Dewan Muslimat Pas Ampang

Dewan Muslimat Pas Ampang

Share

10/05/2026

WAJIB JUNJUNG TITAH SULTAN SELANGOR!

๐’๐„๐Œ๐”๐€ ๐๐ˆ๐‡๐€๐Š ๐–๐€๐‰๐ˆ๐ ๐‰๐”๐๐‰๐”๐๐† ๐“๐ˆ๐“๐€๐‡ ๐’๐”๐‹๐“๐€๐ ๐’๐„๐‹๐€๐๐†๐Ž๐‘ !

Dewan Muslimat PAS Malaysia menyatakan sokongan penuh keperluan semua pihak menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dalam isu pembukaan dan aktiviti penternakan babi di negeri Selangor.

Kenyataan terbaru Istana Selangor sekali lagi memperlihatkan pendirian Tuanku yang amat jelas dan tegas bahawa Baginda tidak berkenan sebarang aktiviti penternakan babi dijalankan di mana-mana daerah di Negeri Selangor serta mahu isu tersebut dihentikan dan dimuktamadkan sepenuhnya demi menjaga keharmonian rakyat dan mengelakkan keresahan masyarakat.

Titah Tuanku bukan sahaja mengambil kira sensitiviti rakyat, bahkan turut menzahirkan kebimbangan terhadap risiko pencemaran tanah, udara serta sumber air yang boleh menjejaskan kesejahteraan jutaan rakyat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Justeru, tidak perlu mana-mana pihak terus sengaja menimbulkan polemik, mempertikaikan pendirian istana atau mencetuskan keadaan yang boleh mengundang kemurkaan Tuanku sehingga Baginda terpaksa bersuara dan memperjelaskan pendirian yang sama buat kali kedua dengan begitu tegas.

Semua pihak sewajarnya mengambil iktibar dan menghormati titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dengan penuh adab, taat dan tanggungjawab demi memelihara keharmonian negeri serta kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu.

Institusi istana merupakan payung negara dan benteng perpaduan rakyat yang wajib dipertahankan oleh semua tanpa mengira latar belakang politik mahupun kaum.

Daulat Tuanku.
Menjunjung Kasih Tuanku.

๐”๐ฌ๐ญ๐š๐ณ๐š๐ก ๐‡๐š๐ฃ๐ฃ๐š๐ก ๐๐ฎ๐ซ๐ข๐๐š๐ก ๐›๐ญ ๐’๐š๐ฅ๐ฅ๐ž๐ก
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM)
8 Mei 2026 bersamaan 20 Zulkaedah 1447H

10/05/2026

๐ŸŒท Selamat Hari Ibu๐ŸŒท

Ibuโ€ฆ
nama yang paling lembut disebut,
tetapi pengorbanannya paling besar untuk dihitung.

Ada ibu yang masih setia memeluk anaknya setiap hari,
dan ada juga anak yang hari ini hanya mampu memeluk doa kerana ibunya telah pergi menemui Ilahi.

Rindu kepada seorang ibu tidak pernah hilang.
Ia tinggal dalam doa, dalam kenangan, dan dalam setiap nasihat yang masih terngiang hingga hari ini.

Terima kasih wahai ibu,
atas setiap lelah yang disembunyikan di sebalik senyuman,
atas setiap doa yang tidak pernah putus walau diri sendiri sedang terluka.

Semoga seluruh ibu di dunia sentiasa berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah.
Dan buat ibu yang telah pergi, semoga ditempatkan dalam kalangan insan beriman dan beroleh syurga yang tertinggi. ๐Ÿค

โ€œKasih ibu membawa ke syurga,
kehilangannya meninggalkan rindu yang tak pernah reda.โ€

Photos from PAS Ampang's post 02/05/2026

Adakah kerajaan seperti ini yang rakyat harapkan?

Anjur program yang hanya memenuhi hawa nafsu! Pemimpin seharusnya membentuk masyarakat ke arah kebaikan bukan melalaikan mereka dengan program yang tidak bermanfaat!.

21/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat. Maaf zahir & batin.

Semoga Allah terima amalan & ibadah kita semua, amin ya Rabbal Alamin๐Ÿคฒ๐Ÿป

Ikhlas daripada,
Dewan Muslimat PAS Ampang

06/03/2026

Salam Nuzul Quran

Pengajaran Dari Peristiwa Nuzul Quran:

1. KEPENTINGAN ILMU
Wahyu pertama yang diturunkan kepada baginda Rasulullah SAW ( ayat 1 - 5 Surah Al Alaq) menekankan konsep membaca dan menuntut ilmu.

2. PEDOMAN HIDUP
Al Quran adalah sumber utama hukum Islam .Ia bukan sekadar dibaca tetapi perlu difahami dan diamalkan dalam kehidupan seharian

3. RAMADAN MULIA KERANA AL QURAN
Ramadan mulia bukan kerana kewajipan puasanya tetapi kerana turunnya mukjizat terbesar iaitu turunnya Al Quran kepada Nabi Muhammad SAW .
Oleh itu umat Islam sangat digalakkan memperbanyakkan membaca Al Quran dan menghayati maknanya.

Daripada,
Lajnah Dakwah
Dewan Muslimat PAS Ampang

Photos from Dewan Muslimat Pas Ampang's post 20/02/2026

Tahniah Peserta HIWAR & JELASโœจ

Alhamdulillah, Program HIWAR & JELAS peringkat Dewan Muslimat PAS Ampang berjaya dilaksanakan pada 25 Januari 2026 telah berjalan dengan lancar dan penuh manfaat.

Program ini menjadi medan penambahan ilmu, suntikan motivasi serta pengukuhan ukhuwah dalam kalangan muslimat.

Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada seluruh muslimat yang hadir. Kehadiran dan kesungguhan kalian mencerminkan semangat muslimat dalam memperjuangkan Islam.

Teruslah istiqamah bersama perjuangan.

Semoga Allah SWT memberkati setiap langkah dan usaha kita semua.

Ikhlas daripada,
Dewan Muslimat PAS Ampang

18/02/2026

๐ŸŒ™ Salam Ramadan Al-Mubarak 1447H

Selamat menunaikan ibadah puasa dan semoga Ramadan kali ini membawa keberkatan, menguatkan iman dan menyatukan ukhuwah kita semua.

๐Ÿคฒ Ya Allah, terimalah amalan kami, ampunkan dosa-dosa kami, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk beribadah dengan penuh keikhlasan sepanjang bulan yang mulia ini.

Ramadan Kareem โœจ

Ikhlas daripada,
Dewan Muslimat PAS Ampang

18/02/2026

โค๏ธ RAMADAN KAREEM 1447Hโค๏ธ

Lajnah Dakwah Dewan Muslimat Pas Ampang ingin menucapkan selamat menyambut bulan Ramadan Al Mubarak.

Semoga kita dapat menjalankan ibadah puasa dengan penuh taqwa dan bertemu dengan malam Lailatul Qadar. Perjuagan mesti diteruskan.

17/02/2026

SELAMAT TAHUN BARU CINA

Dewan Muslimat PAS Ampang ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua rakan-rakan masyarakat Tionghoa khususnya di Ampang yang meraikannya.

Semoga tahun baharu ini membawa kegembiraan, kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah serta kebahagiaan bersama insan tersayang.

Dalam kepelbagaian masyarakat kita, semangat saling menghormati dan hidup harmoni adalah kekuatan sebenar. Semoga kita terus memperkukuh ukhuwwah sesama warga Ampang demi kesejahteraan bersama.

๐Ÿงง Gong Xi Fa Cai!
๐Ÿงง Xin Nian Kuai Le!

Ikhlas daripada,
Dewan Muslimat PAS Ampang

Photos from PAS Ampang's post 02/01/2026

TAHUN BAHARU, MEMBINA PERPADUAN YANG LEBIH KUKUH

31/12/2025

๊œฑแด‡สŸแด€แดแด€แด› แดแด‡ษดสแด€แดส™แดœแด› แด›แด€สœแดœษด ส™แด€สœแด€ส€แดœ 2026

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐๐€๐‘๐” ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

๐Œ๐ž๐ฅ๐š๐ง๐ ๐ค๐š๐ก ๐ค๐ž ๐ฅ๐ž๐ฆ๐›๐š๐ซ๐š๐ง ๐›๐š๐ก๐š๐ซ๐ฎ, ๐ฆ๐š๐ซ๐ข๐ฅ๐š๐ก ๐ค๐ข๐ญ๐š ๐ฆ๐ž๐ฆ๐ฎ๐ฅ๐š๐ค๐š๐ง ๐ญ๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐ข๐ง๐ข ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ง ๐ฉ๐ž๐ง๐ฎ๐ก ๐ฉ๐ž๐ง๐ ๐ก๐š๐ซ๐š๐ฉ๐š๐ง ๐๐š๐ง ๐ญ๐š๐ฐ๐š๐ค๐š๐ฅ ๐ค๐ž๐ฉ๐š๐๐š ๐€๐ฅ๐ฅ๐š๐ก ๐’๐–๐“.

โ€œ๐˜๐š ๐€๐ฅ๐ฅ๐š๐ก, ๐ฉ๐ž๐ซ๐ฆ๐ฎ๐๐š๐ก๐ค๐š๐ง๐ฅ๐š๐ก (๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ฌ๐š๐ง๐ค๐ฎ) ๐๐š๐ง ๐ฃ๐š๐ง๐ ๐š๐ง๐ฅ๐š๐ก ๐ฉ๐ž๐ซ๐ฌ๐ฎ๐ฅ๐ข๐ญ๐ค๐š๐ง, ