Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah (JPS Kedah)

Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah (JPS Kedah)

Share

Terima kasih kerana sudi melayari Facebook rasmi Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah.

Adalah diharapkan laman ini akan memberi maklumat dan penerangan yang jelas mengenai fungsi serta perkhidmatan yang diberikan oleh JPS bagi pengunjung laman ini.

14/05/2026

๐ŸŒŠ JADUAL AIR PASANG TINGGI NEGERI KEDAH BAGI MEI 2026๐ŸŒŠ

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Kedah ingin memaklumkan jadual air pasang tinggi bagi beberapa lokasi utama di negeri Kedah sepanjang bulan Mei 2026.

๐Ÿ“ Lokasi terlibat:

Teluk Ewa, Langkawi
Kuah, Langkawi
Kedah Pier, Kuala Kedah

โš ๏ธ Kawasan berpotensi berlaku banjir air pasang:
Daerah Kota Setar

Jeti Kuala Kedah
Jeti Nelayan Seberang Kota
Taman Sri Putra
Taman Sri Pantai

Daerah Kuala Muda

Kg Kepala Tanjung
Kg Bukit Kechik
Kg Tukang Jusoh
Kg Paya
Kg Sungai Meriam
Kg Sungai Yu
Kg Huma

๐ŸŒง๏ธ Sekiranya fenomena air pasang tinggi berlaku serentak dengan hujan lebat dan angin kencang, risiko banjir di kawasan rendah dan pesisir pantai adalah lebih tinggi.

๐Ÿ“Œ Orang ramai khususnya penduduk di kawasan berisiko dinasihatkan agar:
โœ… Sentiasa peka dengan keadaan cuaca semasa
โœ… Memantau maklumat dan amaran rasmi daripada pihak berkuasa
โœ… Membuat persediaan awal bagi menghadapi sebarang kemungkinan

๐Ÿ“– Rujukan: Jadual Pasang Surut Malaysia 2026, Pusat Hidrografi Nasional.




Photos from Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah (JPS Kedah)'s post 13/05/2026

Makluman Ralat Kenyataan Sebutharga.

JPS.K(SH)P/LADA/1/2026

PROJEK MENAIKTARAF SISTEM PERPARITAN DI KAWASAN AYER HANGAT SERTA KERJA BERKAITAN, LANGKAWI, KEDAH DARUL AMAN

**Pindaan Tarikh Tutup Sebutharga.

Photos from Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah (JPS Kedah)'s post 11/05/2026

Lawatan Projek Membina dan Menyiapkan Rancangan Tebatan Banjir Bandar Jitra Selatan serta Kerja-kerja lain yang berkaitan di Daerah Kubang Pasu, Kedah Darul Aman | 10 Mei 2026 | Jitra, Kedah Darul Aman

Satu lawatan kerja oleh Ketua Setiausaha, Ketua Setiausaha Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) ke Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Bandar Jitra Selatan diadakan bagi meninjau kemajuan pelaksanaan projek serta keberkesanan inisiatif tebatan banjir di kawasan Bandar Jitra dan sekitarnya.

Turut hadir dalam lawatan ini ialah Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia, Pengarah JPS Negeri Kedah, Pengarah Bahagian Pengurusan Banjir, Pengarah Bahagian Sungai, Setiausaha Bahagian Pembangunan PETRA, Jurutera Daerah Kubang Pasu/Padang Terap serta pegawai-pegawai daripada Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah.

Projek RTB Bandar Jitra Selatan yang dilaksanakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia ini merupakan salah satu projek berimpak tinggi dalam usaha mengurangkan risiko banjir kilat yang sering melanda kawasan Bandar Jitra, khususnya ketika hujan lebat dan fenomena cuaca ekstrem.

Antara skop utama projek adalah:
โ€ข Pembinaan kolam takungan banjir
โ€ข Sistem saliran dan lencongan air
โ€ข Rumah pam dan pemasangan skru pam
โ€ข Roller gate dan trash screen
โ€ข Kerja-kerja jalan serta utiliti berkaitan

Setakat Mei 2026, projek ini telah mencapai kemajuan fizikal sebanyak 97% dan dijangka memberi manfaat kepada lebih 7,500 penduduk sekitar Bandar Jitra.

