12/04/2026
JOM ESOK KITA LEPAIH QHEGHAM‼️‼️‼️
RM5.00 Sahaja pendaftaran untuk 1 boqq kaii‼️‼️‼️
Hadiah Menarik weii….
Jumpa di AgroFest Daerah Yan 2026
Laman Rasmi Jabatan Pertanian Negeri Kedah
12/04/2026
JOM ESOK KITA LEPAIH QHEGHAM‼️‼️‼️
RM5.00 Sahaja pendaftaran untuk 1 boqq kaii‼️‼️‼️
Hadiah Menarik weii….
Jumpa di AgroFest Daerah Yan 2026
12/04/2026
🌾𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈𝐀𝐍 𝐀𝐆𝐑𝐎𝐅𝐄𝐒𝐓 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐘𝐀𝐍 2026🌾
12 April 2026 , Yan – Program AgroFest Daerah Yan 2026 telah berlangsung dengan penuh meriah di Pusat Mempelam Kedah, Yan,
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Tuan Haji Dzowahir bin Haji Ab. Ghani, Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perladangan dan Pengangkutan.
Turut hadir memeriahkan majlis YB Dato’ Ustaz Mohd Azam bin Abdul Samad; Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan, Encik Rozaidi bin Abdul Rahman; Pengarah Pertanian Negeri Kedah, Puan Fara Ashikin binti Mohd Zikri (Wakil Pegawai Daerah Yan).
Program ini dianjurkan sebagai platform untuk mempromosikan hasil pertanian tempatan, khususnya tanaman mempelam termasuk varieti Harumanis yang semakin mendapat permintaan tinggi di pasaran. Selain itu, AgroFest turut menjadi medan memperkukuh jaringan kerjasama antara agensi kerajaan, usahawan tani dan komuniti setempat.
Penganjuran kali ini juga lebih bermakna dengan sambutan Jubli Emas Pusat Mempelam Kedah, yang telah mencapai usia 50 tahun sejak penubuhannya pada tahun 1976. Sepanjang tempoh tersebut, pusat ini memainkan peranan penting sebagai hab rujukan, penyelidikan dan pembangunan industri mempelam di negeri Kedah.
Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang program termasuk pameran pertanian, jualan produk agro, serta penyampaian Sijil myGAP kepada usahawan tani sebagai pengiktirafan terhadap amalan pertanian berkualiti dan selamat. Turut disampaikan adalah insentif pembangunan projek pertanian yang melibatkan pelbagai sektor seperti tanaman sayuran, buah-buahan, padi dan agropelancongan.
Kerajaan Negeri Kedah melalui Jabatan Pertanian terus komited dalam memperkasa sektor pertanian agar lebih moden, berdaya saing dan mampan, selaras dengan usaha meningkatkan pendapatan petani serta menjamin keselamatan makanan negara.
Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan lagi AgroFest Daerah Yan 2026 dan menyokong produk tempatan.
11/04/2026
SOROTAN HARI PERTAMA- PROGRAM AGROFEST DAERAH YAN 2026!!
11/04/2026
🌾 𝐀𝐆𝐑𝐎𝐅𝐄𝐒𝐓 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐘𝐀𝐍 2026 𝐓𝐄𝐑𝐔𝐒 𝐌𝐄𝐍𝐃𝐀𝐏𝐀𝐓 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐍𝐆𝐀𝐓! 🔥🌾✨
Hari ini seramai 1,272 pengunjung telah hadir memeriahkan program.
Terima kasih atas sokongan padu daripada semua pengunjung. Jumpa lagi esok di lokasi program‼️‼️‼️🎉🙌
10/04/2026
🎣 𝐉𝐎𝐌 𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐌𝐀𝐍𝐂𝐈𝐍𝐆 𝐀𝐆𝐑𝐎𝐅𝐄𝐒𝐓 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐘𝐀𝐍 2026! 🎉
Anda kaki pancing? Inilah peluang anda untuk tunjuk bakat dan bawa pulang hadiah menarik! 🏆🐟
📍 Tempat: Pusat Mempelam Kedah (PMK), Kota Sarang Semut, Yan, Kedah Darul Aman
📅 Tarikh: 11 April 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 2.00 Petang
💰 Yuran penyertaan hanya RM10 sahaja!🚶♂️ secara Walk in!!!
