15/05/2026
πππππ πππππ ππππππ ππππππππ πππππππ ππππππππ ππππ πππππ ππππππ πππππ ππππ
Sempena Sambutan Hari Belia Negara Tahun 2026 Peringkat Kebangsaan, APM Negeri Kedah juga telah terlibat secara langsung bagi sesi Bacaan Ikrar Belia Malaysia yang telah diadakan di pejabat masing-masing.
Sesi bacaan ikrar ini diadakan secara serentak di 12 belas daerah di Negeri Kedah pada hari ini iaitu 15 Mei 2026 bermula jam 10.00 pagi.
Sambutan Hari Belia Negara (HBN) ini akan diadakan pada 15 hingga 17 Mei 2026 bertempat di Negeri Sembilan dan akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim dengan tema .
Mohd Bukhori
Muhammad Suhaimi
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Jabatan Perdana Menteri
fans
15/05/2026
SELAMAT HARI BELIA NEGARA 2026
Belia adalah nadi perubahan, pencetus kebangkitan bangsa. Malaysia menanti jiwa-jiwa besar seperti kalian. Bersama membina masa depan yang gemilang dengan semangat perpaduan dan kepimpinan! Jadilah belia yang berani, berilmu dan berakhlak mulia.
Sempena Hari Belia Negara pada tahun ini, marilah kita bersama-sama mengangkat potensi anak muda sebagai kekuatan utama negara.
" MENGGERAK BELIA MADANI"
APM Negeri Kedah
Mohd Bukhori
Muhammad Suhaimi
Izzi Zulkifli
jabatanperdanamenteri
15/05/2026
π JADUAL AIR PASANG TINGGI NEGERI KEDAH BAGI MEI 2026π
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Kedah ingin memaklumkan jadual air pasang tinggi bagi beberapa lokasi utama di negeri Kedah sepanjang bulan Mei 2026.
π Lokasi terlibat:
Teluk Ewa, Langkawi
Kuah, Langkawi
Kedah Pier, Kuala Kedah
β οΈ Kawasan berpotensi berlaku banjir air pasang:
Daerah Kota Setar
Jeti Kuala Kedah
Jeti Nelayan Seberang Kota
Taman Sri Putra
Taman Sri Pantai
Daerah Kuala Muda
Kg Kepala Tanjung
Kg Bukit Kechik
Kg Tukang Jusoh
Kg Paya
Kg Sungai Meriam
Kg Sungai Yu
Kg Huma
π§οΈ Sekiranya fenomena air pasang tinggi berlaku serentak dengan hujan lebat dan angin kencang, risiko banjir di kawasan rendah dan pesisir pantai adalah lebih tinggi.
π Orang ramai khususnya penduduk di kawasan berisiko dinasihatkan agar:
β
Sentiasa peka dengan keadaan cuaca semasa
β
Memantau maklumat dan amaran rasmi daripada pihak berkuasa
β
Membuat persediaan awal bagi menghadapi sebarang kemungkinan
π Rujukan: Jadual Pasang Surut Malaysia 2026, Pusat Hidrografi Nasional.
Mohd Bukhori
Muhammad Suhaimi
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Jabatan Perdana Menteri
14/05/2026
HEIMLICH MANEUVER: ILMU KECIL YANG BOLEH SELAMATKAN NYAWA
Kadang-kadang tragedi berlaku bukan sebab orang sekeliling tidak peduli.
Tetapi sebab mereka panik.
Nampak seseorang tercekik, muka mula cemas, tangan pegang leher, suara tak keluar, batuk pun tak mampu. Dalam beberapa saat, suasana boleh berubah jadi kelam-kabut.
Sebab itu kita kena tahu asas pertolongan cemas untuk kes tercekik.
Kalau mangsa masih boleh batuk, bercakap atau bernafas, galakkan dia batuk sekuat mungkin. Jangan terus tepuk belakang secara membabi buta.
Tetapi kalau mangsa sudah tidak boleh bercakap, tidak boleh batuk dengan kuat, susah bernafas atau muka mula berubah pucat/kebiruan, ini tanda saluran pernafasan mungkin tersumbat.
Untuk orang dewasa dan kanak-kanak lebih 1 tahun, lakukan langkah ini:
Bongkokkan mangsa sedikit ke hadapan.
Beri 5 tepukan kuat di bahagian belakang, antara dua tulang belikat.
Jika masih tersumbat, berdiri di belakang mangsa.
Letakkan genggaman tangan sedikit atas pusat, pegang dengan tangan sebelah lagi, kemudian tolak ke dalam dan ke atas dengan kuat.
Ulang kitaran 5 tepukan belakang dan 5 tujahan abdomen sehingga objek keluar atau bantuan tiba.
Kalau mangsa tidak sedarkan diri, hubungi 999 dan mulakan CPR jika anda tahu caranya.
Penting juga untuk tahu, Heimlich maneuver tidak sesuai untuk bayi bawah 1 tahun. Untuk bayi, tekniknya berbeza dan perlu lebih berhati-hati.
Jangan angkat anak terbalik.
Jangan korek mulut secara membuta tuli.
Jangan suruh minum air ketika sedang tercekik.
Jangan tunggu βkejap lagi okeylahβ kalau mangsa sudah tidak boleh bernafas.
Ini ilmu yang nampak kecil.
Tapi dalam situasi sebenar, orang yang tahu apa perlu dibuat boleh jadi beza antara panik dan peluang kedua untuk hidup.
Belajar. Ingat. Kongsi.
Sebab kita tak pernah tahu, satu hari nanti tangan kita mungkin yang paling dekat untuk menyelamatkan seseorang.
13/05/2026
πππππππ ππππππ, ππππππ πππππ ππππ!
π₯ Bermula 14 Mei 2026, Malaysia akan memasuki fasa Monsun Barat Daya yang dijangka membawa taburan hujan yang rendah.
βοΈSentiasa peka dengan perkembangan cuaca semasa dengan merujuk MET Malaysia!
12/05/2026
AMARAN RIBUT PETIR. βββ
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Kedah (S*k, Baling, Kulim dan Bandar Baharu) β’ Perak β’ Kelantan (Jeli, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Gua Musang) β’ Terengganu (Besut) β’ Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Temerloh, Maran dan Kuantan) β’ Selangor (Sabak Bernam) β’ Sarawak: Mukah (Dalat dan Mukah), Bintulu (Tatau), Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang β’ Sabah: Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Ranau) dan Sandakan (Tongod) β’ WP Labuan sehingga 1:00 pagi; Rabu, 13 Mei 2026.
β‘οΈβ‘οΈβ‘οΈAmaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam. Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Dikeluarkan pada: 9:00 malam, 12 Mei 2026
12/05/2026
BANJIR NEGERI KEDAH:
PPS MASJID AL-MUHTADIN SUNGAI SELUANG DITUTUP SEPENUHNYA PADA JAM 2.00 PETANG / 12 MEI 2026