Tabung Amanah Sultan Kedah - TASK

Tabung Amanah Sultan Kedah - TASK

Share

Layari laman web rasmi TASK di https://taskedah.org

Tabung Amanah Sultan Kedah (TASK) ditubuhkan di bawah naungan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Tuanku Sultan Negeri Kedah Darul Aman.

31/05/2026

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-tinggi Tahniah

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim

Sempena

Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku

1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H

Sembah Takzim daripada
Tabung Amanah Sultan Kedah (TASK)

29/05/2026

Kalau hendak menuntut ilmu biarlah sampai ke negeri China.

Bersama kita terbangkan mereka ke serata dunia demi impian dan cita-cita watan.

Tabung Amanah Sultan Kedah (TASK) komited untuk menyokong anak-anak negeri ini dalam mengejar mimpi menara gading.



28/05/2026

Sentiasa beringat sebelum terlambat. Sentiasa berpada sebelum parah.

Kami daripada Tabung Amanah Sultan Kedah ingin menyeru semua agar sentiasa mengamalkan pemakanan yang sihat demi kesihatan yang berpanjangan.

Bersama menjadi rakyat yang sihat untuk kelangsungan negeri kita.



27/05/2026

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha buat seluruh muslimin dan muslimat di Kedah Darul Aman.

Semoga ibadah dan pengorbanan kita mendapat keredhaan-Nya dan menjadi asbab kepada keberkatan hidup di dunia dan di akhirat kelak.



26/05/2026

Salam Arafah buat seluruh muslimin dan muslimat. Semoga segala ibadah kita diredhai dan diberkati oleh Allah SWT.



25/05/2026

Keprihatinan anda penyembuh jiwa.

Jangan biarkan mereka bersendiri. Ayuh bersama Tabung AmanahSultanKedah (TASK) kita menyumbang dengan harapan mereka mampu untuk menghadapi ujian mereka.


22/05/2026

Pendidikan adalah sebahagian daripada jalan menuju kebaikan.

Tabung Amanah Sultan Kedah (TASK) akan terus komited untuk memperkasa dan membela pendidikan anak watan kita serta menyeru para ibu bapa di negeri ini agar terus memperjuangkan pendidikan anak-anak mereka.

Salam Jumaat.



20/05/2026

Jangan terus buang, kitar semula lebih baik. Masyarakat yang maju adalah masyarakat yang bijak memanfaatkan sumber sekeliling.

Bersama kita amalkan budaya kitar semula demi kelangsungan persekitaran kita.



19/05/2026

Makanan dan minuman manis memang nikmat tapi kalau berlebihan ia boleh membawa padah.

Tabung Amanah Sultan Kedah (TASK) ingin menyeru agak semua rakyat Kedah Darul Aman untuk sentiasa mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang.

Bersama kita menuju ke arah Kedah yang lebih sihat.

Ingat, kurangkan manis dalam makanan, lebihkan manis dalam senyuman.



18/05/2026

Kesihatan bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan. Adakala satu sumbangan mampu merawat luka yang pedih.

Bersama-sama Tabung Amanah Sultan Kedah (TASK) kita membantu pembangunan dan kebajikan kesihatan serta perubatan negeri Kedah Darul Aman demi kesejahteraan rakyat kita.



Want your business to be the top-listed Government Service in Alor Setar?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address

Aras 2, Blok E, Wisma Darul Aman
Alor Setar
05503

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00