14/05/2026
14 MEI BENGKEL U-PUSTAKA KEPADA KAKITANGAN SWCORP KEDAH @ BILIK MULTIMEDIA, PPAK.
Pinjaman Dewasa :
- 8 buah buku
- 2 majalah
- 1 bahan media
Pinjaman Kanak-kanak :
- 8 buah buku
14/05/2026
14 MEI BENGKEL U-PUSTAKA KEPADA KAKITANGAN SWCORP KEDAH @ BILIK MULTIMEDIA, PPAK.
13/05/2026
13 MEI 2026 | AKTIVITI BERTEMA β
SEMPENA SAMBUTAN HARI IBU @
SUDUT KANAK-KANAK, PPAK.
β¨ Aktiviti:
π "Love Explosion: Mother's Days Ribbon Craft"
πβ¨ AKTIVITI CUTI SEKOLAH 2026 β¨π
Isi masa cuti anak-anak dengan aktiviti yang menyeronokkan dan bermanfaat di perpustakaan! π¨π
Pelbagai program kreatif, seni dan literasi disediakan khas untuk mencungkil bakat serta meningkatkan keyakinan diri anak-anak.
π βLibrary is the Best Placeβ π
π Tempat adalah terhad
π Terbuka kepada kanak-kanak & remaja
π Penyertaan mengikut tarikh aktiviti
Jom meriahkan cuti sekolah bersama kami di perpustakaan! ππ
12/05/2026
Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Perpaduan dan Salam Malaysia MADANI
YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,
π¬β¨ PERTANDINGAN TIKTOK PEMBACAAN KREATIF PERPADUAN 2026 β¨π
π₯ Rakam video paling kreatif anda dan sampaikan mesej perpaduan dengan penuh penghayatan!
Inilah platform terbaik untuk menyerlahkan bakat pembacaan kreatif sambil menyemai semangat perpaduan dan cinta akan negara melalui tema βBersama Membina Negara Bangsaβ π²πΎβ¨
Boleh pilih petikan daripada novel, puisi, cerpen atau bahan bacaan lain yang penting kreatif, menarik dan mampu menyentuh hati penonton πβ¨
π Ayuh bersama kita semarakkan budaya membaca dan perpaduan melalui kreativiti digital!
π
Tarikh tutup penyertaan: 19 Jun 2026
π₯ Terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia (kecuali warga PNM)
Dua kategori: Kanak-kanak (7β12 tahun) & Dewasa (13 tahun ke atas)
π² Imbas kod QR untuk terma & syarat dan maklumat lanjut.
π‘ Serlahkan kreativiti anda. Sampaikan mesej perpaduan. Jadi inspirasi kepada negara!
π¬β¨ PERTANDINGAN TIKTOK PEMBACAAN KREATIF PERPADUAN 2026 β¨π
π₯ Rakam video paling kreatif anda dan sampaikan mesej perpaduan dengan penuh penghayatan!
Inilah platform terbaik untuk menyerlahkan bakat pembacaan kreatif sambil menyemai semangat perpaduan dan cinta akan negara melalui tema βBersama Membina Negara Bangsaβ π²πΎβ¨
Boleh pilih petikan daripada novel, puisi, cerpen atau bahan bacaan lain yang penting kreatif, menarik dan mampu menyentuh hati penonton πβ¨
π Ayuh bersama kita semarakkan budaya membaca dan perpaduan melalui kreativiti digital!
π
Tarikh tutup penyertaan: 19 Jun 2026
π₯ Terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia (kecuali warga PNM)
Dua kategori: Kanak-kanak (7β12 tahun) & Dewasa (13 tahun ke atas)
π² Imbas kod QR untuk terma & syarat dan maklumat lanjut.
π‘ Serlahkan kreativiti anda. Sampaikan mesej perpaduan. Jadi inspirasi kepada negara!
PembacaanKreatif CitraPenulis2026
12/05/2026
π Mari hayati dunia pembacaan!
Setiap buku menyimpan cerita, ilmu dan inspirasi. Melalui Ulasan Buku Perpustakaan, kita berkongsi pandangan serta idea daripada karya-karya terpilih. Temui dan dapatkan bahan bacaan ini di Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah.
β¨ Membaca membina minda, ilmu memacu masa depan.
@
11/05/2026
11 Mei 2026 | Projek Sejarah Lisan bersama Ustaz Abdul Mu'in berkenaan Tragedi Kebakaran Madrasah Taufikiah Khairiah Al Halimiah (Pondok Pak Ya)
11/05/2026
Hi adik-adik π€
Aktiviti Kelab Sinar Pintar Bayan Budiman kini kembali untuk bulan ini. Pelbagai aktiviti akan diadakan pada:
πProgram: Kelab Sinar Pintar Bayan Budiman
πTarikh: 16 Mei 2026 (Sabtu)
πPukul: 8.30 pagi - 12.30 tengah hari
πTempat: Lobi Belakang, Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah
Antara aktiviti yang akan dilaksanakan adalah:
1) Senamrobik
2) Kerusi Muzik
3) Kad Hari Guru
4) Cakna Bahasa
5) Busking Bersama Yantz
Jangan lupa tau temujanji kita π₯°
p/s - hanya untuk Ahli Kelab Sinar Pintar Bayan Budiman sahaja.
