Polis Daerah Ampang Jaya Page

Polis Daerah Ampang Jaya Page

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Polis Daerah Ampang Jaya Page, Government Organization, .

Photos from Polis Daerah Ampang Jaya Page's post 14/06/2026

๐Š๐„๐๐˜๐€๐“๐€๐€๐ ๐Œ๐„๐ƒ๐ˆ๐€ ๐Š๐„๐“๐”๐€ ๐๐Ž๐‹๐ˆ๐’ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐€๐Œ๐๐€๐๐† ๐‰๐€๐˜๐€ (๐Ÿ๐Ÿ’ ๐‰๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”) - ๐‡๐„๐๐€๐‡๐€๐ ๐Ž๐‘๐€๐๐† ๐‡๐ˆ๐‹๐€๐๐† (๐Ž๐‡)

Photos from Polis Daerah Ampang Jaya Page's post 14/06/2026

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐‹๐„๐๐€๐’๐€๐ ๐‰๐€๐‹๐€๐ ๐’๐€๐๐“๐€๐ˆ ๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐‘๐€๐’๐Œ๐ˆ๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐“๐€๐๐๐€ ๐Š๐„๐๐ƒ๐„๐‘๐€๐€๐ ๐’๐„๐Œ๐๐„๐๐€ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐€๐‹๐€๐Œ ๐’๐„๐Š๐ˆ๐“๐€๐‘ ๐’๐„๐ƒ๐”๐๐ˆ๐€

Ampang Jaya, 14 Jun 2026 โ€“ YDH ACP Khairul Anuar bin Khalid, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, telah menghadiri Majlis Pelepasan Jalan Santai dan Majlis Perasmian Hari Tanpa Kenderaan sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia Peringkat Majlis Perbandaran Ampang Jaya yang berlangsung di Laman Rekreasi Tasik Tambahan, Ampang.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ketua-ketua bahagian, ketua-ketua polis balai serta pegawai dan anggota IPD Ampang Jaya bagi memeriahkan majlis tersebut.

Penganjuran program ini mencerminkan komitmen bersama dalam memupuk kesedaran terhadap kepentingan pemeliharaan alam sekitar, di samping menggalakkan amalan gaya hidup sihat dan lestari dalam kalangan masyarakat.

Selain itu, program ini turut meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan menjaga kelestarian alam sekitar serta menyokong usaha mewujudkan persekitaran yang lebih hijau, bersih dan sejahtera demi kesejahteraan generasi akan datang.



.

Photos from Polis Daerah Ampang Jaya Page's post 13/06/2026

๐‰๐„๐Œ๐๐”๐“๐€๐ ๐Š๐„ ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐Œ๐€๐€๐‹ ๐‡๐ˆ๐‰๐‘๐€๐‡ ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐‡๐”๐‹๐” ๐‹๐€๐๐†๐€๐“ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ–๐‡/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐Œ.

Ampang Jaya, 13 Jun 2026 - YDH ACP Khairul Anuar bin Khalid, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya telah menghadiri Program Maal Hijrah Peringkat Daerah Hulu Langat 1448H/2026M yang berlangsung di Masjid Nurul Hidayah, Kg. Pandan Dalam, Ampang.

Turut hadir bersama Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ketua-ketua bahagian, ketua-ketua polis balai serta pegawai dan anggota IPD Ampang Jaya bagi memeriahkan lagi program tersebut.

Program yang bertemakan โ€œMadani Dihayati, Ummah Diberkatiโ€ turut diserikan dengan forum bertajuk โ€œDari Biasa ke Luar Biasaโ€ yang memberi penekanan terhadap penghayatan semangat hijrah melalui transformasi diri, pengukuhan akhlak, peningkatan ilmu pengetahuan serta penerapan nilai integriti dalam kehidupan seharian.

