Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Negeri Kedah

Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Negeri Kedah

Share

Laman Facebook Rasmi Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Negeri Kedah

01/06/2026

🌾 SELAMAT HARI GAWAI! 🌾

Gayu Guru, Gerai Nyamai!
Semoga perayaan ini membawa kegembiraan, kemakmuran dan kesejahteraan buat semua yang menyambut.

Hari Gawai bukan sekadar meraikan hasil tuaian, tetapi juga melambangkan kesyukuran, perpaduan dan kekayaan warisan budaya yang menjadi kebanggaan negara kita.

Ikhlas daripada Pengurusan Tertinggi dan warga MOTAC πŸ‡²πŸ‡Ύ




31/05/2026

DIRGAHAYU TUANKU

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-tinggi tahniah KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG SULTAN IBRAHIM sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447 hijrah.

Sembah takzim daripada Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Negeri Kedah.




30/05/2026

✨ Selamat Menyambut Hari Wesak ✨

Semoga sambutan Hari Wesak membawa kedamaian, keharmonian dan kesejahteraan kepada semua penganut Buddha serta seluruh rakyat Malaysia.

Marilah kita bersama-sama menyemai nilai kasih sayang, toleransi dan saling menghormati demi memperkukuhkan perpaduan dan keharmonian masyarakat.




30/05/2026

🌾 SELAMAT MENYAMBUT PESTA KAAMATAN 2026 🌾

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan. 🀝✨

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mengucapkan Selamat Menyambut Pesta Kaamatan kepada seluruh masyarakat Kadazan Dusun dan rakyat Sabah yang meraikannya. 🏞️🌾

Pesta Kaamatan melambangkan kesyukuran, warisan budaya serta semangat perpaduan yang memperkukuh identiti Malaysia. πŸŒΎπŸŽ­πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨

Semoga sambutan ini terus menyemai perpaduan, keharmonian dan kesejahteraan rakyat Malaysia. πŸ€²β€οΈπŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan. 🌾🌟




26/05/2026

✨ Salam Aidiladha 1447H ✨

Seluruh warga Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Negeri Kedah mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam.

Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, ketenangan dan mengeratkan lagi ukhuwah sesama kita. Hayatilah erti pengorbanan, keikhlasan dan kasih sayang dalam kehidupan seharian.

Berhati-hati di jalan raya dan semoga perjalanan pulang ke kampung halaman dipermudahkan.




26/05/2026

Salam 9 Zulhijjah πŸŒ™

Hari Arafah hadir membawa seribu keinsafan dan keberkatan.
Marilah kita bersama-sama memperbanyakkan doa, zikir dan amalan kebaikan semoga segala ibadah diterima serta dipermudahkan segala urusan.

Selamat Menyambut Hari Arafah.
Semoga kita semua dikurniakan keampunan, rahmat dan keberkatan daripada Allah SWT. 🀍




23/05/2026

Tahniah diucapkan kepada Encik Amirul Shidee bin Abu atas pengurniaan Anugerah Pekerja Cemerlang sempena Majlis Penghargaan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) 2026 yang telah berlangsung pada 21 Mei 2026 (Khamis) di Putrajaya.

Pengiktirafan ini merupakan penghargaan atas komitmen, dedikasi serta kecemerlangan beliau dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab di Pejabat MOTAC Negeri Kedah.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga kerja untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik demi kemajuan organisasi.




21/05/2026

Pada 21 Mei 2026, Pejabat MOTAC Negeri Kedah telah menerima Lawatan Pemeriksaan daripada Unit Integriti Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC). Lawatan ini bertujuan bagi menilai tahap pematuhan, tadbir urus serta memperkukuhkan budaya integriti dalam kalangan warga kerja pejabat.

Sepanjang lawatan berlangsung, sesi semakan dan perbincangan telah diadakan bersama pegawai serta kakitangan berkaitan bagi memastikan pengurusan dan pelaksanaan tugas sentiasa mematuhi garis panduan dan peraturan yang ditetapkan. Lawatan ini juga diharap dapat meningkatkan kesedaran serta penghayatan nilai integriti dalam penyampaian perkhidmatan awam.




Photos from Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Negeri Kedah's post 19/05/2026

Pada 19 Mei 2026, Pengarah Pejabat MOTAC Negeri Kedah, YBrs.Encik Mohd Shahril bin Harun telah menerima kunjung hormat daripada Gabungan Pengusaha Bas Persiaran Zon Utara.

Kunjungan hormat tersebut diadakan bagi mengeratkan hubungan kerjasama strategik antara pihak industri pengangkutan pelancongan dengan MOTAC Kedah selain membincangkan isu-isu semasa berkaitan industri bas persiaran di Negeri Kedah. Perbincangan turut menyentuh mengenai usaha memperkukuhkan sektor pelancongan, aspek keselamatan pengangkutan pelancong serta cadangan penambahbaikan perkhidmatan demi memastikan industri pelancongan terus berkembang secara mampan.

Selain itu, sesi tersebut turut menjadi platform pertukaran pandangan dan cadangan daripada pihak pengusaha bas persiaran dalam usaha mempertingkatkan mutu perkhidmatan pelancongan serta memperkukuhkan kerjasama antara kerajaan dan pemain industri pelancongan di negeri Kedah.




Photos from Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Negeri Kedah's post 19/05/2026

Pada 18 Mei 2026 (Isnin), satu sesi temu duga bagi calon Kursus Pemandu Pelancong telah diadakan di Armada Raisha Tourism & Hospitality Academy Sdn. Bhd.. Sesi temu duga ini diadakan khusus bagi peserta yang tidak memiliki sijil SPM sebagai salah satu proses penilaian kelayakan untuk mengikuti kursus berkenaan.

Temu duga tersebut bertujuan menilai tahap komunikasi, minat, pengetahuan asas serta potensi calon untuk menceburi bidang pemanduan pelancong. Selain itu, sesi ini juga memberi peluang kepada pihak pengurusan untuk mengenal pasti kesesuaian calon berdasarkan pengalaman dan kemahiran individu walaupun tidak mempunyai kelayakan akademik formal.

Pelaksanaan sesi temu duga ini diharapkan dapat membuka peluang kepada lebih ramai individu yang berminat dalam industri pelancongan untuk meningkatkan kemahiran dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan sektor pelancongan negara, khususnya di Negeri Kedah.




Want your business to be the top-listed Government Service in Alor Setar?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address

Alor Setar
Alor Setar
05000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:00
Sunday 08:00 - 17:00