31/05/2026
SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN RASMI KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG SULTAN IBRAHIM
DIRGAHAYU TUANKU
Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku, pada 1 Jun 2026 bersamaan 14 Zulhijjah 1447H.
Patik-patik sekalian mendoakan agar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku dikurniakan keafiatan berpanjangan dan semoga terus memayungi negara dengan kepimpinan yang adil dan berwibawa.
Sembah takzim daripada Pejabat Dewan Undangan Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah.
26/05/2026
Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 🌙✨ 1447H / 2026M kepada seluruh umat Islam.
Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, memperkukuhkan nilai pengorbanan serta menyemai keikhlasan dalam setiap amanah yang dipikul.
Ikhlas daripada Setiausaha Dan seluruh kakitangan Pejabat Dewan Undangan Negeri Dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.
30/04/2026
1 Mei 2026
Selamat Hari Pekerja.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga kerja atas komitmen, dedikasi serta usaha berterusan dalam memacu kemajuan organisasi dan negara. Semoga segala jasa dan pengorbanan yang dicurahkan diberkati serta terus membuahkan kejayaan yang cemerlang.
30/04/2026
𝐃𝐀𝐔𝐋𝐀𝐓 𝐓𝐔𝐀𝐍𝐊𝐔
𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐏𝐔𝐓𝐄𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐁𝐄𝐍𝐀𝐑
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman pada 30 April 2026 (Khamis) bersamaan 12 Zulkaedah 1447H.
Patik-patik sekalian mendoakan agar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan berpanjangan serta sentiasa dirahmati dan diberkati oleh Allah SWT sepanjang zaman.
Sembah takzim daripada Setiausaha dan seluruh kakitangan Pejabat Dewan Undangan Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.
27/04/2026
𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐏𝐔𝐓𝐄𝐑𝐀𝐀𝐍
Duli Yang Amat Mulia Tunku Shazuddin Ariff Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Tunku Mahkota Kedah pada 27 April 2026 (Isnin) bersamaan 9 Zulkaedah 1447H.
Patik-patik sekalian mendoakan agar DYAM Tunku Mahkota Kedah sentiasa dirahmati dan diberkati oleh Allah SWT sepanjang zaman.
Sembah takzim daripada Setiausaha dan seluruh kakitangan Pejabat Dewan Undangan Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.
21/04/2026
𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐓𝐀𝐊𝐙𝐈𝐀𝐇
Takziah atas kemangkatan Yang Amat Berbahagia Datin Seri Diraja Puan Sri Dato' Nora binti Abdullah, Toh Puan Bendahara Kedah yang telah mangkat pada pagi ini, 20 April 2026 bersamaan 2 Zulkaedah 1447H.
Semoga roh Almarhumah dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan para solihin.
Sembah Takziah daripada,
Pejabat Dewan Undangan Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah.