02/06/2026
๐๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐ญ ๐๐๐ซ๐ข ๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐ซ๐ ๐๐๐๐
Hari ini 2 Jun 2026 metupakan hari TVET Negara .
TVET bukan sekadar laluan pendidikan, tetapi pemangkin kepada pembangunan modal insan berkemahiran yang menjadi tunjang kemajuan negara.
Setiap kemahiran yang dipelajari hari ini adalah asas kepada inovasi, produktiviti dan masa depan yang lebih gemilang.
Terima kasih kepada seluruh tenaga pengajar, warga industri, alumni dan para pelatih yang terus mengangkat martabat pendidikan dan latihan teknikal serta vokasional di Malaysia.
TVET Pilihan Utama Kerjaya.
Kemahiran Menjamin Kehidupan
Ikhlas daripada
GIATMARA Negeri Kedah
02/06/2026
Usaha tidak pernah berdusta.
Tahniah bakal graduan GIATMARA.
Jom sertai Majlis Graduasi GIATMARA 2026!
02/06/2026
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Datuk Zulfikri bin Osman, Ketua Pengarah MARA atas pengurniaan Darjah Kebesaran Panglima Jasa Negara (P.J.N.) yang membawa gelaran Datuk sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Tahun 2026.
Ikhlas daripada Pengurusan Tertinggi serta seluruh warga MARA.
29/05/2026
Meraikan hari bahagia anda!
Jom daftar untuk Majlis Graduasi GIATMARA bagi lepasan GIATMARA Negeri Pulau Pinang, Kedah & Perlis.
Terus hubungi GIATMARA anda untuk maklumat lanjut.
17/05/2026
๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
Tiga peserta dari GIATMARA Negeri Kedah bakal meneruskan cabaran di peringkat Akhir Worldskills Malaysia Belia 2026.
Mereka akan memulakan tugasan pada hari esok di lokasi pertandingan masing-masing.
Peserta yang terlibat ialah :
1. ๐ด๐๐๐๐๐๐๐
๐ญ๐๐๐๐๐ ๐ฉ๐๐ ๐จ๐๐
๐๐ ๐น๐๐๐๐๐
- ๐พ๐๐๐ & ๐ญ๐๐๐๐ ๐ป๐๐๐๐๐๐ -๐ฎ๐ฐ๐จ๐ป๐ด๐จ๐น๐จ ๐ท๐๐๐๐ ๐บ๐๐๐
2. ๐ฐ๐๐๐๐๐ ๐ฉ๐๐ ๐ฑ๐๐๐๐๐ - ๐ญ๐๐๐๐๐๐ ๐ป๐๐๐๐๐๐๐๐๐ - ๐ฎ๐ฐ๐จ๐ป๐ด๐จ๐น๐จ ๐ฉ๐๐๐๐๐
3. ๐ด๐๐๐๐๐๐๐
๐จ๐๐๐๐๐๐๐ ๐ฉ๐๐ ๐๐๐๐
๐ - ๐ฌ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ฐ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ - ๐ฎ๐ฐ๐จ๐ป๐ด๐จ๐น๐จ ๐ฑ๐๐๐๐
Pertandingan Fashion Technology akan dilansungkan di GIATMARA Wilayah Persekutuan, Bidang Wall & Floor Tilling serta Electrical Installation akan berlangsung di ABM Wilayah Timur pada 17 hingga 22 Mei 2026.
Doakan kejayaan mereka agar beliau terus cemerlang dan membawa pulang kejayaan buat GIATMARA!
๐ผ๐ก๐ก ๐๐๐ ๐ฝ๐๐จ๐ฉ ๐๐๐ผ๐๐๐ผ๐๐ผ ๐๐๐๐๐
๐ผ๐ก๐ก ๐ฉ๐๐ ๐ฝ๐๐จ๐ฉ ๐๐๐ผ๐๐๐ผ๐๐ผ ๐๐๐ก๐๐ฎ๐จ๐๐.
GIATMARA Malaysia
16/05/2026
๐ป๐ฌ๐น๐ฐ๐ด๐จ ๐ฒ๐จ๐บ๐ฐ๐ฏ ๐ช๐ฐ๐ฒ๐ฎ๐ผ
Buat semua tenaga pengajar GIATMARA Negeri Kedahโฆ
Mungkin nama cikgu-cikgu tidak selalu disebut di pentas besar.
Mungkin wajah cikgu tidak terpampang di papan iklan.
Tetapi tangan-tangan inilahโฆ yang membina masa depan anak bangsa satu demi satu.
Di saat orang lain melihat pelajar sebagai angkaโฆ
Cikgu melihat mereka sebagai harapan.
Ada pelajar datang dengan kegagalan.
Ada datang dengan keyakinan yang sudah hilang.
Ada yang pernah dipandang rendahโฆ
Tetapi di GIATMARA, cikgu-cikgu tidak pernah bertanya โsiapa dia semalamโโฆ
Kerana cikgu lebih percaya kepada โsiapa dia boleh jadi esok.โ
Di bengkel yang panasโฆ
Di kelas yang sederhanaโฆ
Di sebalik bunyi mesin, percikan welding, jahitan fabrik dan bau enjinโฆ
Lahirnya insan-insan yang suatu hari nanti akan mengubah kehidupan keluarga mereka.
Dan semua ituโฆ bermula dengan seorang guru.
Seorang guru yang sanggup datang awal.
Seorang guru yang sabar mengajar walaupun penat.
Seorang guru yang tidak pernah berhenti percayaโฆ walaupun pelajar itu sendiri sudah hampir berputus asa.
Cikgu-cikgu GIATMARA Negeri Kedahโฆ
Jasa kalian bukan sekadar mengajar kemahiran.
Kalian sedang membina maruah hidup manusia.
Kalian sedang mengangkat anak-anak biasa menjadi luar biasa.
Kalau suatu hari nanti ada pelajar berjaya membuka bengkel sendiriโฆ
Ada yang mampu membahagiakan ibu ayahโฆ
Ada yang berjaya keluar daripada kemiskinanโฆ
Percayalah, di sebalik kejayaan ituโฆ ada doa dan pengorbanan seorang guru GIATMARA.
Terima kasih kerana terus bertahan.
Terima kasih kerana terus mendidik.
Terima kasih kerana menjadi cahaya kepada mereka yang hampir gelap arah hidupnya
Terima Kasih Cikgu
07/05/2026
๐๐๐๐๐ซ๐๐ง ๐๐๐ซ๐ข๐ง๐ ๐ค๐๐ญ ๐๐ค๐ก๐ข๐ซ ๐๐๐ค๐๐ฅ ๐๐๐ซ๐ฆ๐ฎ๐ฅ๐
Peserta kita Muhammad Haikal Bin Mohamad Hasrul Azri akan menggalas cabaran GIATMARA di peringkat Akhir Worldskills Malaysia Belia 2026.
Peserta dari GIATMARA Kubang Pasu ini akan memulakan cabaran pada 9 hingga 12 Mei 2026 di Hap Seng Body & Paint Centre, Shah Alam.
Doakan kejayaan Haikal agar beliau terus cemerlang dan membawa pulang kejayaan buat GIATMARA!
GIATMARA Malaysia
07/05/2026
7 peserta dari Kedah mewakili GIATMARA ke final WSMB2026