RISDA KEDAH UTARA

RISDA KEDAH UTARA

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from RISDA KEDAH UTARA, Government Official, PEJABAT RISDA KOTA SETAR/KUBANG PASU/PENDANG/LANGKAWI, BANGUNAN RISDA Jalan TELOK WANJAH, Alor Setar.

26/05/2026
Photos from RISDA KEDAH UTARA's post 12/05/2026

Sorotan program yang telah dijalankan pada 10 Mei 2026 ( Ahad ) Program Rancangan Pemulihan Getah. – Pengecaman dan Pengawalan Penyakit Akar Putih telah dijalankan di Kampung Belukar Jambu, Mukim Bukit Lada, Pokok Sena dengan tunjuk ajar daripada Subject Matter Expert Pejabat RISDA Negeri Kedah. Program turut dihadiri Pegawai RISDA Daerah Risda Kedah Utara

Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta untuk mengenal pasti penyakit akar putih serta kaedah pengawalan dan langkah mengatasinya bagi memastikan tanaman berada dalam keadaan bebas penyakit dan produktif.

Program ini melibatkan aktiviti pemulihan kebun getah seperti:

kawalan penyakit,
pemulihan pokok,
amalan agronomi,
peningkatan hasil kebun,
serta bimbingan teknikal kepada pekebun kecil.

Terima kasih diucapkan kepada semua peserta serta pegawai lapangan yang hadir dan memberikan kerjasama sepanjang program berlangsung.

01/05/2026

YB Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib, Pengerusi RISDA mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada semua khususnya Komuniti Pekebun Kecil serta Warga Kerja RISDA yang menyumbang kepada kemajuan komoditi Getah di negara ini.

Pekerja adalah nadi kemajuan negara. Dedikasi, integriti dan semangat kebersamaan menjadi teras dalam memperkasa produktiviti serta kesejahteraan. Marilah kita terus memperkukuh kemahiran, memanfaatkan teknologi dan memelihara nilai kemanusiaan dalam melaksanakan apa jua pekerjaan.

Semoga usaha gigih kita membawa kepada kemakmuran yang inklusif, sejahtera serta berdaya tahan untuk generasi kini dan akan datang.

Photos from RISDA - Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah's post 01/05/2026
Photos from RISDA KEDAH UTARA's post 29/04/2026

29 APRIL 2026 I RABU I PEJABAT RISDA DAERAH KOTA SETAR/KUBANG PASU/POKOK SENA/LANGKAWI

MAJLIS PERJUMPAAN BULANAN PEGAWAI RISDA DAERAH BERSAMA KAKITANGAN & MAJLIS PERPISAHAN

Majlis Perjumpaan Bulanan Pegawai RISDA bersama kakitangan RISDA Kota Setar/Kubang Pasu/Pokok Sena/Langkawi telah berlangsung dengan penuh meriah dan bermakna. Majlis ini turut diserikan dengan Majlis Perpisahan bagi meraikan Puan Puteri Suriana Binti Megat Tajudin yang akan berpindah ke Pejabat RISDA Daerah S*k berkuatkuasa pada 4 Mei 2026.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pegawai RISDA Daerah, Encik Mohd Zulkhiari Bin Mohd Radzi. Dalam ucapannya, beliau merakamkan penghargaan kepada seluruh warga kerja atas komitmen dan kerjasama yang berterusan dalam menjayakan agenda organisasi. Beliau turut menzahirkan harapan agar semangat kerja berpasukan terus diperkukuh, di samping meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kepada pekebun kecil selaras dengan aspirasi RISDA.

Seterusnya, wakil kakitangan menyampaikan ucapan penghargaan kepada Puan Puteri Suriana atas jasa, dedikasi serta sumbangan beliau sepanjang berkhidmat. Beliau disifatkan sebagai seorang rakan sekerja yang komited, berintegriti dan sentiasa memberi sokongan kepada pasukan.

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Puan Puteri Suriana Binti Megat Tajudin. Beliau meluahkan rasa terharu dan berterima kasih atas segala kenangan, kerjasama serta persahabatan yang terjalin sepanjang tempoh perkhidmatan bersama warga RISDA di daerah ini.

Seluruh warga RISDA Kota Setar/Kubang Pasu/Pokok Sena/Langkawi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada beliau. Semoga Puan Puteri Suriana terus cemerlang di tempat baharu dan dipermudahkan segala urusan.

Photos from RISDA KEDAH UTARA's post 28/04/2026

27 APRIL 2026 I SELASA I KAMPUNG BELUKAR JAMBU,POKOK SENA

PROGRAM TUNJUK AJAR: KAEDAH KAWALAN PENYAKIT AKAR PUTIH POKOK GETAH MUDA

Telah berlangsung sesi tunjuk ajar berkaitan pengenalpastian penyakit akar serta kaedah kawalannya di Kampung Belukar Jambu, Mukim Bukit Lada, Pokok Sena.

Sesi ini telah disampaikan oleh Norhaizam Bin Ngamer, Pegawai Subject Matter Expert (SME) dari Pejabat RISDA Negeri Kedah. Program ini turut melibatkan Pegawai RISDA Daerah bersama pegawai lapangan bagi memperkukuh pengetahuan teknikal di peringkat akar umbi.

Selain itu, para pegawai turut dibawa ke Kampung Bukit bagi mengenalpasti klon pokok getah, sekali gus membantu pekebun kecil mengenali jenis tanaman mereka dengan lebih tepat dan berkesan.

Program ini memberi manfaat besar kepada pegawai lapangan dalam meningkatkan pengetahuan serta kemahiran pengurusan tanaman, khususnya dalam menangani masalah penyakit akar putih yang boleh menjejaskan hasil dan produktiviti kebun.

🙏 Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir serta memberikan kerjasama sepanjang program berlangsung.

Semoga segala ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dan disampaikan kepada pekebun kecil demi kemajuan sektor pekebunan negara.

Photos from RISDA KEDAH UTARA's post 13/04/2026

12 APRIL 2026 I AHAD I POKOK SENA

PROGRAM ZIARAH KASIH PEKEBUN KECIL RISDA

Program Ziarah Kasih Pekebun Kecil anjuran RISDA telah dilaksanakan di kawasan Mukim Lesong dan Bukit Lada sebagai satu usaha menyantuni serta mendekati golongan pekebun kecil di kawasan tersebut. Program ini bertujuan untuk meninjau keadaan semasa, memahami isu dan cabaran yang dihadapi oleh pekebun kecil, serta menyalurkan bantuan dan sokongan yang bersesuaian.

Program ini turut disertai oleh Ketua Unit Pengembangan PRD Kedah Utara, Norlida Binti Din, bersama Penggerak Watan RISDA (PEWARIS) Parlimen Pokok Sena, Azifah Binti Abdul Rahman, serta sahabat-sahabat PEWARIS dari Parlimen Kubang Pasu dan Padang Terap yang turut hadir memeriahkan program.

Melalui pelaksanaan program ini, diharapkan ia dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara pihak RISDA dan komuniti pekebun kecil, di samping memberi suntikan semangat serta motivasi dalam meningkatkan taraf hidup dan produktiviti mereka.

Photos from RISDA KEDAH UTARA's post 09/04/2026

8 APRIL 2026 I RABU I KAMPUNG BUDI

KURSUS PENGHASILAN KEK COKLAT MOIST

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Kursus Penghasilan Kek Coklat Moist anjuran Pergerakan Wanita Pekebun Kecil (PWPK) RISDA yang diadakan di Kampung Budi.

📌 Penyelaras Usahawan/PWPK Daerah Pokok Sena:
Pn Noorbaite Binti Redzuan

👨‍🍳 Tenaga Pengajar:
Encik Faizal Bin Hamid (Pengusaha Kek Coklat Moist)

Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang telah memberikan komitmen dan penyertaan sepanjang kursus ini berlangsung. Semoga segala ilmu yang dikongsikan dapat dimanfaatkan sebaiknya serta menjadi peluang untuk menjana pendapatan.

💪 Teruskan usaha dan semoga berjaya!

Photos from RISDA KEDAH UTARA's post 20/01/2026

19 JANUARI 2026 I ISNIN I ALOR SETAR

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN PEGAWAI RISDA DAERAH KOTA SETAR / KUBANG PASU / POKOK SENA / LANGKAWI BIL. 1/2026 BERSAMA PENGARAH RISDA NEGERI KEDAH.

MAJLIS SOLAT HAJAT & TAZKIRAH ISRAK MIKRAJ

Majlis Perhimpunan Bulanan pegawai RISDA Daerah Kota Setar/Kubang Pasu/Pokok Sena/Langkawi bersama Pengarah RISDA Negeri Kedah Bil. 1/2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 19 Januari 2026 bertempat di Dewan Tingkat 1, Bangunan RISDA Negeri Kedah. Majlis Solat Hajat dan Tazkirah Israk Mikraj dijalankan sejurus selesai majlis perhimpunan bulanan yang disampaikan oleh Ustaz Md Isa Bin Rahman.

Walaupun YBrs. Tuan Pengarah RISDA Negeri Kedah tidak dapat bersama atas urusan rasmi yang tidak dapat dielakkan, majlis tetap diteruskan dengan penuh semangat dan komitmen. Majlis telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah RISDA Negeri Kedah, YBrs. Puan Syahidah binti Azizan mewakili Pengarah RISDA Negeri Kedah.

Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan integriti, semangat kerja berpasukan dan komitmen tinggi dalam melaksanakan amanah demi kemajuan pekebun kecil di negeri Kedah.
Antara pengisian majlis:
✅ Ucapan amanat oleh Timbalan Pengarah RISDA Negeri Kedah
✅ Penyampaian sijil penghargaan kepada kakitangan
✅ Perkongsian hala tuju dan perancangan strategik RISDA bagi tahun 2026
✅ Sesi interaksi dan perkongsian maklumat bersama warga kerja

Majlis ini menjadi platform penting dalam memperkukuh hubungan silaturrahim serta menyemarakkan semangat kerja dalam kalangan warga RISDA. Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah menjayakan majlis ini.




Want your business to be the top-listed Government Service in Alor Setar?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


PEJABAT RISDA KOTA SETAR/KUBANG PASU/PENDANG/LANGKAWI, BANGUNAN RISDA Jalan TELOK WANJAH
Alor Setar
05200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00