Selain memenuhi jemputan, program ini turut menjadi platform kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mendekati masyarakat setempat serta memperkukuhkan hubungan bersama ahli kariah melalui perkongsian berkaitan aspek keselamatan, ketenteraman awam dan usaha pencegahan jenayah.

Semoga penghayatan Maal Hijrah ini menjadi pemangkin kepada pembentukan masyarakat yang lebih harmoni, berilmu dan saling bekerjasama dalam mewujudkan persekitaran yang aman serta sejahtera.

13/06/2026

MATLAMAT UTAMA HIDUP
Ramai orang terlalu sibuk mengejar apa yang mereka mahu, sehingga terlupa memikirkan siapa yang sedang mereka jadi.

Kita kejar kedudukan, rumah, kereta, pengaruh dan pujian manusia. Namun satu hari nanti, semua itu akan ditinggalkan.

Yang tinggal hanyalah nilai diri, amal dan kesan yang kita tinggalkan dalam kehidupan orang lain.

Dari sudut psikologi, manusia yang mempunyai tujuan hidup yang jelas lebih kuat menghadapi tekanan, lebih tahan menghadapi kegagalan dan lebih tenang ketika berdepan ujian.

Dari sudut spiritual p**a, hidup bukan sekadar untuk berjaya di dunia, tetapi untuk mengenal Tuhan, memperbaiki diri dan meninggalkan dunia dalam keadaan yang lebih baik daripada ketika kita datang.

Tanya diri malam ini:
โ Jika semua harta dan jawatan diambil daripada aku, apakah yang masih tinggal sebagai makna hidupku? โž

Jangan biarkan usia bertambah, tetapi tujuan hidup semakin kabur.
Kerana pada penghujung perjalanan nanti, kita tidak akan ditanya berapa banyak yang kita miliki.

Tetapi apa yang telah kita lakukan dengan kehidupan yang dipinjamkan ini.

"Jangan jadikan dunia sebagai destinasi. Jadikan ia jambatan menuju destinasi yang abadi."

BAHAGIAN AGAMA DAN KAUNSELING JIPS PDRM

12/06/2026

Setiap ibu mempunyai jalan perjuangan yang berbeza, namun nilainya di sisi Allah tetap mulia.

Sama ada mencari rezeki untuk keluarga atau mengurus rumah tangga sepenuh masa, setiap pengorbanan, kasih sayang dan keikhlasan adalah saham akhirat yang tidak ternilai.

Semoga semua ibu terus diberikan kekuatan, ketenangan dan keberkatan dalam setiap langkah kehidupan. ๐ŸŒท

Photos from Polis Daerah Ampang Jaya Page's post 12/06/2026

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐€๐‚๐€๐€๐ ๐˜๐€๐’๐ˆ๐, ๐“๐€๐‡๐‹๐ˆ๐‹ ๐ƒ๐€๐ ๐ƒ๐Ž๐€ ๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐ˆ๐๐ƒ ๐€๐Œ๐๐€๐๐† ๐‰๐€๐˜๐€ ๐’๐ˆ๐‘๐ˆ ๐Ÿ ๐๐”๐‹๐€๐ ๐‰๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”.

Ampang Jaya, 12 Jun 2026 - Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, YDH ACP Khairul Anuar bin Khalid telah menghadiri majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat yang diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, IPD Ampang Jaya.

Majlis yang dianjurkan oleh Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard IPD Ampang Jaya ini diadakan bagi memohon kesejahteraan, keselamatan, keamanan dan keharmonian dalam daerah Ampang Jaya khususnya.

Doa juga dipanjatkan ke hadrat Ilahi agar anggota PDRM sentiasa cekap dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat dan negara.

Majlis ini turut dihadiri oleh Supt. Nazruel Ekram bin Abu Saare (Timb. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya), pegawai-pegawai polis, pegawai-pegawai awam dan ahli-ahli PERKEP IPD Ampang Jaya.

11/06/2026

ADAB BERSOSIAL DI FACEBOOK

Media sosial boleh menjadi medan pahala atau medan dosa. Semuanya bergantung kepada cara kita menggunakannya.

โœ… Kongsi ilmu yang bermanfaat
โœ… Tinggalkan komen yang positif
โœ… Doakan sahabat yang ditimpa ujian
โœ… Ucapkan takziah apabila menerima berita kematian
โœ… Balas doa dengan "Amin"
โœ… Hargai setiap kebaikan yang dilakukan orang lain

โŒ Jangan mencari pergaduhan
โŒ Jangan memanjangkan perbalahan
โŒ Jangan menyebarkan kebencian dan fitnah

Rasulullah ๏ทบ bersabda:

"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia berkata yang baik atau diam." (Hadis Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Jadikan jari-jari kita saksi kepada kebaikan, bukan penyesalan di akhirat nanti.

๐Ÿคฒโœจ

11/06/2026

๐Ÿšจ SCAM QR & OTP SEMAKIN BERLELUASA ๐Ÿšจ
Mereka menyamar sebagai โ€œpegawai rasmiโ€ Boost, Shopee, Grab, SPayLaterโ€ฆ
๐Ÿ‘‰ Nampak legit, tapi sebenarnya ia adalah perangkap ๐Ÿ˜ˆ

โš ๏ธ Modus Operandi: antaranya nak โ€œUpgrade akaunโ€, โ€œNaikkan limitโ€, โ€œPengesahan keselamatanโ€
๐Ÿ‘‰ Lepas tu suruh: ๐Ÿ“ท Scan QR & ๐Ÿ”ข Bagi OTP

โ— HAKIKAT SEBENAR:
QR = akses akaun anda
OTP = kunci penuh akaun anda

โฑ๏ธ SEKIRANYA BOCOR? Dalam sekelip mata saja:
๐Ÿ’ธ Duit dalam akaun atau e-wallet anda akan lesap;
๐Ÿ“‰ Transaksi berlaku tanpa kita sedar atau kebenaran;
๐Ÿ“Š Hutang meningkat;
๐Ÿ” Akaun kita diambil alih & Risiko menjadi keldai akaun sangat tinggi.

๐Ÿ›‘ INGAT INI:
โŒ Jangan scan QR dari call / WhatsApp / SMS dari sumber yang tidak dikenali;
โŒ Jangan kongsi OTP dengan pihak ketiga;
โŒ Syarikat yang sah TAK AKAN minta OTP.

Sentiasa amalkan Konsep 3S, untuk Melindungi Diri Anda:
1๏ธโƒฃ Soal kesahihan maklumat yang disampaikan;
2๏ธโƒฃ Sekat diri dari berkongsi maklumat peribadi dan perbankan anda;
3๏ธโƒฃ Sebar dan kongsikan modus operandi bersama penguat kuasa dan rakan-rakan.

๐Ÿšจ Sekiranya Anda Menjadi Mangsa:
๐Ÿ“ž Hubungi hotline bank anda untuk menghentikan transaksi mencurigakan.
๐Ÿ“ Laporkan kepada Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di talian 997.
๐Ÿ‘ฎโ€โ™‚๏ธ Buat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Sources: IPD Barat Daya


10/06/2026

Tidur bukan tanda malas, tetapi keperluan asas untuk tubuh dan minda berfungsi dengan baik.

Rehat yang cukup membantu meningkatkan fokus, mengawal emosi, menguatkan sistem imun dan memberi tenaga untuk menghadapi cabaran harian.

Jaga waktu tidur, jaga kualiti hidup. ๐ŸŒ™โœจ

Photos from Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )'s post 10/06/2026

KENYATAAN MEDIA PENGARAH JABATAN SIASATAN JENAYAH

โ€œOp Soga XIโ€: Pemantauan dan Pencegahan Kegiatan Perjudian Tanpa Lesen Sempena Piala Dunia FIFA 2026.

Want your business to be the top-listed Government Service?

Website