SYARAT -SYARAT PERTANDINGAN‼️‼️
• Terbuka kepada semua golongan
• Tempoh masa pertandingan 2 jam
• Hendaklah membawa kelengkapan sendiri (boq kail)
• Hanya 1 peserta, 1 joran dibenarkan
• Pemilihan pemenang berdasarkan seekor ikan paling berat (kg)
• Semua jenis ikan dipertandingkan
• Keputusan juri/pengadil pertandingan adalah muktamad
• Yuran yang dikenakan tidak dijadikan sebagai hadiah
🎁 Hadiah Menarik Menanti Anda
🥇 Johan – RM250
🥈 Naib Johan – RM150
🥉 Tempat Ketiga – RM100
✨ Selain hadiah utama untuk Top 3, terdapat juga 30 cabutan bertuah untuk para peserta!
Jangan lepaskan peluang untuk memeriahkan AgroFest Daerah Yan 2026 sambil menikmati suasana santai bersama keluarga dan rakan-rakan.
📣 **Ayuh ramai-ramai sertai dan uji nasib anda!
👕 Tema pakaian: Tradisional & Klasik
☂️ Jangan lupa bawa payung dan kelengkapan memancing sendiri
10/04/2026
🎉 𝐄𝐒𝐎𝐊!!!𝐀𝐆𝐑𝐎𝐅𝐄𝐒𝐓 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐘𝐀𝐍 2026 🎉
📢 Jangan lepaskan peluang untuk hadir beramai - ramai!!!
🗓 Tarikh: 11 – 13 April 2026 (Sabtu – Isnin)
🕙 Masa: 10.00 pagi – 6.00 petang
📍 Tempat: Pusat Mempelam Kedah (PMK), Kota Sarang Semut, Yan, Kedah Darul Aman
✨ Pelbagai aktiviti menarik menanti anda:
🌱 Kursus Pertanian
🥭 Jualan Harumanis D’Aman
🌳 Jualan anak pokok buah-buahan
🥭 Pameran 111 Klon Mempelam
🚜 Jelajah ladang mempelam
🐇 Petting zoo
🛒 Jualan Rahmah
🛍 Jualan Vendor Lorong Pekan
🩺 Pemeriksaan kesihatan
🎣 Pertandingan memancing di tali air bawah pokok mempelam
🎨 Pertandingan mewarna
🥗 Pertandingan garam belacan & kerabu mangga
🐰 Laman Arnab
🐝 Laman Kelulut
🏃 D’Aman Fun Run
🎟 Masuk adalah 𝐏𝐄𝐑𝐂𝐔𝐌𝐀!
🔥 Jangan lepaskan peluang ini!
Ayuh bawa keluarga dan rakan-rakan untuk bersama-sama memeriahkan AgroFest Daerah Yan 2026 sambil menyokong sektor pertanian tempatan, khususnya di Negeri Kedah.
𝗝𝘂𝗺𝗽𝗮 𝗮𝗻𝗱𝗮 𝗱𝗶 𝘀𝗮𝗻𝗮!!!
Road to MAHA 2026… Nantikan di Zon Utara 🖐️🖐️
08/04/2026
𝐋𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐧𝐢𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐊𝐞𝐝𝐚𝐡 𝐤𝐞 𝐏𝐫𝐨𝐣𝐞𝐤 𝐏𝐚𝐝𝐢 𝐇𝐮𝐦𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐨𝐩𝐢 𝐝𝐢 𝐊𝐚𝐦𝐩𝐮𝐧𝐠 𝐑𝐚𝐝𝐞𝐤, 𝐂𝐡𝐞𝐩𝐢𝐫, 𝐌𝐮𝐤𝐢𝐦 𝐒𝐢𝐤, 𝐊𝐞𝐝𝐚𝐡
Satu lawatan Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Kedah; En Rozaidi bin Abdul Rahman telah diadakan ke projek Padi Huma dan kopi yang terletak di Kampung Radek, Chepir, Mukim S*k, Kedah.
Lawatan ini bertujuan untuk meninjau perkembangan projek pertanian yang diusahakan oleh penduduk setempat, khususnya dalam tanaman padi huma dan kopi yang mempunyai potensi untuk dimajukan sebagai sumber ekonomi komuniti.
Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Dato’ Sheikh Zakaria bin Othman, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) LZNK dan pegawai dari Pejabat Pertanian Daerah S*k.
Pihak petani yang terlibat di dalam projek ini adalah Encik Hairul Nizam bin Ahmad, yang turut memberi penerangan berkaitan perkembangan semasa projek serta cabaran yang dihadapi dalam pengusahaannya.
Lawatan ini diharapkan dapat memberi sokongan dan galakan kepada para petani dalam memperkasa sektor pertanian di kawasan S*k, khususnya dalam pembangunan projek berasaskan padi huma dan kopi.
08/04/2026
𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐧𝐢𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐊𝐞𝐝𝐚𝐡 𝐌𝐞𝐧𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐋𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐦𝐚𝐧𝐭𝐚𝐮𝐚𝐧 𝐌𝐒 𝐈𝐒𝐎 9001:2015 𝐏𝐏𝐏
Alor Setar, 8 April 2026 – Jabatan Pertanian Negeri Kedah hari ini telah menerima lawatan pemantauan MS ISO 9001:2015 Perkhidmatan Pengembangan Pertanian (PPP) Bil. 1/2026 daripada pegawai pemantau di peringkat Ibu Pejabat yang diketuai oleh Puan Elmy Fazriena binti Md Yusof; Penolong Pengarah Bahagian Pengembangan Pertanian.
Sesi pemantauan dimulakan dengan sesi pembukaan oleh Puan Sharifah binti Ishak, Penolong Pengarah Bahagian Latihan Teknikal. Lawatan pemantauan ini akan berlangsung selama dua (2) hari dan melibatkan dua daerah, iaitu Pejabat Pertanian Daerah Pendang dan Pejabat Pertanian Daerah Kuala Muda.
Pemantauan ini bertujuan untuk menilai tahap pematuhan serta keberkesanan pelaksanaan sistem pengurusan kualiti MS ISO 9001:2015 bagi Perkhidmatan Pengembangan Pertanian di peringkat negeri dan daerah.
Sepanjang sesi pemantauan, pegawai pemantau akan meneliti dokumen, rekod serta maklumat berkaitan pelaksanaan prosedur kerja yang disediakan oleh Desk Officer MS ISO 9001:2015 PPP Negeri dan Daerah, Pegawai Pertanian Daerah, Agen Pengembangan Tanaman serta Agen Pengembangan Industri Asas Tani.
Pemantauan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan jabatan dalam memastikan penyampaian perkhidmatan pengembangan pertanian sentiasa berkualiti, sistematik dan memenuhi kehendak piawaian yang telah ditetapkan.
Diharapkan hasil lawatan pemantauan ini dapat terus memperkukuhkan sistem pengurusan kualiti jabatan serta meningkatkan lagi mutu perkhidmatan kepada pelanggan, selaras dengan slogan “Anda Kami Utamakan.”
08/04/2026
🎉 𝗕𝗘𝗥𝗜𝗧𝗔 𝗕𝗔𝗜𝗞 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗪𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗞𝗘𝗗𝗔𝗛 & 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗨𝗗𝗨𝗞 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗬𝗔𝗡! 🎉
Jabatan Pertanian Negeri Kedah dengan sukacitanya memperkenalkan penjenamaan baharu program bagi tahun 2026 iaitu “AgroFest 2026”, yang tampil lebih meriah, informatif dan penuh tarikan.
Program di bawah Jabatan Pertanian Negeri Kedah ini akan dilaksanakan di seluruh daerah di Negeri Kedah termasuk Ibu Pejabat Jabatan Pertanian Negeri Kedah.
🌟 Program pertama bagi tahun 2026 di bawah Pejabat Pertanian Daerah Yan dikenali sebagai “AgroFest Daerah Yan 2026” dan akan menemui anda seperti ketetapan berikut:
📍 Lokasi:Pusat Mempelam Kedah,Kota Sarang Semut, Yan
🗓 Tarikh: 11 – 13 April 2026 (Sabtu - Isnin)
⏰ Masa: 10.00 pagi – 6.00 petang
✨ Pelbagai aktiviti menarik menanti anda:
🌱 Kursus Pertanian
🥭 Jualan Harumanis D’Aman
🌳 Jualan anak pokok buah-buahan
🥭 Pameran 111 Klon Mempelam
🚜 Jelajah ladang mempelam
🐇 Petting zoo
🛒 Jualan Rahmah
🛍 Jualan Vendor Lorong Pekan
🩺 Pemeriksaan kesihatan
🎣 Pertandingan memancing di tali air bawah pokok mempelam
🎨 Pertandingan mewarna
🥗 Pertandingan garam belacan & kerabu mangga
🐰 Laman Arnab
🐝 Laman Kelulut
🏃 D’Aman Fun Run
🎟 Masuk adalah 𝐏𝐄𝐑𝐂𝐔𝐌𝐀!
🔥 Jangan lepaskan peluang ini!
Ayuh bawa keluarga dan rakan-rakan untuk bersama-sama memeriahkan AgroFest Daerah Yan 2026 sambil menyokong sektor pertanian tempatan, khususnya di Negeri Kedah.
𝗝𝘂𝗺𝗽𝗮 𝗮𝗻𝗱𝗮 𝗱𝗶 𝘀𝗮𝗻𝗮!!!
06/04/2026
📢 PANGGILAN KEPADA USAHAWAN: KURSUS PEMPROSESAN HASILAN BAWANG 🧅
Anda ingin menambah nilai pada hasil pertanian dan mempelbagai produk jualan? Jangan lepaskan peluang untuk menyertai kursus pemprosesan ini secara PERCUMA!
📅 Butiran Program:
• Tarikh: 14 April 2026 (Selasa)
• Masa: 8:00 Pagi – 5:00 Petang
• Tempat: Pusat Bimbingan Usahawan, Telok Chengai, Kedah
🍲 Apa yang akan dipelajari?
Peserta akan didedahkan dengan teknik pembuatan pes masakan popular:
1. Pes Gulai Kawah
2. Pes Kerutuk
📝 Syarat & Maklumat Tambahan:
• Keutamaan: Diberikan kepada usahawan di bawah bimbingan Jabatan Pertanian.
• Yuran: Kursus adalah PERCUMA.
📲 Cara Pendaftaran:
Sila imbas Kod QR yang terdapat pada poster atau tekan link dibawah
👇🏼👇🏼
https://forms.gle/UVHnBo34DzHKN1RU6
Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan atau pertanyaan boleh terus berhubung dengan pegawai bertugas untuk pendaftaran:
• Hubungi: 04-7775000 (Pn. Sharifah)
• Emel: [email protected]
Jom tingkatkan kemahiran dan kembangkan perniagaan anda! Tempat adalah terhad.
| Monday | 09:00 - 17:00 |
| Tuesday | 09:00 - 17:00 |
| Wednesday | 09:00 - 17:00 |
| Thursday | 09:00 - 17:00 |
| Friday | 09:00 - 17:00 |