30/05/2026
Di Sarawak, masyarakat Dayak merangkumi pelbagai komuniti dengan bahasa, adat dan warisan budaya tersendiri. Secara umumnya, ia sering dikaitkan dengan tiga kelompok utama iaitu Iban, Bidayuh dan Orang Ulu, termasuk komuniti seperti Kenyah, Kayan, Penan, Kelabit, Lun Bawang dan banyak lagi.
Lebih menarik, Sarawak sendiri mempunyai lebih 40 kump**an etnik dan sub-etnik kecil yang hidup bersama dalam kepelbagaian.
Walaupun berbeza adat, bahasa dan cara hidup, kepelbagaian inilah yang menjadikan warisan budaya Malaysia lebih kaya dan unik.
Aaron Ago Dagang
Yuneswaran Ramaraj
Sobri Daud
Haslina Abdul Hamid
30/05/2026
Selamat menyambut Pesta Kaamatan buat seluruh masyarakat Kadazan, Dusun, Murut dan Rungus di Sabah serta rakyat Malaysia yang meraikannya pada esok.
“Mongomot Pisompuruan, Mamaramai Piunungan”
Pesta Kaamatan bukan sekadar pesta menuai hasil tuaian, tetapi lambang kesyukuran, kekuatan komuniti dan warisan budaya yang telah diwariskan turun-temurun oleh masyarakat KDMR di Negeri Di Bawah Bayu.
Kaamatan mengajar kita bahawa hasil tuaian bukan hanya tentang rezeki daripada bumi, tetapi juga tentang menuai kasih sayang, persefahaman dan kebersamaan antara rakyat pelbagai kaum dan agama. Inilah kekuatan sebenar Malaysia, kepelbagaian budaya yang tidak memecahkan kita, sebaliknya menyatukan kita sebagai satu keluarga besar.
Dalam arus dunia moden hari ini, tanggungjawab generasi muda menjadi semakin besar. Anak muda bukan sekadar pewaris budaya, tetapi penjaga legasi bangsa dan identiti negara. Jika generasi terdahulu mempertahankan adat dan budaya dengan pengorbanan serta semangat cintakan warisan, maka generasi hari ini perlu meneruskannya dengan ilmu, kebanggaan dan tindakan.
Warisan budaya tidak boleh hanya hidup di pentas perayaan atau dalam muzium semata-mata. Ia perlu terus bernafas dalam kehidupan harian, dipelajari, dihargai dan diwariskan kepada generasi seterusnya. Anak muda perlu menjadi suara yang memperkenalkan budaya tempatan kepada dunia, menggunakan teknologi dan platform moden untuk memastikan identiti budaya kita terus relevan dan dihormati.
Pemeliharaan warisan budaya adalah elemen penting dalam pembinaan negara bangsa. Sesebuah negara yang kuat bukan hanya dibina melalui pembangunan ekonomi dan teknologi, tetapi juga melalui rakyat yang mengenali akar budaya mereka, menghormati kepelbagaian dan mempunyai rasa bangga terhadap identiti negara.
Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan.
30/05/2026
🌾 Selamat Menyambut Pesta Kaamatan & Hari Gawai! 🌾
Di Arkib Negara Malaysia, kami menyimpan ribuan memori kepelbagaian budaya yang menjadi nadi kekuatan negara kita.
Ayuh kita terus suburkan semangat muhibah dan saling menghormati. Sejarah telah membuktikan, dalam kepelbagaian, kita tetap teguh bersatu.
