Srikandi Bersatu Bahagian Ampang P099

Srikandi Bersatu Bahagian Ampang P099

Share

Halaman rasmi untuk SRIKANDI BERSATU BAHAGIAN AMPANG P099

Photos from Srikandi Bersatu Bahagian Ampang P099's post 26/10/2025

Hari ini Team Srikandi Ampang hantar team (Ampang Girl) menyertai pertandingan LADIES STRIKE 2025 anjuran Srikandi dan Srikandi muda Bahagian Subang negeri Selangor

Alhamdulillah...
Kami dapat no.4 dari 15 team...
Terima kasih pd team yang main bowling hari ini, semua pemain bermain dengan penuh semangat juang untuk menang...

Tahniah juga pada KSB Ampang Shila Amin dapat TOP SCORER paling tinggi jatuhan Pin Bowling... Ampang hebat

kita cuba lagi di pertandingan yang lain...
In Shaa Allah





Photos from Srikandi Bersatu Bahagian Ampang P099's post 08/09/2025

HADIR
7 SEPTEMBER 2025

PERHIMPUNAN AGUNG TAHUNAN PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA KALI KELAPAN TAHUN 2025

dan

MAJLIS MAKAN MALAM SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-9 BERSATU

Alhamdulillah semua Perwakilan hadir menjalankan tanggungjawab terhadap parti.
Tahniah KB Haji Mohd Isa saidi dan perwakilan yang lain.Terus istiqamah dalam perjuangan demi Agama, Bangsa dan Negara.

Teruskan ukhwah kita.Jalan terus. Jangan pedulikan apa orang kata..



Photos from Srikandi Bersatu Bahagian Ampang P099's post 08/09/2025

HADIR
6 SEPTEMBER 2025

PERHIMPUNAN AGUNG TAHUNAN SRIKANDI BERSATU MALAYSIA KALI KE-7 TAHUN2025

Alhamdulillah semua Perwakilan hadir menjalankan tanggungjawab terhadap parti.
Tahniah KSB Shila Amin dan Perwakilan yang lain.
Teruskan ukhwah kita.Jalan terus.




Photos from Srikandi Bersatu Bahagian Ampang P099's post 25/08/2025

HADIR

CERAMAH UMUM AMBANG MERDEKA

Akta URA & Kemerdekaan : Pembangunan Siapa? Hak siapa?

25 Ogos 2025
Isnin 9:30 malam
Ruang Parkir Tmn Bukit Indah Hadapan Medan Selera Tmn Bukit Indah

31/07/2025

SRIKANDI BERSATU DESAK SIASATAN DIPERCEPAT, TINDAKAN TEGAS KES ZARA QAIRINA

KUALA LUMPUR, 30 Julai 2025 – Srikandi BERSATU Malaysia dan Srikandi Selangor menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempercepatkan siasatan kes kematian tragis adik Zara Qairina, pelajar Tingkatan 1 yang dipercayai menjadi mangsa buli. Mereka menyifatkan kejadian itu sebagai bukti jelas kegagalan sistem perlindungan pelajar dalam institusi pendidikan.

Ketua Penerangan Srikandi Selangor, Fazilina binti Ismail berkata, pihak sekolah dan individu yang cuai tidak boleh terlepas daripada tanggungjawab. Beliau turut menuntut agar siasatan dijalankan secara menyeluruh dan telus serta mendesak agar keadilan untuk Zara dan keluarganya tidak dilengah-lengahkan.

Srikandi turut menggesa Kementerian Pendidikan agar memperkukuh sistem pencegahan buli serta menyediakan bantuan emosi dan guaman kepada keluarga mangsa. Fazilina menegaskan bahawa pihaknya akan terus membawa isu ini ke peringkat nasional agar tidak dilupakan begitu sahaja.

Baca penuh di bawah.


25/07/2025

Esok akan berlangsung perhimpunan aman Turun Anwar di Kuala Lumpur.

Saya menyeru rakyat Malaysia untuk datang beramai-ramai menyertai perhimpunan ini bagi menunjukkan sikap terhadap kegagalan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Anwar bukan sahaja telah gagal mengurus negara dengan baik, malah memungkiri janji-janjinya kepada rakyat.

Sudahlah isu beban kos sara hidup rakyat gagal ditangani, banyak p**a cukai baharu diperkenalkan dan subsidi dipotong yang menambah beban rakyat.

Janji tatakelola yang baik dan jaminan hak kebebasan rakyat untuk bersuara juga dicabuli.

Semakin ramai rakyat biasa yang diugut, disiasat dan didakwa hanya kerana menyatakan bangkangan mereka terhadap dasar dan tindakan kerajaan.

Ini menimbulkan kemarahan dan kebencian rakyat.

Tindakan mengumumkan bantuan RM100 dan penurunan harga petrol RON95 sebanyak 6 sen adalah langkah terdesak Anwar untuk mengekang perasaan tidak puas hati rakyat.

Ini bukanlah suatu tindakan yang betul untuk menangani masalah kos bebanan kos sara hidup. Yang rakyat mahukan ialah kerajaan mengkaji semula pengenaan pelbagai bentuk cukai dan pemotongan subsidi yang membebankan mereka. Ini tidak dilakukan.

Banyak wang yang dipungut dari rakyat, yang dip**angkan hanyalah sedikit.

Ia sudah terlambat.

Saya memohon pihak Polis Di-Raja Malaysia supaya menjaga keamanan dan ketenteraman sepanjang perhimpunan ini berlangsung.

Saya juga meminta supaya peserta perhimpunan menjaga adab dan tatasusila serta patuh kepada undang-undang.

Jangan cetuskan sebarang provokasi yang mengganggu ketenteraman awam.

Ingat, menyertai perhimpunan aman adalah hak setiap rakyat Malaysia yang dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan. Tidak ada sesiapapun yang boleh menghalangnya.

Justeru, jaga dan peliharalah hak ini dengan sebaik-baiknya.

Saya dan rakan-rakan pimpinan Perikatan Nasional akan menghadiri perhimpunan Turun Anwar esok.

Ayuh, kita turun beramai-ramai esok!

TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN
Pengerusi Perikatan Nasional
25 Julai 2025

25/07/2025

KALAU KAU TURUN... LAGI TURUN HARGA TU...🤣🤣🤣

Want your business to be the top-listed Government Service in Ampang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Lot. 214, Jalan Khalid Alwalid, Kampung Bukit Sungai Puteh, Lembah Jaya Utara,, Ampng
Ampang
68000