11/05/2026
β¨ ππππππππ πππππππ & πππππππ ππππ ππππ β¨
ππππ’ππ’β π€ππππ πππππ πππππππ‘ π·ππππβ πππ ππππβ πΎππ‘π πππ‘ππ ππππππππππ π ππ‘πππππ-π‘πππππ π‘πβπππβ ππππππ ENCIK NOR AZRY SYAMIL BIN NOOR AHMAD , π·πππππππ π·ππππππ π«πππππ (π·πππππππππππππ π«ππ π»πππππππ) πππππππ‘ π·ππππβ πππ ππππβ πΎππ‘π πππ‘ππ ππ‘ππ ππππππ‘ππππ π ππππππ π·πππππππ π·ππππππ π²πππππππ π΅πππππ (πΌπππ π―ππππ) π·ππππππ π²πππππππ π«ππ π·ππππππ
πππππππ π΅πππππ π²ππ
ππ πππππ’ππ‘ ππ’ππ π ππ’πππ 11 πππ 2026 ππππ πππππ 22 ππ’ππππππβ 1447π».
πππππππππ ππππβπππππ‘ ππ πππππππ‘ π·ππππβ πππ ππππβ πΎππ‘π πππ‘ππ, ππππππ’ π‘πππβ ππππ’πππ’ππππ πππππ‘πππ, πππππππ π π πππ‘π π πππππππ‘ πππππ ππππππ π’πππ π¦πππ π‘πππππ πππππ ππππππ ππππππ π‘πππππ’πππππ€ππ πππ πππππβ π¦πππ πππππππππ.
ππππππ π¬ππππ π΅ππ π¨πππ πΊπππππ π‘πππ’π πππππππππ πππ π π’ππ ππ πππππ πππππππππππ π‘π’πππ ππ π‘πππππ‘ ππβπππ’ π πππ‘π π πππ‘πππ π ππππ’πππππππ πππ πβππ‘ππ, πππ πππβπ‘πππππ πππ πππππππππππππ ππππ‘πππ’π ππ πππππ ππππβπππππ‘ππ ππ€ππ.
ππππππ πππ πβ ππ‘ππ π πππππ πππ π πππ ππππ‘π π¦πππ π‘πππβ ππππ’ππβπππ ππππππ πππππππ‘ π·ππππβ πππ ππππβ πΎππ‘π πππ‘ππ.
πΊππππππ ππππ ππππ! π
π°πππππ π«ππππππ
π:
π·ππππππ π«πππππ π²πππ πΊππππ πΊππππ πΊππππππ πΎππππ π²ππππ π·ππππππ π«πππππ π«ππ π»ππππ π²πππ πΊππππ
04/05/2026
Selamat Menyambut Hari Bomba Sedunia kepada seluruh anggota Bomba & Penyelamat di seluruh Malaysia khususnya di negeri Kedah.
Anggota bomba adalah petugas barisan hadapan yang banyak menabur bakti tanpa mengira masa untuk menyelamatkan masyarakat yang ditimpa kesusahan atau kebakaran.
Teruskan berkhidmat dalam melaksanakan tugas.
"Bomba Tonggak Penyelamat Negara"
04/05/2026
Selamat Menyambut Hari Anggota Bomba Sedunia 2026 π₯π
Keberanianmu lahir dari iman,
Langkahmu digerakkan dengan niat kerana Allah,
Menghulur bantuan tanpa mengira darjat dan insan,
Itulah tanda keikhlasan dalam pengorbanan.
Setiap titisan keringatmu menjadi saksi amal,
Setiap usaha menyelamat menjadi pahala yang mengalir,
Semoga Allah melindungi dalam setiap tugas,
Dan mengurniakan ganjaran syurga atas jasa yang tidak ternilai.
KPKT MalaysiaMalaysia
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
03/04/2026
KEBAKARAN KAFE
Jitra - 2.4.2026 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah telah menerima panggilan kecemasan melalui talian NG999 pada jam 12:35 tengah hari berhubung kejadian kebakaran kafe di Darulaman Golf & Country Club, Jitra, Kedah.
Operasi pemadaman melibatkan BBP Jitra dengan bantuan BBP Pokok Sena, melibatkan seramai 18 anggota bersama beberapa jentera termasuk FRT (Sitrak) serta turut dibantu oleh Pasukan Bomba Sukarela.
Komander Operasi melaporkan kebakaran melibatkan bangunan kafe di aras ground floor serta lower ground floor (bahagian dapur) dengan anggaran keluasan 59 x 39 meter dan kemusnahan dianggarkan sekitar 60%.
Operasi pemadaman menggunakan 2 aliran sepanjang 300 kaki dan 4 pancutan air, turut dibantu oleh Pasukan Bomba Sukarela. Api berjaya dikawal pada jam 13:11 tengah hari dan kerja-kerja overhaul masih dijalankan.
