21/11/2025
π΄ INSIDEN KEBAKARAN DI SK BALING
JPN KEDAH TURUN SEGERA KE LOKASI
Hari ini, 21 November 2025, telah berlaku insiden kebakaran di Blok B, Sekolah Kebangsaan Baling sekitar jam 10.45 pagi. Alhamdulillah, tiada murid atau guru berada di sekolah kerana hari ini merupakan cuti mingguan bagi Kedah.
Pasukan Bomba tiba dengan segera dan berjaya memadamkan api sepenuhnya pada jam 12.45 tengah hari.
Ketika operasi pemadaman sedang berlangsung, Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Pengurusan Sekolah yang menjalankan tugas Timbalan Pengarah SPS, Encik Wan Nor Azman Zainol, BCK., telah hadir ke lokasi untuk mendapatkan maklumat awal dan menyelaras tindakan bersama PPD Baling serta pihak keselamatan.
Pada petang ini, Tuan Pengarah Pendidikan Negeri Kedah, Encik Abdul Rahim bin Mat, AMK., BCK., turut turun ke SK Baling bagi meninjau bangunan terjejas dan berbincang mengenai langkah pemulihan segera.
TNB telah menutup bekalan elektrik bagi tujuan keselamatan, manakala JKR Elektrik dan JKR Bangunan akan menjalankan pemeriksaan lanjut. Sebagai langkah sementara, PdPR akan bermula pada 23 November 2025 sehingga keselamatan bangunan dipastikan.
JPN Kedah komited memastikan keselamatan murid dan warga sekolah sentiasa menjadi keutamaan. Terima kasih kepada pasukan Bomba, PPD Baling dan semua pihak terlibat atas tindakan pantas dan kerjasama yang diberikan.
20/11/2025
π°MAJLIS ANUGERAH BINTANG SK KILIM PULAU LANGKAWI KEDAH
TARIKH : 20 NOVEMBER 2025/KHAMIS
MASA : 9.00 PAGI
TEMPAT : SK KILIM PULAU LANGKAWI KEDAH
Yang Teramat Mulia
Datoβ Seri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz binti
Almarhum Sultan Abdul Halim Muβadzam Shah,
Tunku Temenggong Kedah, Merangkap
Pengerusi Yayasan Sultanah Bahiyah dan
Duli Yang Amat Mulia
Raja Puan Muda Perak Darul Ridzuan,
Tunku Soraya binti Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam
Shah, Ahli Lembaga Amanah
Yayasan Sultanah Bahiyah,
Merangkap Pengerusi Program Pendidikan YSB berkenaan untuk berangkat menyempurnakan majlis.
Turut hadir Ybrs Encik Abdul Rahim Bin Mat,
Pengarah Pendidikan,
Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Tuan Haji Zulkifli bin Abdullah, Mewakili Tuan Pegawai DaerahLangkawi,
Puan Adira Binti Samsudin,
Guru Besar
SK Kilim, Encik Ahmad Fuad bin Ishak,
Mewakili Ketua Pegawai Eksekutif LADA Langkawi dan
Encik Mohamad Fisol bin Mohd Salleh,
Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi.
19/11/2025
π°MAJLIS PENYERAHAN BANGUNAN BENGKEL SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (OPERASI PENGELUARAN TANAMAN) PPKI SMK LANGKAWI PULAU TUBA
TARIKH : 19 NOVEMBER 2025
MASA : 5.30 PETANG
TEMPAT: SMK LANGKAWI PULAU TUBA
Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah En Abdul Rahim bin Mat AMK,.BCK. hadir menyempurnakan Majlis Penyerahan Bangunan Bengkel Sijil Kemahiran Malaysia Operasi Pengeluaran Tanaman PPKI SMK Langkawi Pulau Tuba.
πKepentingan Bengkel SKM
β’ Selaras hasrat KPM memperkukuh laluan kemahiran untuk murid PPKI.
β’ Bengkel membolehkan murid memperoleh Sijil Kemahiran Malaysia
dalam bidang pertanian.
β’ Sokong agenda pendidikan inklusif βno one left behindβ.
β’ Kemahiran operasi tanaman: hidroponik, fertigasi, penyediaan media,
nutrien, penuaian.
Turut hadir Dalam majlis Ini Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi En Mohamad Fisol bin Mohd Salleh, Pegawai-pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Kedah Dan Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi Serta Pasukan Kontraktor yang menyiapkan Projek ini.
πManfaat kepada Murid PPKI
β’ Ruang latihan praktikal yang selamat & sistematik.
β’ Meningkatkan kemahiran motor, disiplin kerja, kefungsian harian &
keyakinan diri.
β’ Peluang keusahawanan & penghasilan tanaman sebenar.
β’ Persediaan untuk laluan kerjaya asas pertanian atau latihan industri
19/11/2025
π°SINERGI BERSAMA-SAMA JABATAN KOMUNIKASI KOMUNITI (J-KOM) ZON UTARA
TARIKH : 19 NOVEMBER 2025
MASA : 9.00 PAGI
Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah En Abdul Rahim bin Mat AMK,.BCK. Menerima kunjungan daripada En Azizi bin Azizan, Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti J-KOM Zon Utara bagi mengadakan sinergi bersama Jabatan Pendidikan Negeri Kedah.
17/11/2025
β¨ πΊππ²πΌπ³ππ΅π ππ¨ππ΅ππ¨π β¨
Jabatan Pendidikan Negeri Kedah merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Encik Abdul Rahim Bin Mat, AMK., BCK., Pengarah Pendidikan Negeri Kedah, atas pengiktirafan berprestij ππ¦ππ πππ¨πππ§ππ’π‘ ππͺππ₯π : βπ©πππ π°πππππππππ ππ π°ππππππππ πππ
πΎππππππππβ daripada Asia Education Conclave 2025.
Penghargaan ini merupakan pengiktirafan antarabangsa terhadap komitmen beliau dalam memperkasa inklusiviti, kesejahteraan dan ekosistem pendidikan yang seimbang untuk semua warga pendidik serta murid di Negeri Kedah.
Dengan kepimpinan beliau yang berwibawa, JPN Kedah terus mara dalam usaha memacu kecemerlangan pendidikan, selaras dengan aspirasi Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera dan gagasan Generasi MADANI.
Tahniah dan syabas, Tuan Pengarah!
Daripada seluruh Warga Pendidikan Negeri Kedah.
11/11/2025
π°WACANA KEPIMPINAN - PERMERKASAAN WARDEN ASRAMA NEGERI KEDAH 2025
π 11 November 2025
β° 12.30 Tengah Hari
π SMK TUNKU SULONG
Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, En Abdul Rahim bin Mat, hadir bertemu dengan semua Ketua Warden Sekolah Berasrama Negeri Kedah. Dalam kesempatan pertemuan ni, Pengarah sempat berkongsi Tentang Pentingnya "Immediate Reform", terutamanya bila melibatkan pengurusan asrama khususnya dalam Negeri Kedah.
PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA
MENERAJUI REFORMASI PENDIDIKAN MEMBINA GENERASI MADANI
08/11/2025
TAHNIAH PASUKAN SMK AGAMA KEDAH!
Seramai 12 orang murid SMK Agama Kedah telah mengharumkan nama negeri di 10th International Young Mathematicians Convention (IYMC), Lucknow, Uttar Pradesh, India pada 3 hingga 6 November 2025. Bersaing dengan 10 Negara lain iaitu India, Vietnam, South Africa, Filipina, Thailand, Uganda, Indonesia, Nepal dan Bangladesh.
π Keputusan & Nama Penuh Pemenang:
1οΈβ£ Crack The Code β Senior Category (Puzzle Challenge)
π₯ 1st Runner Up
2οΈβ£ Math Mania β Senior Category (Team Contest)
π₯ 2nd Runner Up
- SYIFA BINTI ISWARDI
- AUFA MAISARAH BINTI MOHD MUNAWWAR FAZLI
- KHALILAH AUFA BINTI MOHAMAD KHADAFI
3οΈβ£ Math Mania β Senior Category (Team Contest)
π₯ 2nd Runner Up
- MUHAMMAD NAWFAL BIN MOHD LUKMANUDDIN
- AHMAD ZIKRI BIN AZIZI
- AHMAD AFIF HAZIQ BIN AZAHARI
4οΈβ£ Crack The Code β Junior Category (Puzzle Challenge)
π₯ 2nd Runner Up
- AISYAH NUR IMAN FAUDZI
- AZWA SAFRINA BINTI MOHAMMAD FAISAL
- AMEERAH HUDA MOHAMMAD SUKRI
5οΈβ£ Math Wiz β Junior Category (Individual Contest)
π₯ Bronze Medal
- MUHAMMAD NAUFAL BIN ASROL FAIZAL
-AZWA SAFRINA BINTI MOHAMMAD FAISAL
ππΌ Tahniah kepada semua murid, barisan guru pembimbing dan pentadbir sekolah!
Terima kasih tidak terhingga kepada ibu bapa yang sentiasa menyokong penyertaan anak-anak dalam pertandingan antarabangsa. Kemenangan ini mengangkat martabat Kedah dan Malaysia di persada dunia. π²πΎ
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
Menerajui Reformasi Pendidikan Membina Generasi MADANI
08/11/2025
π°Majlis Perasmian Penutupan Pesta Persatuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran Kedah (PSKPPK) 2025.
ποΈ08 November 2025
β°6.00 Petang
πStadium Arena MPKP
Majlis Perasmian Disempurnakan Oleh Ybrs En Abdul Rahim bin Mat, AMK,.BCK. Yang Dipertua PSKPPK. PSKPPK Daerah Kubang Pasu dinobatkan Sebagai Johan Keseluruhan PSKPPK pada Tahun ini.
Keputusan Penuhπ
https://pskppk2025.snn2u.com/index.php/keputusan/keputusan-penuh
Syabas Dah Tahniah
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
Menerajui Reformasi Pendidikan Membina Generasi MADANI
08/11/2025
π°Alhamdulillah, pencapaian sekolah sekolah Kedah di *Majlis Apresiasi Murid Fasih Digital (MAMFD)* peringkat kebangsaan, sempena *Konvensyen Dasar Pendidikan Digital 2025* | 7-9 Nov 2025, WTC Kuala Lumpur:
1. *PERTAMA*: EXPERIENCE AI CHALLENGE (SEK RENDAH) - SK PENDANG
2. β *PERTAMA*: AIROBOTIK (MYRC) SEK MEN - PERTAMA SMK DATO' SYED OMAR
3. β *PERTAMA*: MINECRAFT EDUCATION CHALLENGE (SR PEND KHAS): SJKC PENG MINβ
4. β *KEDUA*: EXPERIENCE AI CHALLENGE (SEK MEN) - SMA SAADAH ALDINIAH AL ISLAMIAH
5. *KEDUA*: REKA EDUKIT (MYRC) : SMK DATO' SYED OMAR
6. β β *KEDUA*: PEMBANGUNAN APLIKASI ANDROID (SM) - SMK TUNKU ABDUL AZIZ
7. β β *KEDUA*: DIGITAL STORYTELLING ANIMATION (2D - SM) - SMK JERAI
8. β β *KEDUA*: DIGITAL STORYTELLING ANIMATION (3D - SR) - SJKC CHUNG HWA
9. β *KEDUA*: CANVA : Future Cities-Imagine, Invent & Innovate - SJKC PENG MIN
10. β *KEDUA* : CIPTA IDEA PROJEK AI MDEC-AI LABS - KOLEJ MATRIKULASI KEDAH
11. β β β *KETIGA* : EXPERIENCE AI CHALLENGE (SEK RENDAH) - PADANG PEKANβ
12. β *KETIGA*: DRONE EDU CHALLENGE (SR TAHAP 2)- SK KUALA TERIANG
13. β β *KETIGA*: DIGITAL STORYTELLING ANIMATION (2D - SR) - SK BERAPIT
14. β *KELIMA*: CIPTA IDEA PROJEK AI MDEC-AI LABS - SM TEKNIK ALOR SETAR
Tahniah, Tahniah Dan Tahniah π₯°π
08/11/2025
Sekalung Tahniah Dan Penghargaan Kepada YB Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan, apabila dilantik sebagai Ahli Lembaga Eksekutif Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) bagi penggal 2025 hingga 2029.
Setinggi-tinggi tahniah dan Penghargaan daripada Seluruh Warga Pendidikan Negeri Kedah
04/11/2025
π°BENGKEL KERJA PEMANTAPAN PENGURUSAN PRASEKOLAH BAGI PEMBANTU PENGURUSAN MURID (PPM) BAHARU NEGERI KEDAH TAHUN 2025
π04 NOVEMBER 2025
β°5.00 PETANG
πHOTEL LANGKASUKA LANGKAWI
"Tiada yang tidak Penting, Semua Penting" itulah Ungkapan En Abdul Rahim bin Mat, AMK,.BCK. Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah Kepada Semua Warga Pendidikan yang disantuninya. Bagi Tuan Pengarah, Semua Peringkat adalah penting. Baik Kumpulan Pengurusan Tertinggi sehingga lah kepada Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP). Semua pihak berperanan dalam memartabatkan Pendidikan Khususnya Dalam Negeri Kedah. Biarpun sibuk mengemudi 'Bahtera Pendidikan Negeri Kedah'. Supaya Tiada yang terpinggir.
Menerajui Reformasi Pendidikan Membina Generasi MADANI
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
03/11/2025
π° LAWATAN PENGARAH PENDIDIKAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH MENYANTUNI MURID SK PIDA 3 YANG KEHILANGAN AYAHANDA TERCINTA
TARIKH : 02 NOVEMBER 2025
HARI : AHAD
MASA: 11.00 PAGI
LOKASI : KAMPUNG PIDA 3
En Abdul Rahim bin Mat,AMK.,BCK. Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah hadir Menyantuni Dua orang murid SK PIDA 3, yang kehilangan ayahanda tercinta dalam satu kejadian pada petang Jumaat Lalu. Pihak JPN Kedah bersedia membantu dua orang murid ini daripada aspek pendidikan dan juga psikologi. Turut hadir dalam lawatan ini ialah Hj Ishak bin Zulkifli, Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah Kubang Pasu.