18/04/2026
Alhamdulillah, Majlis Rumah Terbuka Madrasah Taman Maluri telah berlangsung dengan jayanya.
Kehadiran YBhg. Datuk Seri Johari Abdul Ghani telah menambahkan kemeriahan majlis.
Terima kasih kepada Surau Taman Maluri, Kuala Lumpur atas penganjuran.
Tidak dilupakan kepada semua jawatankuasa, sukarelawan dan para tetamu yang hadir. Kehadiran anda semua menjadi penyeri dan kekuatan kepada semangat perpaduan kita.
Semoga ukhuwah ini terus berkekalan dan diperkukuhkan demi kesejahteraan komuniti kita bersama.
17/04/2026
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,
Tuan/Puan dijemput hadir ke Jamuan Hari Raya Aidilfitri KRT Kg. Pandan Baiduri D yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:
π
Tarikh: 18 April 2026 (Sabtu)
π Masa: 12.00 Tengah Hari
π Tempat: Surau Taman Maluri
Kehadiran tuan/puan amatlah dialu-alukan bagi memeriahkan majlis serta mengeratkan silaturrahim sesama komuniti.
Sekian, terima kasih.
βSalam Aidilfitri, Maaf Zahir & Batinβ
20/03/2026
Assalamualaikum & Salam Perpaduan..
Di kesempatan yang penuh keberkatan ini, kami daripada Jawatankuasa KRT Kg Pandan Baiduri D ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh penduduk Taman Maluri.
Semoga Syawal yang menjelang membawa sinar kebahagiaan, mengeratkan silaturahim, serta mengukuhkan perpaduan dalam komuniti kita.
Raikan hari kemenangan ini dengan penuh kesyukuran, kasih sayang dan keinsafan.
Hati-hati di jalan raya, pandu dengan selamat.
Semoga segala amalan kita di bulan Ramadan diterima oleh Allah SWT.
Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. πβ¨
05/03/2026
Alhamdulillah, Berkat Dikongsi, agihan bihun sup diteruskan memasuki minggu kedua Ramadan.
Terima kasih kepada para penyumbang, AJK dan para sukarelawan yang terus komited menjayakan usaha ini demi penduduk setempat.
Semoga setiap sumbangan dan keringat yang dicurahkan menjadi amal kebajikan yang diberkati di sisi Allah SWT. π€²β¨
04/03/2026
πππ π¬ππ‘π π§ππ πππ£ππ§ ππ πππ₯π π§π¨?
π’π’π’
ππππππ ππππππππ
Agihan Bihun Sup sebagai juadah berbuka puasa akan diadakan pada 5 Mac 2026, (Khamis).
Tuan/puan dijemput untuk menerimanya di Madrasah Taman Maluri.
Agihan akan bermula jam 5petang hingga selesai.
JOM Cepat!! Lambat Habis!! π
π½πͺππͺπ§ πππ’ππͺπ β
π½πππͺπ£ ππͺπ₯ ππ©ππ§π β
26/02/2026
Alhamdulillah, program agihan Bihun Sup Utara sempena bulan Ramadan anjuran Rukun Tetangga Kg. Pandan Baiduri D dengan kerjasama Surau Taman Maluri telah berjalan lancar dengan sambutan yang sangat baik.
InsyaAllah, program ini akan diteruskan setiap minggu sepanjang Ramadan bagi mengeratkan ukhuwah dan berkongsi rezeki bersama komuniti.
Terima kasih kepada semua penyumbang, sukarelawan dan penduduk yang terlibat. Semoga segala usaha ini diberkati.
Turut hadir En. Syaiful Hisham , pegawai dari JPNIN WPKL.
25/02/2026
π’π’π’
ππππππ ππππππππ
Agihan Bihun Sup sebagai juadah berbuka puasa akan diadakan pada 26 Februari 2026, (Khamis).
Tuan/puan dijemput untuk menerimanya di Madrasah Taman Maluri.
Agihan akan bermula jam 5petang hingga selesai.
JOM Cepat!! Lambat Habis!! π
π½πͺππͺπ§ πππ’ππͺπ β
π½πππͺπ£ ππͺπ₯ β
11/02/2026
10/2/2026, Selasa.
Mesyuarat Bil. 1/2026 KRT Kg. Pandan Baiduri D telah diadakan bagi membincangkan dan menyusun taqwim aktiviti komuniti sepanjang tahun 2026.
Perbincangan tertumpu kepada perancangan program yang dapat mengeratkan silaturahim, meningkatkan keselamatan kawasan serta memperkukuh semangat kejiranan dalam kalangan penduduk.
Diharapkan semua perancangan yang dirangka dapat dilaksanakan dengan jayanya hasil kerjasama seluruh komuniti.
27/11/2025
Meraikan hari jadi anakΒ² Tabika Perpaduan di Marry Brown.
Semoga anakΒ² ini menjadi insan yang soleh dan solehah serta berjaya dunia akhirat