Pegawai kanan yang hadir di lokasi kejadian:
β
PgKB I Ahmad Aminudin bin Abd Rahim (Ketua Zon 1)
β
PgB Ts. Mohamad Sofi bin Abdul Wahab (Pegawai Zon 1)
β
PgB Muhammad Afiff bin Abdul Razak (KOK Negeri)
β
PgB Muhammad Amin bin Roslam (PRO)
β
PKPgB Noor Azhar bin Tajudin (Ketua Balai BBP Jitra)
β
PKPgB Azrul Anuar bin Husain (KOK Zon 1)
β
PPgB Shazuan bin Shafie (KOK Zon 1)
KPKT Malaysia
Bomba Channel
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
26/03/2026
π₯ ANALISIS KRISIS KEBAKARAN TERBUKA NEGERI KEDAH 2026 π₯
Sehingga 23 Mac 2026 (2200H), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah telah merekodkan sebanyak 3,866 panggilan kecemasan tahunan, melibatkan:
β
2,971 kes kebakaran (76.6%)
β
865 kes penyelamatan (22.5%)
β
30 kes tugas khas (0.8%)
π Fokus utama adalah Kebakaran Terbuka (Belukar/Lalang) yang mencatat 2,408 kes, menjadikannya penyumbang tertinggi kepada kes kebakaran di negeri ini.
π Antara pecahan lain kes kebakaran:
π Kebakaran Bangunan: 156 kes
π Kebakaran Kenderaan: 77 kes
ποΈ Kebakaran Sampah: 89 kes
π’ Statistik Balai Terlibat:
π₯ Balai Bomba PSN: 205 kes kebakaran terbuka (majoriti belukar/lalang)
π₯ Balai Bomba KNG: 136 kes kebakaran terbuka (majoriti belukar/lalang)
π¨βπ LAPORAN KEHADIRAN PASUKAN BOMBA SUKARELA (PBS)
Sepanjang tempoh semasa, jumlah kehadiran PBS direkodkan sebanyak 1,460 kali, menunjukkan tahap kesiapsiagaan dan sokongan padu pasukan sukarela dalam menangani kecemasan.
π Unit PBS paling aktif: PBS Jln. Kundur
β‘οΈ Terlibat dalam 137 kes
π Trend semasa menunjukkan peningkatan mendadak dengan jumlah 745 kes kebakaran tahunan, termasuk 584 kes kebakaran terbuka yang memerlukan perhatian serius.
π Purata kes: 24 kes sehari
π Jumlah kes bulan Mac: 364 kes
βΈ»
β οΈ RUMUSAN & SARANAN AWAM
π₯ Elakkan pembakaran terbuka terutama belukar/lalang dan sampah.
πΏ Pastikan kawasan sekitar rumah bersih daripada semak kering.
π Pantau kawasan berisiko terutama musim panas dan kering.
π’ Kerjasama semua pihak amat penting bagi mencegah kebakaran terbuka daripada terus meningkat.
Bomba Channel
KPKT Malaysia
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
23/03/2026
πππππ ππππ ππππππ πππππ πππππ
23 MAC 2026 | 4:00 petang
πΈTerdapat 3 kawasan di Semenanjung Malaysia berada pada Tahap 2 (Gelombang Haba) iaitu di Pendang, Pokok Sena dan Baling (Kedah)
πΈTerdapat 15 kawasan di Semenanjung Malaysia berada pada Tahap 1 (Berjaga-Jaga) iaitu Perlis, S*k, Padang Terap, Kubang Pasu, Pulau Langkawi, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu (Kedah), Timur Laut dan Utara (Pulau Pinang), Hulu Perak, Selama, Kinta dan Kuala Kangsar (Perak) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
πTahap Gelombang Haba: Suhu maksimum harian 37-40 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama 3 hari berturut-turut.
πTahap Berjaga-Jaga: Suhu maksimum harian 35-37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama 3 hari berturut-turut.
Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, boleh rujuk kepada https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/
20/03/2026
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H
Maaf Zahir & Batin
Pergi ke pekan membeli rotan,
Singgah sebentar membeli bunga;
Syawal tiba penuh kemaafan,
Salah dan silap harap dimaafkan semua.
Alhamdulillah, setelah sebulan kita menunaikan ibadah di bulan Ramadan yang penuh keberkatan, kini tibalah Syawal yang mulia sebagai tanda kemenangan melawan hawa nafsu. Semoga segala amalan yang telah kita lakukan diterima oleh Allah SWT dan menjadi bekalan yang berharga.
Di kesempatan yang indah ini, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak atas sokongan dan kerjasama yang telah diberikan sepanjang ini. Semoga Aidilfitri yang disambut membawa sinar kebahagiaan, kedamaian serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara kita semua.
Raikanlah hari kemenangan ini dengan penuh kesyukuran, kesederhanaan dan kegembiraan bersama insan tersayang. Semoga kita semua sentiasa diberikan kesihatan yang baik, dilimpahkan rezeki serta dilindungi dalam setiap langkah kehidupan.
Anak merbah di pohon cemara,
Hinggap sebentar di hujung dahan;
Aidilfitri menjelma penuh ceria,
Salah dan silap mohon dimaafkan.
Ikhlas daripada
Warga Kerja Pejabat Zon 1 Kota Setar
KPKT Malaysia
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia