30/05/2026
PELBAGAI AGENSI JAYAKAN PROGRAM KORBAN PERDANA SUNGAI PETANI 2026
๐ Masjid Bandar Perdana, Sungai Petani
๐
28 Mei 2026
Sungai Petani, 28 Mei 2026 โ Program Korban Perdana Sungai Petani yang merupakan inisiatif Pejabat Parlimen Sungai Petani telah berjaya menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan, ahli kariah, pihak pengurusan masjid serta komuniti setempat dalam menjayakan ibadah korban sempena Aidiladha tahun ini.
Program yang berlangsung dalam suasana penuh muafakat dan semangat gotong-royong ini menyaksikan sebanyak 31 ekor lembu telah disembelih dan diuruskan secara teratur sebelum daging korban diagihkan kepada golongan yang memerlukan.
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah (JBSNK) turut mengambil bahagian sebagai peserta korban serta bersama-sama berganding bahu melaksanakan urusan ibadah korban bermula daripada proses penyembelihan, melapah, pembungkusan sehingga selesai pengagihan.
Melalui penyelarasan yang dilakukan oleh pihak Parlimen Sungai Petani, sebanyak 2,000 pek daging korban telah berjaya diagihkan kepada penduduk sekitar Sungai Petani bagi memastikan manfaat ibadah korban dapat dinikmati oleh masyarakat setempat.
Program ini bukan sahaja menzahirkan penghayatan terhadap tuntutan ibadah korban, malah menjadi platform mengukuhkan hubungan silaturahim, semangat kebersamaan dan kerjasama antara agensi, institusi masjid serta komuniti.
Semoga segala amal ibadah korban yang dilaksanakan diterima dan diberkati oleh Allah SWT serta terus menyuburkan nilai ukhwah dan perpaduan dalam kalangan masyarakat.
TeamJBSN
TaufiqJohari
26/05/2026
Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H
Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, ketenangan dan kebahagiaan buat kita semua.
Maaf zahir dan batin.
Ikhlas,
Pengarah dan seluruh warga kerja Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kedah
23/05/2026
๐ MAJLIS PENGANUGERAHAN ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA (APBN) 2026 PERINGKAT NEGERI KEDAH ๐
๐ Alor Setar
๐๏ธ 22 Mei 2026
Telah berlangsung Majlis Penganugerahan Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Tahun 2026 Peringkat Negeri Kedah sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan kepada individu serta organisasi belia yang telah memberikan sumbangan besar terhadap pembangunan belia khususnya di Negeri Kedah.
Bagi kategori Pertubuhan Belia Negeri, Johan telah dinobatkan kepada Gerakan Belia 4B Cawangan Bongor, Baling atas komitmen dan penglibatan aktif dalam memperkasa pembangunan belia setempat.
Bagi kategori Individu Lelaki, Johan telah dianugerahkan kepada saudara Muhammad Aminnuddin bin Ghazali manakala kategori Individu Wanita dimenangi oleh saudari Saraanyaa Prommanop.
Naib Johan bagi kategori Individu Lelaki dan Wanita masing-masing disandang oleh saudara Muhamad Farhat bin Mohd Pisal dan saudari Nur Izureen Nazaini binti Zaini.
Tempat ketiga kategori Individu Lelaki p**a dimenangi oleh saudara Muhammad Ahnaf Taufiq bin Suhaimi manakala kategori Individu Wanita dimenangi oleh saudari Nursaliha Najawa binti Salwadie.
Majlis penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh Dr. Mohammed Taufiq Johari.
Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi dan pembakar semangat kepada seluruh belia Negeri Kedah untuk terus aktif, progresif dan menyumbang kepada pembangunan masyarakat serta negara.
JBSNK
KBSMalaysia
TaufiqJohari
23/05/2026
๐โโ๏ธ๐โโ๏ธ PELIKAT BATIK HALF MARATHON x HARI BELIA NEGARA 2026 MERIAH DI ALOR SETAR ๐โโ๏ธ๐โโ๏ธ
๐ Menara Alor Setar, Kedah
๐
23 Mei 2026
Suasana penuh warna-warni dan semangat belia membanjiri sekitar Menara Alor Setar sempena penganjuran Pelikat Batik Half Marathon x Hari Belia Negara 2026 hasil kerjasama strategik antara Pelikat Run Team, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah serta MAYC Kedah.
Program yang mengetengahkan elemen gaya hidup sihat dan warisan budaya melalui tema pelikat dan batik ini berjaya menarik penyertaan lebih 1,500 peserta dari pelbagai lapisan masyarakat.
Acara dimulakan seawal jam 3.00 pagi bagi kategori Half Marathon 21KM yang melibatkan seramai 400 peserta. Seterusnya, kategori 10KM Pertandingan bermula pada jam 7.00 pagi dengan penyertaan 400 peserta, manakala kategori 5KM Fun Run yang berlangsung pada jam 7.30 pagi disertai kira-kira 700 peserta dengan suasana santai dan penuh keceriaan.
Pelepasan peserta telah disempurnakan oleh Datuk Bandar Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) Dato Haji Abdul Gafar bin Yahya bersama Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah Puan Azura Hj Sarbin sebagai tanda sokongan terhadap pembudayaan sukan dan penglibatan aktif belia dalam aktiviti komuniti.
Selain pertandingan larian, peserta turut menerima medal eksklusif, jersi rasmi menarik serta berpeluang memenangi pelbagai hadiah cabutan bertuah yang disampaikan dalam majlis penutup program.
Penganjuran program ini bukan sahaja mempromosikan gaya hidup aktif dan sihat, malah turut mengangkat identiti budaya tempatan melalui konsep pelikat dan batik yang unik serta kreatif.
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang, peserta, urus setia dan rakan strategik yang menjayakan program ini dengan cemerlang.
Semoga semangat kesukanan dan perpaduan dalam kalangan belia terus diperkasakan selaras dengan aspirasi Hari Belia Negara 2026.
Taufiq Johari
23/05/2026
AKTIVITI MENARIK SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA PERINGKAT NEGERI KEDAH
๐๏ธ 21-23 Mei 2026
๐ Dataran Starwalk, Alor Setar
โ
Pertandingan Tamiya
โ
Pertandingan Esport
โ
Pertandingan Gendang Silat
โ
Futsal Belia Cup
โ
Slot Bintang Kecil
โ
Lorong Pekan
โ
Pavilion Belia
โ
Pavilion Rakan Muda
Ayuh semarakkan Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Kedah 2026!
Taufiq Johari
23/05/2026
FESTIVAL BELIA @ HARI BELIA NEGARA PERINGKAT NEGERI KEDAH 2026
HARI KEDUA
Pelbagai acara menarik masih diteruskan pada hari kedua. Pakat-pakat mai ke Dataran Starwalk Alor Setar.
Ada Pameran- Pameran Agensi
Ada Futsal
Ada Bintang Kecil
Ada Tamiya
Ada Esport
Ada Derma Darah
Ada Himpunan Jentera Anak muda
Ada International Youth Culture 7 negara
Pakat maih kaih. Sampai malam masih ada acara.