30/04/2026
Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera
Setiap usaha kecil, adalah langkah besar menuju kejayaan!
Selamat Hari Pekerja!
Daripada warga JKR Negeri Kedah
"PELANGGAN DIUTAMAKAN, JANJI DIKOTAKAN"
Perlukan bantuan atau ingin membuat aduan? Layari:
https://a
30/04/2026
Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera
Setiap usaha kecil, adalah langkah besar menuju kejayaan!
Selamat Hari Pekerja!
Daripada warga JKR Negeri Kedah
30/04/2026
DAULAT TUANKU
SELAMAT MENYAMBUT
ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN SEBENAR
KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA
AL AMINUL KARIM SULTAN SALLEHUDDIN
IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH
SULTAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN
PADA
30 APRIL 2026 BERSAMAAN 12 ZULKAEDAH 1447H
Sembah Takzim Daripada
PEGAWAI-PEGAWAI
SERTA SELURUH WARGA KERJA
JABATAN KERJA RAYA NEGERI KEDAH
SEMOGA ALLAH SWT
LANJUTKAN USIA TUANKU DAN
DIKURNIAKAN KESIHATAN BERPANJANGAN
23/04/2026
Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera
AUDIT PENSIJILAN SEMULA (RECERTIFICATION AUDIT) SPK MS ISO 9001:2015, SPAS MS ISO 14001:2015, SPKKP MS ISO 45001:2018, SPT ISO 50001:2018 DAN SPAR MS ISO 37001:2025 DI JKR MALAYSIA TAHUN 2026 OLEH SIRIM QAS INTERNATIONAL SDN. BHD.
Audit Pensijilan semula bagi skop Sistem Pengurusan Alam Sekitar(SPAS), telah berlangsung di JKR Daerah S*k pada 21 dan 22 April 2026.
Warga kerja JKR Daerah S*k yang diketuai oleh Jurutera Daerah, Ir. Ts. Mohd Shahneezam bin Abd. Rahman telah menyambut baik dan mengikut Program Audit yang ditetapkan oleh SIRIM QAS International Sdn. Bhd.
Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
23/04/2026
Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera
PELAKSANAAN AUDIT KESELAMATAN DAN KESIHATAN
PEKERJAAN (KKP) PREMIS JKR MALAYSIA 2026
Pengarah JKR Negeri Kedah, Ir. Mohd Fisal Bin Ismail, BCN, dan warga JKR Negeri Kedah merakamkan ribuan terima kasih kepada Kumpulan Audit KKP yang diketuai oleh Ir. Wan Azuraidah binti Wan Ahmad bagi pelaksanaan sesi audit KKP Premis. Sesi Audit juga telah dijalankan di JKR Daerah Kulim / Bandar Baharu yang di pimpin oleh Jurutera Daerah, Ir. Tengku Firdaus Bin Tuan Lah.
Sesi audit telah berlangsung dari 21 April 2026 hingga 23 April 2026.
23/04/2026
KUNJUNGAN HORMAT KETUA PEGAWAI OPERASI MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH (MAIK)
22 April 2026—
Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah, Ir. Mohd Fisal Bin Ismail menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pegawai Operasi MAIK.
Pertemuan ini bertujuan memperkukuh jalinan kerjasama strategik antara JKR dan MAIK, khususnya dalam aspek pembangunan, penyelenggaraan serta pengurusan aset dan infrastruktur milik MAIK.
Turut sama di dalam kunjungan tersebut , En. Mohammad Fairus Bin Abd Rahim, Ketua Bahagian Pembangunan Hartanah MAIK, Ir. Andy Surin a/l Khoo Ah Chai – Jurutera Awam Penguasa Bahagian Bangunan JKR dan Mohamad Hafiz bin Hassan- Arkitek JKR Negeri Kedah.
22/04/2026
ISNIN 20.4.2026
LAWATAN PEMERIKSAAN KERJA SIAP OLEH PENGARAH JABATAN KERJA RAYA NEGERI KEDAH KE TAPAK PROJEK CADANGAN KERJA PENGUKUHAN CERUN DI ISTANA KEDAH CAMERON HIGHLAND, PAHANG DARUL MAKMUR
Lawatan tersebut telah berlangsung pada 20 April 2026 (Isnin) jam 10.00 pagi di lokasi Istana Kedah, Cameron Highland, Pahang Darul Makmur.