Pelaksanaan projek ini dijangka:
โ€ข Mengurangkan risiko banjir kilat
โ€ข Melindungi kawasan penempatan dan premis perniagaan
โ€ข Mengurangkan gangguan kepada jaringan jalan raya
โ€ข Meningkatkan pengurusan sistem saliran bandar secara lebih mampan

Semoga projek ini dapat disiapkan sepenuhnya mengikut jadual dan menjadi pemangkin kepada kesejahteraan rakyat serta pembangunan lestari di daerah Kubang Pasu, Kedah.








Photos from Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah (JPS Kedah)'s post 11/05/2026

PROGRAM BRISKWALK KESKIP 2026
Kelab Sukan dan Kebajikan Ibu Pejabat (KESKIP) telah menganjurkan Program Briskwalk pada 7 Mei 2026 (Khamis) bermula jam 8.30 pagi melibatkan laluan sekitar Bandar Alor Setar dan berakhir di Dataran Sungai Raja.

Program ini diadakan bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama dalam kalangan warga kerja, meningkatkan tahap kecergasan fizikal serta menyemai sikap cintakan alam sekitar melalui aktiviti riadah yang sihat dan bermanfaat.

Selain menggalakkan gaya hidup aktif, program ini turut menjadi platform mengeratkan hubungan silaturahim serta mewujudkan suasana kerja yang lebih harmoni dan positif.




Photos from Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah (JPS Kedah)'s post 11/05/2026

NOTIS KENYATAAN SEBUTHARGA JPS NEGERI KEDAH

JPS.K(SH)P/LADA/1/2026

PROJEK MENAIKTARAF SISTEM PERPARITAN DI KAWASAN AYER HANGAT SERTA KERJA BERKAITAN, LANGKAWI, KEDAH DARUL AMAN

Gred : G4
Kategori : CE
Pengkhususan : CE21 dan CE06
(KEBENARAN KHAS TIDAK DIBENARKAN)

* Pendaftaran dan pembelian dokumen sebutharga adalah melalui sistem idaftar https://idaftar.kedah.gov.my

Photos from Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah (JPS Kedah)'s post 05/05/2026

๐ŸŒŠ Sambutan Hari Air Sedunia 2026 ๐ŸŒŠ

Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah telah menyertai pameran reruai jabatan sempena Sambutan Hari Air Sedunia 2026 yang berlangsung meriah di Dataran Cenang, Langkawi. Program anjuran Lembaga Sumber Air Negeri Kedah ini telah diadakan pada 30 April 2026 dengan pelbagai pengisian menarik serta memberi pendedahan kepada orang awam mengenai kepentingan pengurusan sumber air secara lestari.

Di ruang pameran jabatan, pengunjung berpeluang melihat dengan lebih dekat produk inovasi yang dipamerkan oleh JPS Negeri Kedah iaitu Model SABO Dam, yang merupakan satu kaedah mitigasi bencana bagi mengawal aliran puing dan sedimen di kawasan berisiko seperti cerun dan sungai di kawasan tanah tinggi.

Selain pameran, jabatan turut berkesempatan menyaksikan Pertandingan Inovasi dan Kreativiti Bertemakan Sumber Air yang disertai oleh pelajar dari Sekolah Menengah Agama Al-Baqiatulsolihat (SMART). Pertandingan ini menampilkan idea-idea kreatif dan inovatif daripada generasi muda dalam usaha memelihara serta mengurus sumber air dengan lebih efektif.

Semoga program seperti ini terus menyemai kesedaran dan memupuk budaya cintakan alam sekitar dalam kalangan masyarakat ๐ŸŒฑ๐Ÿ’ง

01/05/2026

Selamat Menyambut Hari Pekerja 2026.

Penghargaan setinggi-tinggi diberikan kepada seluruh warga kerja yang terus komited, berdedikasi dan berintegriti dalam melaksanakan amanah demi pembangunan negeri dan kesejahteraan rakyat.

Ikhlas daripada
Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah

30/04/2026

๐Ÿ“ข INFORMASI INTEGRITI | KEBERHASILAN KERTAS SIASATAN SPRM

Tahukah anda, setiap kertas siasatan oleh SPRM boleh membawa kepada dua bentuk tindakan utama iaitu punatif dan non-punitif?

๐Ÿ”ด Tindakan Punitif
Melibatkan hukuman dan denda seperti:
โ€ข Pertuduhan di mahkamah
โ€ข Lucut hak atau pelupusan
โ€ข Kompaun
โ€ข Laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (LSPRM)

๐ŸŸก Tindakan Non-Punitif
Bukan berbentuk hukuman, namun penting untuk penambahbaikan sistem:
โ€ข Surat makluman penyiasatan (SMP) untuk senarai hitam
โ€ข Rujukan kepada Bahagian Penyiasatan Tatakelola (BPT)
โ€ข Tindakan pentadbiran oleh badan awam
โ€ข Penggunaan analitik data raya (Big Data) bagi memperkukuh pengurusan dan analisis data

๐Ÿ’ก Kesimpulannya, setiap siasatan bukan sahaja bertujuan menghukum, tetapi juga memperbaiki sistem dan mencegah berlakunya salah laku pada masa hadapan.

๐Ÿ”Ž โ€œCakna dan Refleksiโ€
Bersama kita membudayakan integriti dalam setiap tindakan.

29/04/2026

SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN SEBENAR

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA AL AMINUL KARIM SULTAN SALLEHUDDIN IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH

SULTAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN

Sembah takzim daripada Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah Darul Aman.




27/04/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada
๐ˆ๐ซ. ๐‡๐š๐ง๐ข๐ณ๐š๐ง ๐๐ข๐ง ๐ƒ๐ž๐ซ๐š๐ฆ๐š๐ง

atas pemangkuan dan penempatan sebagai
๐‰๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ญ๐ž๐ซ๐š (๐€๐ฐ๐š๐ฆ) ๐†๐ซ๐ž๐ ๐”๐ญ๐š๐ฆ๐š ๐ (๐Š๐”๐)

serta pelantikan sebagai
๐“๐ข๐ฆ๐›๐š๐ฅ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ญ๐ฎ๐š ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ซ๐š๐ก (๐’๐ž๐ค๐ญ๐จ๐ซ ๐๐ข๐ฌ๐ง๐ž๐ฌ)
๐‰๐š๐›๐š๐ญ๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ข๐ซ๐š๐ง ๐ƒ๐š๐ง ๐’๐š๐ฅ๐ข๐ซ๐š๐ง ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š

Semoga terus cemerlang dalam menerajui kepimpinan dan menyumbang bakti demi kecemerlangan perkhidmatan awam.

Berkuat kuasa: 28 April 2026

Setinggi-tinggi tahniah atas pemangkuan dan penempatan kepada
๐ˆ๐ซ. ๐‡๐š๐ง๐ข๐ณ๐š๐ง ๐๐ข๐ง ๐ƒ๐ž๐ซ๐š๐ฆ๐š๐ง

Bagi jawatan
๐‰๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ญ๐ž๐ซ๐š (๐€๐ฐ๐š๐ฆ) ๐†๐ซ๐ž๐ ๐”๐ญ๐š๐ฆ๐š ๐
๐’๐ž๐œ๐š๐ซ๐š ๐Š๐ก๐š๐ฌ ๐”๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ง๐๐š๐ง๐  (๐Š๐”๐)

Atas perlantikan
๐“๐ข๐ฆ๐›๐š๐ฅ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ญ๐ฎ๐š ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ซ๐š๐ก (๐’๐ž๐ค๐ญ๐จ๐ซ ๐๐ข๐ฌ๐ง๐ž๐ฌ)
๐‰๐š๐›๐š๐ญ๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ข๐ซ๐š๐ง ๐ƒ๐š๐ง ๐’๐š๐ฅ๐ข๐ซ๐š๐ง ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š

Berkuat kuasa 28 April 2026


Want your business to be the top-listed Government Service in Alor Setar?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Alor Setar

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00