di pentas agromakanan terbesar negara! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐ŸŒฑ

๐Œ๐€๐‡๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” membuka ruang kepada usahawan tempatan untuk mempromosi produk, memperkukuh jenama, meluaskan jaringan perniagaan serta meneroka peluang pasaran baharu bersama komuniti agro terbaik Malaysia. โœจ

Antara segmen penyertaan yang dibuka:
๐Ÿ”ธ Laman Food Truck
๐Ÿ”ธ Agro-Food Fisheries
๐Ÿ”ธ Go Global Grow Local
๐Ÿ”ธ Laman Veterinar
๐Ÿ”ธ Agro-Food Pineapple
๐Ÿ”ธ Food Empire
๐Ÿ”ธ Laman Smart Farming
๐Ÿ”ธ Kingdom of Agrofood
๐Ÿ”ธ Agribusiness

๐Ÿ—“๏ธ ๐“๐š๐ซ๐ข๐ค๐ก ๐๐ž๐ง๐๐š๐Ÿ๐ญ๐š๐ซ๐š๐ง:
7 Mei 2026 โ€“ 10 Jun 2026

๐Ÿ“ฒ Imbas kod QR atau layari portal rasmi pendaftaran:
usahawan.mahaofficial.com.my

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada transformasi industri agromakanan negara dan bersama-sama mencorakkan masa depan agrofood Malaysia di ๐Œ๐€๐‡๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”! ๐Ÿ’š

03/06/2026

๐Ÿš€ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—›๐—”๐—ง๐—œ๐—”๐—ก ๐—จ๐—ฆ๐—”๐—›๐—”๐—ช๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐——๐—”๐—›โ€ผ๏ธ
PELUANG YANG JARANG DATANG DUA KALI! ๐Ÿš€

Masih bergantung kepada pelanggan yang datang sendiri? Masih tercari-cari cara nak tingkatkan jualan melalui TikTok, Facebook, Instagram dan platform digital?

๐Ÿ”ฅ Inilah peluang untuk ubah bisnes anda ke tahap seterusnya! ๐Ÿ”ฅ

๐Ÿ”ฅ ๐—ž๐—จ๐—ฅ๐—ฆ๐—จ๐—ฆ ๐—ฆ๐—ข๐—Ÿ๐—จ๐—ฆ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ก๐—œ๐—”๐—š๐—”๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—Ÿ๐—จ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐——๐—œ๐—š๐—œ๐—ง๐—”๐—Ÿ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐Ÿ”ฅ

๐Ÿ“ ๐—Ÿ๐—ผ๐—ธ๐—ฎ๐˜€๐—ถ & ๐—ง๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ธ๐—ต ๐—ž๐˜‚๐—ฟ๐˜€๐˜‚๐˜€
๐Ÿข EDC UUM, Kedah
๐Ÿ“… 28 - 30 Jun 2026

FAMA melalui AgroBazaar Online membuka hanya 45 tempat SAHAJA untuk usahawan yang benar-benar serius mahu belajar strategi pemasaran digital terkini daripada pakar industri.

โœ… Belajar pemasaran digital yang terbukti berkesan
โœ… Teknik pemasaran TikTok, Facebook & media sosial terkini
โœ… Meningkatkan jualan dan capaian pelanggan secara online
โœ… Makan minum dan penginapan disediakan
โœ… Peluang networking bersama usahawan seluruh negara

โš ๏ธ ๐—ง๐—˜๐— ๐—ฃ๐—”๐—ง ๐—ฆ๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ง ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—›๐—”๐——!
Hanya 45 usahawan NEGERI Kedah terawal akan dipertimbangkan.

๐Ÿ“Œ Cara Penyertaan:
1. Daftar melalui pautan/QR Code yang disediakan di bawah.
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScK4B-CWEgE4YG5b_oEY3rhHRO0bjSHVlS9C_0hhkekJqdhLA/viewform

2. Ambil screenshot bukti pendaftaran.

3. Hantar screenshot tersebut kepada:

๐Ÿ“ž En. Mohd Khairil Izwan FAMA Negeri Kedah 012-495 9463

๐Ÿ“Œ Selepas itu, pihak urus setia akan menghubungi tuan/puan untuk penerangan lanjut mengenai kaedah pembelian seat kursus melalui platform AgroBazaar Online. Hanya RM50 sahaja.

โณ Jangan tunggu saat akhir! Ramai usahawan mengeluh jualan perlahan, tetapi tidak semua sanggup mengambil peluang untuk belajar dan berubah.

๐Ÿ’ฅ Hari ini anda membuat keputusan, beberapa bulan lagi anda mungkin menikmati hasilnya.

45 tempat sahaja. Apabila penuh, penyertaan akan ๐——๐—œ๐—ง๐—จ๐—ง๐—จ๐—ฃ serta-merta.

๐Ÿ‘‰ Daftar sekarang, screenshot dan terus WhatsApp kepada En. Khairil sebelum tempat habis! ๐Ÿ’ช๐Ÿ“ˆ๐Ÿ”ฅ

"๐ˆ๐๐“๐„๐†๐‘๐ˆ๐“๐ˆ ๐ƒ๐€๐ ๐ˆ๐๐Š๐‹๐”๐’๐ˆ๐•๐ˆ๐“๐ˆ: ๐๐„๐Œ๐€๐‚๐” ๐Š๐„๐‰๐€๐˜๐€๐€๐"

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
PMO Malaysia
FAMA Malaysia
AgroBazaar Online
Agrobazaar Online Kedah





01/06/2026

๐ƒ๐ˆ๐‘๐†๐€๐‡๐€๐˜๐” ๐“๐”๐€๐๐Š๐”

๐Œ๐ž๐ซ๐š๐Ÿ๐š๐ค ๐’๐ž๐ฆ๐›๐š๐ก ๐”๐œ๐š๐ฉ๐š๐ง ๐’๐ž๐ญ๐ข๐ง๐ ๐ ๐ข-๐“๐ข๐ง๐ ๐ ๐ข ๐“๐š๐ก๐ง๐ข๐š๐ก

๐Š๐„๐๐€๐–๐€๐‡ ๐ƒ๐”๐‹๐ˆ ๐˜๐€๐๐† ๐Œ๐€๐‡๐€ ๐Œ๐”๐‹๐ˆ๐€
๐’๐„๐‘๐ˆ ๐๐€๐ƒ๐”๐Š๐€ ๐๐€๐†๐ˆ๐๐ƒ๐€ ๐˜๐€๐๐† ๐ƒ๐ˆ-๐๐„๐‘๐“๐”๐€๐ ๐€๐†๐Ž๐๐† ๐’๐”๐‹๐“๐€๐ ๐ˆ๐๐‘๐€๐‡๐ˆ๐Œ

Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Seluruh warga kerja FAMA negeri Kedah merafak sembah mendoakan semoga Allah SWT lanjutkan usia, kurniakan kesihatan yang berpanjangan dan memayungi pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dengan keberkatan, kedaulatan dan kesejahteraan.

Semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT, terus menaungi rakyat dan negara Malaysia yang tercinta.

Daulat Tuanku.

Sembah takzim daripada :

PENGARAH & WARGA KERJA
FAMA NEGERI KEDAH






01/06/2026

๐’๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐’๐ž๐ฃ๐š๐ก๐ญ๐ž๐ซ๐š ๐๐š๐ง ๐’๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐…๐€๐Œ๐€ ๐ƒ๐ข ๐‡๐š๐ญ๐ข ๐‘๐š๐ค๐ฒ๐š๐ญ.

Saya ingin merakamkan ucapan ๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐–๐ž๐ฌ๐š๐ค kepada seluruh masyarakat beragama Buddha di Malaysia, khususnya warga kerja FAMA, rakan strategik, usahawan serta rakyat Malaysia yang meraikannya.

Semoga sambutan Hari Wesak pada tahun ini membawa makna kedamaian, kesederhanaan, kasih sayang dan keharmonian dalam kehidupan bermasyarakat.

Dalam kepelbagaian budaya, agama dan kepercayaan, marilah kita terus memperkukuh semangat saling menghormati, bertoleransi dan bekerjasama demi kesejahteraan rakyat serta kemakmuran negara.

FAMA akan terus komited mendukung aspirasi ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ melalui penyampaian perkhidmatan yang inklusif, berintegriti dan dekat di hati rakyat.

Indah cahaya menyinari laman
Tenang suasana di pagi hari
Harmoni rakyat jadi amalan
Malaysia MADANI terus berseri

๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐–๐ž๐ฌ๐š๐ค ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”.

FAMA Malaysia









Want your business to be the top-listed Government Service in Alor Setar?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address

Pejabat FAMA Negeri Kedah, Jalan Perak, Kampung Gunung Sali
Alor Setar
05150