Klinik Kesihatan Ampang

Klinik Kesihatan Ampang

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Klinik Kesihatan Ampang, Petaling Jaya.

21/02/2026
21/05/2025

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pihak Klinik Kesihatan Ampang ingin memaklumkan bahawa akaun Facebook rasmi ini akan ditutup secara rasmi dalam masa terdekat. Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang mungkin timbul berikutan perkara ini.

Sebagai gantinya, kami telah membuka page baharu yang akan menjadi saluran rasmi untuk sebarang maklumat, pengumuman dan aktiviti terkini berkaitan klinik kami.

Kami amat menghargai sokongan anda selama ini dan menjemput semua pengikut untuk mengikuti laman baharu kami di pautan berikut:

👉 https://www.facebook.com/share/19ojuusMfb/?mibextid=wwXIfr

Terima kasih atas kepercayaan dan sokongan berterusan anda. Kesihatan anda keutamaan kami.

07/04/2025

Hari Kesihatan Sedunia disambut pada 7 April setiap tahun, mengingatkan kita tentang kepentingan kesaksamaan dan akses kepada penjagaan kesihatan untuk semua. Matlamat Hari Kesihatan Sedunia Klinik Kesihatan Ampang adalah untuk mewujudkan perkhidmatan pencegahan penyakit yang baik, pengurusan penyakit yang menyeluruh dan mempromosikan kesihatan yang holistik.



13/02/2025
12/02/2025

Caption:

Anda tahu tak macam mana nak bezakan ubat yang berdaftar dan ubat yang tidak berdaftar? Kenapa memilih ubat yang berdaftar itu penting?
Ubat yang berdaftar dengan pihak berkuasa kesihatan dilindungi daripada risiko pemalsuan. Pihak berkuasa mengawasi rantai bekalan ubat dan melakukan pemeriksaan untuk memastikan produk yang diedarkan adalah asli dan memenuhi piawaian yang ditetapkan. Ini memberikan jaminan bahawa anda mendapatkan ubat yang sah dan terjamin kualitinya.

Photos from Klinik Kesihatan Ampang's post 04/01/2025

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kerja-kerja pembaikan di bilik-bilik Jabatan Pesakit Luar KK Ampang sedang dilakukan bagi memastikan keselesaan rawatan dapat diberikan.

Mulai 6 Januari 2025, kesemua pelanggan Jabatan Pesakit Luar diminta untuk mendapatkan temujanji melalui aplikasi mySejahtera.

Terima kasih.
.........................

Assalamualaikum and Good Day.

Outpatient department of KK Ampang is currently undergoing maintanance work to ensure that we could give optimum comfort of treatment.

Starting 6 January 2025, all customers of the Outpatient Department are required to book your appointment slot from the MySejahtera application.

Thank you.

Photos from Klinik Kesihatan Ampang's post 08/04/2024

Untuk makluman warga ampang.
Arahan penutupan KK Ampang sempena hari raya aidilfitri 2024.
Selamat bercuti, pandu cermat, ingatla orang tersayang.
Selamat hari raya ❤️

09/02/2024

Untuk makluman semua warga ampang.
Klinik kesihatan ampang mengalami masalah telefon sejak 5/2/24.
Pembaikpulih sedang di jalan kan, pihak TM masih blm kenal pasti punca masalah tersebut. Segala pertanyaan boleh kemukakan di ruang komen ni.

Segala kesulitan amatlah kami kesali.

**Segala temujanji Dr adalah seperti biasa, pertukaran tarikh adalah tidak digalakkan. Terima Kasih :D

31/12/2023

Ralat dgn post2 sebelum ni.
Ni jadual operasi klinik yg baru ☺️

Hanya klinik pesakit luar shja.
Klinik pergigian dan ibu anak tidak terlibat 🙏🏻

*kuatkuasa 1/1/2024*

14/08/2023

Makluman📢📢📢

Klinik Kesihatan Ampang ditutup pada tarikh 14/8/2023 sempena cuti peristiwa Pilihan Raya Negeri..bagi pelanggan yang mempunyai temujanji pada tarikh 14/8, kami akan memberikan tarikh temujanji yang baru melalui panggilan telefon.Terima kasih dan Harap maklum...

21/07/2023

Bermula 15 Jun 2023 kalau anda;
1) Demam
2) Cirit birit / muntah
3) Sakit Kepala
4) Sakit ringan dan lain2

Boleh ke klinik swasta terpilih tanpa dikenakan bayaran. Manfaat rawatan percuma kepada;

1) Isi rumah berkeluarga = RM250
2) Warga emas = RM125
3) Bujang = RM75

Daftar sahaja dgn Skim Perubatan MADANI (SPM) & anda boleh dapat rawatan secara percuma.

Semak kelayakan anda
https://kelayakan-spm.protecthealth.com.my/

Sumber: Dr Zaliha Mustafa

semakan skim perubatan madani

https://protecthealth.com.my/skimperubatanmadani/

Want your business to be the top-listed Government Service in Petaling Jaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Culinary Team

Attire

Telephone

Website

Address

Petaling Jaya