10/05/2026
"πππ§πππ¨π πππ¦ππ π ππ‘ππ₯ππ ππ¨πππ‘ ππ‘π πππππ π¦ππππ₯ππ"
Adakah anda tahu apa peristiwa penting yang berlaku pada bulan ini dalam sejarah? Sertai kami untuk meneroka fakta menarik, tokoh bersejarah, dan peristiwa penting yang membentuk negara kita hari ini!
Ingin tahu rentetan sejarah yang berlaku di bulan Mei?
π Dapatkan Fakta Menarik & Pengetahuan Baharu!
π Klik pautan ini untuk mengetahui lebih lanjut: https://online.fliphtml5.com/mzjlq/BIDS-MEI-2026-HAFIZOH-BINTI-ISMAIL/ =1
Dibawakan khas oleh Unit Koleksi Kedah, Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah
Disediakan oleh: Puan Hafizoh binti Ismail
10/05/2026
IPOH, 23 April 2026 β Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah (PPAK) berbesar hati telah mengambil bahagian dalam Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Zon Utara Tahun 2026 yang berlangsung di sini.
Penyertaan ini merupakan satu penghormatan buat kami apabila dijemput bersama-sama menjayakan program yang menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat dalam semangat perpaduan dan cintakan ilmu. Sepanjang program, pelbagai aktiviti yang berteraskan pembacaan, budaya dan komuniti telah memberikan pengalaman yang cukup bermakna kepada kami.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Kementerian Perpaduan Negara dan Perpustakaan Negara Malaysia atas jemputan serta kepercayaan yang diberikan kepada kami untuk turut serta dalam program berprestij ini.
Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih kepada seluruh warga Ipoh atas layanan mesra dan sambutan yang amat menggalakkan.
Semoga jalinan ukhuwah dan kerjasama ini akan terus diperkukuhkan pada masa hadapan. Insya-Allah, ada ruang dan peluang, kita pasti akan bertemu lagi.
Sekitar rangkuman momen dan aktiviti menarik yang telah dilaksanakan sepanjang Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Zon Utara 2026.
07/05/2026
DARI SEKOLAH KEBANGSAAN HAJI ABU BAKAR, MUKIM LEPAI KE PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH DEMI ILMU
π Bengkel Proses Teknik Pengkatalogan dan Pemprosesan Bahan Perpustakaan
ποΈ 6 Mei 2026 (Rabu) | 9:00 - 1:00 tengah hari
π SK Haji Abu Bakar, Mukim Lepai
Alhamdulillah, sesi Bengkel Proses Teknik Pengkatalogan dan Pemprosesan Bahan Perpustakaan kembali lagi untuk bulan Mei 2026.
Istimewanya pada kali ini, bengkel ini khusus diadakan sempena Kem Kepimpinan Pengawas Pusat Sumber Sekolah SK Haji Abu Bakar, Mukim Lepai. Alhamdulillah, seramai 39 orang Pengawas PSS dan 5 orang Guru Perpustakaan dan Media (GPM) telah hadir ke Auditorium, Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah dan mengikuti bengkel ini dengan jayanya.
Untuk makluman semua, para Pengawas Pusat Sumber Sekolah SK Haji Abu Bakar ini terdiri daripada anak-anak pelajar berusia 10, 11 dan 12 tahun. Bayangkan betapa gamatnya suasana bengkel kami bersama-sama anak-anak cilik yang begitu bersemangat untuk menuntut ilmu?π€π«£π€ Meriah dan tak menang tangan kami menjawab persoalan demi persoalan. Menariknya semalam, guru-guru pun sama-sama semangat belajar dan menjawab soalan. Anak-anak pelajar ini juga dibawa melawat sekitar perpustakaan sebagai gambaran awal kepada pengurusan perpustakaan sebelum sesi perkongsian ilmu bermula.
Bengkel ini bertujuan untuk memberikan pendedahan awal kepada Pengawas PSS mengenai dunia kepustakawanan dan memberikan pemahaman mengenai prosedur kerja dalam perpustakaan seterusnya membantu GPM dan Pengawas PSS untuk mengurus Pusat Sumber Sekolah (PSS) secara lebih sistematik dan memenuhi keperluan standard Pengkatalogan dan Pemprosesan Bahan secara universal melalui perkongsian ilmu dan amalan terbaik dalam aspek pengkatalogan dan pemprosesan bahan perpustakaan.
Diharapkan juga usaha ini dapat menyokong pelaksanaan standard pengurusan PSS serta menyumbang kepada pencapaian objektif penubuhan PSS sebagai medium akses maklumat dan pemangkin budaya membaca dalam kalangan warga sekolah.
Terima kasih atas penglibatan anak-anak cilik dan para guru GPM yang sangat aktif dan komited sepanjang bengkel berlangsung. Selamat menjalankan tanggungjawab sebagai Pengawas Pusat Sumber dan Guru Perpustakaan dan Media yang penuh amanah dan cemerlang hendakNya!!!
InsyaAllah, sampai kita berjumpa lagi dalam sesi perkongsian ilmu yang akan datang! ππ₯°π
| Monday | 09:00 - 18:00 |
| Tuesday | 09:00 - 18:00 |
| Wednesday | 09:00 - 18:00 |
| Thursday | 09:00 - 18:00 |
| Saturday | 10:00 - 18:00 |
| Sunday | 09:00 - 18:00 |