Lawatan berkenaan juga turut dihadiri bersama oleh Yang Berhormat Dato’ Dr. Nadzman Bin Mustaffa, Pegawai Kewangan Negeri Kedah, YBhg. Dato’ Seri Setia DiRaja Dato’ Paduka Haji Bakar Bin Din, Dato’ Pengelola Bijaya Diraja, YBhg. Dato’ Haji Mohd Fauzi Bin Mustaffa, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Kedah serta diiringi oleh Ketua-ketua Bahagian JKR Negeri Kedah dan Pasukan Projek Yang Terlibat secara langsung.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan lawatan kerja ini.
20/04/2026
KENYATAAN TAWARAN TENDER JABATAN KERJA RAYA NEGERI KEDAH
TAJUK PROJEK: PROJEK NAIKTARAF DAN UBAH SUAI AUDITORIUM, DEWAN DAN DEWAN TERBUKA DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM, SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN
NO. TENDER: JKR/T/6/2026
GRED: G7
KATEGORI: B
PENGKHUSUSAN: B04 & B28
SILA LAYARI LAMAN SESAWANG JKR E-TENDERING (JET) UNTUK MAKLUMAT LANJUT.
Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
08/04/2026
MAJLIS PERASMIAN KURSUS PENYELIAAN TAPAK SESI 1/2026 ZON UTARA
Alhamdulillah, Majlis Perasmian Kursus Penyeliaan Tapak Sesi 1/2026 Zon Utara telah disempurnakan pada 7 April 2026 bertempat di Dewan Persidangan, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh
YBrs. Ir. Mohd Shahrom bin Ahmad Saman,
Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infrastruktur).
Turut hadir, YBhg. Ir. Dr. Sherliza binti Zaini Sooria, Pengarah Kanan Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi (CREaTE), serta YBrs. Ir. Mohd Fisal bin Ismail, Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah, bersama barisan Ketua-ketua Bahagian, Jurutera-jurutera Daerah, urusetia, penceramah dan para peserta kursus.
Kursus yang berlangsung selama tiga (3) hari ini melibatkan penyertaan pegawai dari JKR Negeri Kedah, Pulau Pinang dan Perlis, bertujuan memperkukuh kompetensi Pegawai Tapak Bina (PTB) dalam aspek penyeliaan projek, pematuhan spesifikasi, kawalan mutu, dokumentasi serta pengurusan risiko secara sistematik dan berintegriti.
Penganjuran kursus ini merupakan inisiatif berterusan Jabatan dalam memperkasa pembangunan bakat dan kompetensi warga kerja selaras dengan aspirasi perkhidmatan awam yang berprestasi tinggi dan berteraskan nilai integriti.
Adalah diharapkan agar semua peserta dapat memanfaatkan sepenuhnya kursus ini dalam meningkatkan kecekapan dan profesionalisme, seterusnya memastikan penyampaian projek yang berkualiti, menepati tempoh masa serta kos yang ditetapkan demi.
Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
31/03/2026
KENYATAAN TAWARAN TENDER JABATAN KERJA RAYA NEGERI KEDAH
TAJUK PROJEK: PEMBINAAN BANGUNAN TAMBAHAN 4 BILIK DARJAH PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) SERTA KEMUDAHAN- KEMUDAHAN LAIN MENGIKUT PIAWAI DI SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) SOON CHENG, KEDAH (KBC2129)
NO. TENDER: JKR/T/7/2026
GRED: G6
KATEGORI: B
PENGKHUSUSAN: B04
SILA LAYARI LAMAN SESAWANG JKR E-TENDERING (JET) UNTUK MAKLUMAT LANJUT.
Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
30/03/2026
Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera,
AHAD 29.3.2026
LAWATAN KERJA RASMI KETUA PENGARAH KERJA RAYA KE TAPAK PROJEK PEMBINAAN MAHKAMAH BAHARU S*K, KEDAH
Pengarah JKR Negeri Kedah, Ir. Mohd Fisal Bin Ismail, BCN, dan Pasukan Projek Persekutuan Negeri Kedah merakamkan ribuan terima kasih kepada YBhg. Dato’ Sri Ir. Roslan Bin Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya kerana telah menghadiri sesi lawatan tapak rasmi yang berlangsung dengan jayanya bagi meninjau kemajuan projek Pembinaan Mahkamah Baharu S*k, Kedah
Lawatan tersebut telah berlangsung pada 29 Mac 2026 (Ahad), jam 2.30 petang di lokasi Tapak Projek Mahkamah Baharu S*k, Kedah.
Lawatan berkenaan juga turut hadiri bersama oleh YBhg. Dato’ Ir. Ibrahim Bin Esa, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) serta diiringi oleh barisan Ketua-ketua Bahagian JKR Negeri Kedah dan Jurutera-Jurutera Daerah.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan lawatan kerja rasmi ini.
Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Sunday | 08:00 - 17:00 |