Pejabat Pilihan Raya Negeri Kedah

Website

Pejabat Pilihan Raya Negeri Kedah Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pejabat Pilihan Raya Negeri Kedah, Government Organization, Aras 4, Zon A, Wisma Persekutuan, Alor Setar.

06/10/2026

KENYATAAN MEDIA BIL. 48/2026

STATUS KEKOSONGAN LUAR JANGKA KERUSI DEWAN RAKYAT KAWASAN PARLIMEN P.105 PETALING JAYA

PROGRAM PENDIDIKAN PENGUNDI PPN KEDAH BERSAMA KOLEJ MARA KUALA NERANG - HARI PILIHAN RAYA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP...
29/09/2026

PROGRAM PENDIDIKAN PENGUNDI PPN KEDAH BERSAMA KOLEJ MARA KUALA NERANG - HARI PILIHAN RAYA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP) 2026/2027

TEMPAT : KOLEJ MARA KUALA NERANG
TARIKH : 24 SEPTEMBER 2026
MASA : 8.30 PAGI
JUMLAH PESERTA : 560 ORANG

PEGAWAI TERLIBAT :
1. MOHAMAD SOLEHUDIN BIN ISMAIL
⁠2. WAN NORDIANA NADIA BINTI WAM MOHAMED SAAD
3. NOOR AZMAH BINTI ABD RAHMAN
4. NOR ASMAH BINTI SAIDIN

Program ini memberi pengalaman secara langsung kepada para pelajar melalui pelaksanaan Hari Pilihan Raya Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 2026/2027.

PROGRAM PENDIDIKAN PENGUNDI PPN KEDAH BERSAMA KOLEJ MARA KUALA NERANG - TAKLIMAT PENDIDIKAN PENGUNDITEMPAT : KOLEJ MARA ...
29/09/2026

PROGRAM PENDIDIKAN PENGUNDI PPN KEDAH BERSAMA KOLEJ MARA KUALA NERANG - TAKLIMAT PENDIDIKAN PENGUNDI

TEMPAT : KOLEJ MARA KUALA NERANG
TARIKH : 21 SEPTEMBER 2026
MASA : 3.30 PETANG
JUMLAH PESERTA : 180 ORANG

PEGAWAI TERLIBAT :
1. MOHAMAD SOLEHUDIN BIN ISMAIL
⁠2. JURAIDAH BINTI ROSLI
3. NOR ASHIKIN BINTI MD RADZI
4. NOR ASMAH BINTI SAIDIN

Program Pendidikan Pengundi bersama Kolej MARA Kuala Nerang ini dilaksanakan bagi memberi pendedahan dan kefahaman kepada para pelajar mengenai proses pilihan raya, peranan dan tanggungjawab sebagai pengundi serta kepentingan penglibatan dalam proses demokrasi negara.




PROGRAM PENDIDIKAN PENGUNDI PPN KEDAH BERSAMA PERSATUAN ORANG KELAINAN UPAYA (OKU) DAERAH S*K DENGAN KERJASAMA YADIM NEG...
29/09/2026

PROGRAM PENDIDIKAN PENGUNDI PPN KEDAH BERSAMA PERSATUAN ORANG KELAINAN UPAYA (OKU) DAERAH S*K DENGAN KERJASAMA YADIM NEGERI KEDAH

TEMPAT : KAMPUNG JENERI
TARIKH : 28 SEPTEMBER 2026
MASA : 10.00 PAGI
JUMLAH PESERTA : 100 ORANG

PEGAWAI TERLIBAT :
1. MOHAMAD SOLEHUDIN BIN ISMAIL
⁠2. WAN NORDIANA NADIA BINTI WAN MOHAMED SAAD
1. NOR ASHIKIN BINTI MD RADZI
2. NOR ASMAH BINTI SAIDIN

Turut dilakukan penyampaian sumbangan kerusi roda kepada Persatuan OKU Daerah S*k. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.



Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, isteri kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, meninggal dunia di Institut Ja...
28/09/2026

Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, isteri kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), di sini, pagi ini.

Dilahirkan pada 12 Julai 1926, Dr Siti Hasmah ialah tokoh wanita Malaysia yang dihormati bukan sahaja sebagai isteri kepada bekas perdana menteri, tetapi juga atas sumbangannya sendiri dalam bidang perubatan dan kebajikan masyarakat yang menjadi inspirasi rakyat negara ini.

Sepanjang hayatnya, Tun Dr. Siti Hasmah merupakan wanita Melayu pertama ditawarkan untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di King Edward VII Collage of Medicine, Singapura.

Allahyarham merupakan antara tokoh wanita paling disegani di negara ini dan dikenali atas sumbangannya dalam bidang perubatan serta khidmat kemasyarakatan.

Oleh: BERNAMA KUALA LUMPUR: Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur, kata anaknya, Tan Sri Mokhzani Mahathir Difahamkan, Dr Siti Hasmah yang berusia 100 tahun, meninggal dunia pada jam 9.20 pagi...

28/09/2026

KENYATAAN MEDIA BIL. 44/2026

MESYUARAT KHAS URUSAN PILIHAN RAYA UMUM DEWAN UNDANGAN NEGERI (PRU DUN) MELAKA KE-16

Anak Bukit, 25 September 2026 - Untuk makluman, Semakan Daftar Pemilih Tambahan Bulan Ogos 2026 (DPT BLN 8/2026) boleh d...
24/09/2026

Anak Bukit, 25 September 2026 - Untuk makluman, Semakan Daftar Pemilih Tambahan Bulan Ogos 2026 (DPT BLN 8/2026) boleh dibuat secara atas talian.

DPT BLN8/2026 telah diperaku pada 24 September 2026 dan diwartakan pada 25 September 2026. DPT BLN8/2026 ini akan dibuka untuk semakan selama 30 hari mulai 25 September 2026 hingga 24 Oktober 2026.

DPT BLN8/2026 ini mengandungi seperti berikut:
* Portal SPR di pautan https://www.spr.gov.my atau https://mysprsemak.spr.gov.my;
* Portal rasmi Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my;
* Aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my;
* Aplikasi mudah alih MySPR Semak; atau
* Hotline Semakan Pendaftaran Pemilih di talian 03-8892 7218

🗒 PROGRAM OUTREACH BAGI FESTIVAL SEMARAK MERDEKA 2026 🏫Tempat : TAMAN DERGA JAYA, ALOR SETAR📆Tarikh    : 16/09/2026 (RAB...
17/09/2026

🗒 PROGRAM OUTREACH BAGI FESTIVAL SEMARAK MERDEKA 2026

🏫Tempat : TAMAN DERGA JAYA, ALOR SETAR
📆Tarikh : 16/09/2026 (RABU)
🕰 Masa. : 8.00 PAGI - 1.00 PETANG

Antara perkhidmatan yang disediakan adalah:
1. Semakan tempat mengundi
2. Permohonan pertukaran bahagian pilihan raya
3. Memberi pendedahan kepada pengundi dan memuat turun aplikasi MySPRSemak
4. Aduan, cadangan dan pertanyaan berkaitan pilihan raya.
Pihak PPN Kedah mengucapkan ribuan terima kasih di atas penglibatan guru, pelajar dan orang awam yang datang ke Kaunter Outreach.



"Selamat Hari Malaysia. Marilah kita memperkukuh semula semangat persaudaraan, menghargai nikmat keamanan, serta bersama...
15/09/2026

"Selamat Hari Malaysia. Marilah kita memperkukuh semula semangat persaudaraan, menghargai nikmat keamanan, serta bersama-sama memainkan peranan penting dalam memacu kemajuan dan kestabilan tanah air."

15/09/2026

HARI INI DALAM GALERI | 15 – 22 SEPTEMBER

Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-3, 1979.

Tahukah anda? Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-3 pada tahun 1979 merupakan pilihan raya yang pertama kali diadakan secara berasingan.

Antara fakta penting pilihan raya ini:

◽️11 Ogos 1979 – Pembubaran Dewan Undangan Negeri Sarawak.
◽️29 Ogos 1979 – Hari Penamaan Calon.
◽️48 kerusi dipertandingkan.
◻️135 calon bertanding.
◽️1,456 pusat mengundi dibuka.
◽️448,235 pemilih berdaftar.

Hasil pilihan raya menyaksikan Datuk Patinggi Tan Sri Haji Abdul Rahman Yaakub mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak bagi kali yang ketiga.

Menelusuri sejarah pilihan raya, memahami perjalanan demokrasi negara.

SUMBER : Akademi Pilihan Raya

Address

Aras 4, Zon A, Wisma Persekutuan
Alor Setar
06550

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Pilihan Raya Negeri Kedah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share