Bahagian Arkitek JKR Kedah

Bahagian Arkitek JKR Kedah

Share

Berperanan dalam menyediakan reka bentuk bangunan, reka bentuk hiasan dalaman dan lanskap bagi projek-projek Negeri dan Persekutuan di Negeri Kedah.

10/05/2026

Ibu adalah insan yang sentiasa menjadi sumber kekuatan, kasih sayang dan inspirasi dalam setiap langkah kehidupan.

Buat semua ibu di Malaysia, khususnya warga JKR yang cekal menggalas amanah di rumah dan di tempat kerja, terima kasih atas segala pengorbanan, kasih sayang serta doa yang tidak pernah putus.

Semoga semua ibu sentiasa dikurniakan kesihatan, kebahagiaan dan rahmat yang berpanjangan.

Selamat Hari Ibu 2026

Ikhlas daripada
Pengurusan Tertinggi & Seluruh Warga JKR Malaysia



30/04/2026

Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera

Setiap usaha kecil, adalah langkah besar menuju kejayaan!
Selamat Hari Pekerja!

Daripada warga JKR Negeri Kedah

Photos from Bahagian Arkitek JKR Kedah's post 20/04/2026

POTLUCK RAYA BAHAGIAN ARKITEK JKR NEGERI KEDAH 2026 🌙🌾

Syawal telahpun melabuhkan tirainya,meninggalkan seribu kenangan indah, semoga segala amalan sepanjang Ramadan dan Syawal diterima serta kita dipertemukan lagi dengan Ramadan yang seterusnya.

Perginya Syawal namun semangatnya kekal di hati, semangat memaafkan, mengasihi dan mensyukuri nikmat Ilahi dan berakhirnya Syawal bukan bererti berakhirnya ketaatan, Teruslah istiqamah dalam amal, seperti mana kita berusaha dalam mengejar sepanjang Ramadan.

Syawal yang pergi namun semangatnya terus kekal dihati, Semoga Allah kekalkan hati kita dalam kebaikan serta kenikmatan segala urusan hakiki.

Ikhlas daripada :
Arkitek Penguasa serta seluruh Warga Kerja Bahagian Arkitek JKR Negeri Kedah

Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )






.kitekKedah

Photos from JKR Kedah's post 17/03/2026
Photos from Bahagian Arkitek JKR Kedah's post 17/03/2026

𝐓𝐀𝐑𝐈𝐊𝐇: 16 MAC 2026 | ISNIN

*MESYUARAT BAHAGIAN ARKITEK JKR NEGERI KEDAH BIL 01/2026*

Telah berlangsungnya Mesyuarat Bahagian Arkitek JKR Negeri Kedah Bil 01/2026 pada tahun ini yang diwajibkan kehadiran untuk semua staff Bahagian arkitek dan mesyuarat ini diadakan di Bilik Mesyuarat Bahagian Arkitek,Tingkat 4, Bangunan Sultan Abdul Halim JKR Negeri Kedah.

Mesyuarat bahagian buat julung kalinya pada tahun 2026 ini dimulakan dengan Ucapan alun alunan pembuka bicara yang disempurnakan oleh Encik Suhaili Bin Othman, Arkitek Penguasa JKR negeri Kedah, turut hadir iaitu Arkitek Puan Ar.Diyana Binti Dahlan , Arkitek En Hafiz bin Hassan tak lupa juga pada smua staff bahagian arkitek. Pembuka Bicara oleh arkitek penguasa juga turut diserikan dengan kehadiran arkitek baru iaitu Puan Ar.Dayana Binti Dahlan yang baru sahaja bertukar ke Arkitek JKR Negeri Kedah, Semoga puan Ar.Diyana terus maju cemerlang membawa Nama arkitek Negeri Kedah untuk setiap projek dibawah bimbingannya kelak.

Pada masa yang sama, Terdapat beberapa pencapaian dari bahagian arkitek yang diketengahkan serta adanya jugak penambahbaikkan dari setiap sudut bahagian yang mempunyai kekurangan dan disuarakan untuk mengatasi masalah tersebut . Mesyuarat tersebut mendapat pandangan hebat serta sambutan hangat bagi mengetengahkan setiap masalah dan mengutarakan pandangan serta pendapat yang di keudarakan dan tiada tentangan negatif dari mana-mana pihak dalam mesyuarat tersebut.

Diharapkan dengan adanya mesyuarat ini, Pihak JKR Arkitek JKR Negeri Kedah dapat menambahbaikkan, Meningkatkan keselesaan dan kecekapan dari semua sudut dan sisi positif demi menjaga nama baik bahagian,kepuasan hati para pelanggan, kerjasama antara semua pihak samaada didalam jabatan ataupun di pihak kontraktor serta pelanggan.

Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )






.kitekKedah

18/02/2026

Selamat menyambut bulan Ramadhan Dari Bahagian Arkitek Negeri Kedah 🌙

Photos from Bahagian Arkitek JKR Kedah's post 11/02/2026

BAHAGIAN ARKITEK | 11-2-2026 | RABU

SESI PERKONGSIAN ILMU BAHAGIAN ARKITEK BIL.2 2/2026 (TAKLIMAT BAHAN) OLEH POWER PEST SDN BHD & TOA PAINT PRODUCT SDN BHD.

Terima kasih di ucapkan kepada pihak POWER PEST SDN BHD & TOA PAINT PRODUCTS SDN BHD atas taklimat dan penerangan berkenaan dengan produk yang lebih mendalam dan lebih detail.

Diharapkan dengan taklimat serta penerangan ini dapat menambahkan ilmu dan memberi kerjasama dari kedua pihak untuk menggunapakai ilmu & bahan dengan betul dan baik serta dapat bekerjasama pada kemudian hari.

Photos from Bahagian Arkitek JKR Kedah's post 04/02/2026

04 FEBRUARI 2026 (SELASA)

Mesyuarat Penyelarasan Penyediaan Laporan Tahunan JKR Negeri Kedah Tahun 2024/2025 bertempat di Bangunan Sultan Abdul Halim (BSAH), Alor Setar, Kedah.

Arkitek penguasa telah mengetuai Mesyuarat ini bagi pihak Pengarah & Mesyuarat ini jugak dihadiri oleh Ajk-ajk dilantik untuk mengelola laporan tahunan bagi setiap bahagian,Cawangan dan Daerah JKR Negeri Kedah.




Kerja Raya Malaysia

Photos from JKR Daerah Kota Setar's post 04/12/2025
Want your business to be the top-listed Government Service in Alor Setar?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Tingkat 4 Bangunan Sultan Abdul Halim, Jalan Sultan Badlishah
Alor Setar
05582

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00