Ikhlas daripada Pengurusan Tertinggi dan Seluruh Warga Arkib Negara Malaysia
30/05/2026
Pada hari ini dalam tahun 1973, Seniman Agong P. Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh telah meninggal dunia dalam usia 44 tahun. Seniman tersohor ini menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Besar, Kuala Lumpur. Hampir suku abad seniman agong ini telah mengabdikan diri dalam dunia seni. Sejarah perjuangannya adalah sejarah perkembangan perfileman Melayu sendiri. Bakatnya terserlah dalam bidang lakonan, nyanyian, penggubah lagu, penulis skrip, pemuzik dan juga pengarah filem. Beliau telah berlakon lebih kurang 63 buah filem bermula dari filem ‘Chinta’ dalam tahun 1948 hingga filem terakhir arahannya ‘Laksemana Do Re Mi’ pada tahun 1972. Sesungguhnya, pemergian seorang tokoh seni yang ulung dan sukar dicari ganti ini, satu kehilangan besar buat negara.
Untuk maklumat lanjut layari Galeri Maya eNegarawan https://enegarawan.arkib.gov.my/
30/05/2026
📚✨ Ayuh sertai sesi Bicara Buku yang penuh dengan khazanah sejarah dan warisan Melayu!
“Imarah Al-Hikmah: Warkah Baginda Omar Sultan Terengganu IX (1839–1876) Warisan Agung Alam Melayu” menampilkan kupasan istimewa mengenai warisan persuratan dan sejarah Kesultanan Terengganu yang sangat bernilai.
🗓 1 Jun 2026 (Isnin)
⏰ 2.00 – 3.00 petang
📍 Pentas Utama PBAKL 2026, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL)
🎙 Moderator:
YBrs. Tuan Haji Ahmad Sukri bin Haji Abdul Kadir
🎤 Penulis & Panel:
YBrs. Profesor Madya Dr. Riswadi bin Azmi
Jangan lepaskan peluang untuk mendalami warisan agung alam Melayu bersama pakar dan pencinta sejarah. Jumpa anda di sana!
30/05/2026
PERSIDANGAN DAMAI MALAYSIA–INDONESIA DI BANGKOK
Pada hari ini dalam tahun 1966, sejarah tercipta apabila satu sesi perundingan bagi mencari penyelesaian kepada masalah diplomatik antara Malaysia dengan Indonesia diadakan di Bangkok, Thailand. Rundingan tersebut melibatkan delegasi dari Malaysia yang diketuai oleh YAB Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein, Timbalan Perdana Menteri dengan delegasi Indonesia yang diketuai oleh Dr. Adam Malik, Menteri Luar Indonesia. Pertemuan yang diadakan di kediaman rasmi delegasi Indonesia, iaitu di Malagasila ini juga mencatatkan sejarah tersendiri dengan menjadi pertemuan pertama yang diadakan di tempat perwakilan Indonesia.
Sebelum ini sebarang pertemuan antara kedua-dua belah pihak hanya diadakan di tempat “neutral”. Ini juga merupakan kali pertama perundingan dijalankan tanpa kehadiran orang tengah. Peringkat awal perundingan melibatkan pegawai daripada kedua-dua belah pihak dan kemudian disusuli dengan pertemuan empat mata antara ketua-ketua delegasi di dalam satu bilik khas. Pada keesokan harinya, iaitu pada 31 Mei 1966 perundingan untuk hari yang kedua p**a dijalankan di tempat tinggal rasmi delegasi Malaysia. Hasil perundingan dua hari ini membawa kepada pemulihan hubungan diplomatik antara kedua-dua belah pihak.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, layari https://hids.arkib.gov.my atau muat turun aplikasi HIDS di Google Play Store dan Apple App Store.HIDS juga bersiaran di:
1) RTM TV pada pukul 6.59 pagi, 12.59 tengah hari, 4.59 petang dan 7.59 malam.
2) 31 stesen radio milik RTM.
26/05/2026
PEMAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA
Dimaklumkan bahawa Memorial/Galeria/Pustaka/Rumah Kelahiran di bawah Arkib Negara Malaysia akan ditutup sementara mulai 26 Mei 2026 hingga 29 Mei 2026 sempena sambutan Hari Raya Aidiladha 1447H/2026M.
Segala kesulitan amat dikesali dan kerjasama semua pihak didahului dengan ucapan terima kasih.
KitaBersama
MTHO