01/05/2026
𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗣𝗘𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔 , 𝟭 𝗠𝗲𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟲
Teruskan berbakti dengan penuh dedikasi dan hati yang ikhlas demi masa depan yang lebih cerah. Terima kasih atas jasa dan pengorbanan yang berterusan dalam memacu kemajuan dan kesejahteraan bersama. Selamat Menyambut Hari Pekerja.
30/04/2026
𝐃𝐀𝐔𝐋𝐀𝐓 𝐓𝐔𝐀𝐍𝐊𝐔
𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐏𝐔𝐓𝐄𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐁𝐄𝐍𝐀𝐑
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman pada 30 April 2026 (Khamis) bersamaan 12 Zulkaedah 1447H.
Patik-patik sekalian mendoakan agar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan berpanjangan serta sentiasa dirahmati dan diberkati oleh Allah SWT sepanjang zaman.
Sembah takzim daripada Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Ahli-Ahli Lembaga, Setiausaha serta warga kerja Lembaga Kemajuan Penanam-Penanam Padi Negeri Kedah.
28/04/2026
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐍𝐃𝐀𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐉𝐀𝐍𝐉𝐈𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐎𝐈𝐁 𝐏𝐑𝐎𝐏𝐄𝐑𝐓𝐈𝐄𝐒 (𝐊𝐕) 𝐒𝐃𝐍. 𝐁𝐇𝐃. 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐂𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐏𝐄𝐑𝐔𝐌𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐀𝐓𝐀𝐒 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐌𝐈𝐋𝐈𝐊 𝐋𝐄𝐌𝐁𝐀𝐆𝐀 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐉𝐔𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐍𝐀𝐌-𝐏𝐄𝐍𝐀𝐍𝐀𝐌 𝐏𝐀𝐃𝐈 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐃𝐈 𝐌𝐔𝐊𝐈𝐌 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐂𝐇𝐀𝐍𝐆𝐋𝐎𝐍, 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐔𝐁𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐀𝐒𝐔, 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇
28 April 2026, Alor Setar - Sesi pemeteriaan Perjanjian Usahasama bagi cadangan pembangunan projek perumahan telah berlangsung dengan jayanya di antara Lembaga Kemajuan Penanam-Penanam Padi Negeri Kedah dan OIB Properties (KV) Sdn. Bhd. bertempat di Pejabat YB. Dato' Seri SUK Kedah. Majlis ini menandakan satu langkah strategik dalam memperkukuh kerjasama pembangunan hartanah berimpak tinggi demi manfaat jangka panjang kepada organisasi dan masyarakat setempat.
Majis Menandatangani Perjanjian Usahasama tersebut telah ditandatangani oleh Timbalan Pengerusi Lembaga Kemajuan Penanam-Penanam Padi Negeri Kedah, Tuan Haji Baharom Bin Kasim dan Pengarah OIB Properties (KV) Sdn. Bhd, Low Kok Shen. Sesi menandatangani perjanjian tersebut turut disaksikan oleh YB. Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah merangkap Pengerusi Lembaga Kemajuan Penanam-Penanam Padi Negeri Kedah. Pemeteraian ini mencerminkan komitmen semua pihak dalam merealisasikan pembangunan yang terancang, mampan dan memberi nilai tambah kepada pembangunan negeri.
Cadangan pembangunan projek perumahan ini melibatkan kawasan seluas 29.932 hektar di Mukim Bandar Changlon dan dijangka menjadi pemangkin pertumbuhan sektor perumahan serta ekonomi setempat. Selain itu, projek ini berpotensi menjana pendapatan kepada Lembaga Kemajuan Penanam-Penanam Padi Negeri Kedah melalui pemanfaatan optimum aset tanah milik Lembaga.
27/04/2026
Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan Duli Yang Amat Mulia Tunku Shazuddin Ariff Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin
Tunku Mahkota Kedah
27 April 2026 | 09 Zulkaedah 1447H
Semoga Allah SWT lanjutkan usia Tuanku dan
dikurniakan kesihatan berpanjangan.
23/04/2026
𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐘𝐁𝐇𝐆 𝐃𝐀𝐓𝐎’ 𝐇𝐀𝐉𝐈 𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌 𝐀𝐑𝐈𝐅𝐅 𝐁𝐈𝐍 𝐌𝐃 𝐍𝐎𝐎𝐑
YANG BERBAHAGIA DATO' HAJI HAKIM ARIFF BIN MD NOOR, PEGAWAI DAERAH KOTA SETAR DAN JUGA MANTAN SETIAUSAHA LEMBAGA KEMAJUAN PENANAM-PENANAM PADI NEGERI KEDAH.
SETINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH ATAS SEGALA JASA DAN KHIDMAT BAKTI YANG DICURAHKAN SEPANJANG PERKHIDMATAN.
Ikhlas Daripada :
Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Ahli-Ahli Lembaga, Setiausaha serta warga kerja Lembaga Kemajuan Penanam-Penanam Padi Negeri Kedah.
13/04/2026
𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐏𝐔𝐓𝐄𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐃𝐘𝐌𝐌 𝐓𝐔𝐀𝐍𝐊𝐔 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Maliha binti Almarhum Tengku Ariff, Sultanah Negeri Kedah Darul Aman pada 13 April 2026 bersamaan 24 Syawal 1447H.
Semoga Allah SWT lanjutkan usia Tuanku serta
dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan yang berpanjangan.
Sembah Takzim Daripada :
Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Ahli-Ahli Lembaga, Setiausaha dan seluruh warga kerja Lembaga Kemajuan Penanam-Penanam Padi Negeri Kedah.
09/04/2026
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐏𝐀𝐊 𝐁𝐄𝐑𝐊𝐀𝐈𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐋𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐈𝐑𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐍𝐆 𝐁𝐀𝐑𝐔 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐍𝐆 𝐁𝐄𝐍𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐀𝐑𝐔 𝐏𝐎𝐊𝐎𝐊 𝐒𝐄𝐍𝐀.
POKOK SENA, 8 April 2026 – Lembaga Kemajuan Penanam-Penanam Padi Negeri Kedah dengan kerjasama Persekutuan Penanam-Penanam Padi Kedah Cawangan Kampung Baru telah menganjurkan satu program lawatan tapak bagi menangani isu pengairan yang menjejaskan kawasan sawah padi di Kampung Baru dan Kampung Bendang Baru. Program ini turut melibatkan beberapa agensi utama termasuk Pejabat Tanah dan Daerah, Jabatan Pengairan dan Saliran Bahagian Mekanikal dan Elektrikal Kuala Muda, Jabatan Pengarian dan Saliran Daerah Kota Setar serta Jabatan Pertanian Daerah Pokok Sena bagi memastikan pendekatan bersepadu dapat dirangka.
Lawatan ini melibatkan kawasan bendang seluas 217 hektar di Kampung Baru dan 174 hektar di Kampung Bendang Baru yang dikenal pasti menghadapi masalah bekalan air yang tidak konsisten. Sepanjang program, agensi telah melawat lima lokasi checkpoint strategik yang berpotensi untuk penempatan pam air selain meneliti keadaan sistem saliran dan perparitan sedia ada yang memerlukan kerja-kerja penyelenggaraan dan naik taraf bagi meningkatkan kecekapan pengairan.
Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Encik Nasrankamil Bin Noh, Pegawai Daerah Pokok Sena, Tuan Haji Baharom Bin Kasim, Yang Dipertua Persekutuan Penanam-Penanam Padi Kedah, KPPD (Kanan) Tanah Pokok Sena, Pegawai-Pegawai daripada Jabatan Pengairan dan Saliran Bahagian Mekanikal dan Elektrikal Kuala Muda, Jabatan Pengarian dan Saliran Daerah Kota Setar serta Jabatan Pertanian Daerah Pokok Sena dan Tuan Setiausaha Lembaga Kemajuan Penanam-Penanam Padi Negeri Kedah. Pihak Lembaga merakamkan penghargaan kepada semua agensi yang terlibat dan berharap hasil perbincangan serta tinjauan lapangan ini akan menjadi titik permulaan kepada penyelesaian jangka panjang, seterusnya memberi manfaat kepada 216 petani di kawasan terlibat.
02/04/2026
TUNJANG, 01 April 2026
- Unit Pengembangan Pertanian, Lembaga Kemajuan Penanam-Penanam Padi Negeri Kedah telah menganjurkan Kursus SMART SBB Bernas Siri 1/2026 dan Taklimat Pemulihan Tanah Jerlus oleh Syarikat Macrotech bertempat di Sera Sentosa Inn, Padang Sera, Kubang Pasu, Kedah. Penyertaan kursus ini melibatkan ahli Persekutuan Penanam-Penanam Padi Kedah Bahagian Tunjang serta penyewa bendang Lembaga di bahagian Tunjang.
Taklimat Pemulihan Tanah Jerlus disampaikan oleh Puan Syarifah Nur Faridah daripada Syarikat Macrotech Solution Sdn Bhd. Beliau memberi pengetahuan berkenaan bagaimana tanah sawah yang lembik dan sukar dilalui jentera boleh diperbaiki semula menggunakan produk MacroGel EZi. Produk ini bertindak sebagai pemangkin bagi membatu memperbaiki tekstur tanah sawah dengan menambah keupayaan tanah untuk menampung beban sekaligus mengurangkan risiko tanah jerlus di dalam sawah.
Seterusnya, Kursus SMART SBB Bernas yang disampaikan oleh Encik Shahril Hafizie Bin Sobri selaku Pegawai Jabatan Pengurusan Ladang memberi tumpuan kepada aspek peningkatan hasil pertanian dan kelebihan menyertai program SMART SBB BERNAS.
Terima kasih diucapkan kepada penceramah, atas perkongsian, pengetahuan dan pendedahan yang diberikan.
Kursus ini turut dihadiri oleh Encik Mohd Asrol Sany Bin Awang Puteh, Setiausaha Lembaga Kemajuan Penanam-Penanam Padi Negeri Kedah dan Ketua Unit Sewa Bendang Lembaga, Encik Mohd Rosdi Bin Abd Halim.
Program yang berlangsung dengan jayanya itu turut menerima sambutan positif daripada para peserta yang mengharapkan lebih banyak inisiatif seumpamanya dianjurkan pada masa hadapan.
30/03/2026
Warganegara Malaysia dan bermastautin di Negeri Kedah Darul Aman serta berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan adalah dipelawa untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan ini
https://www.lkppk.gov.my
21/03/2026
𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐀𝐘𝐀,
𝐌𝐀𝐀𝐅 𝐙𝐀𝐇𝐈𝐑 𝐃𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐓𝐈𝐍
Tulus ikhlas daripada:
Lembaga Kemajuan Penanam-Penanam Padi Negeri Kedah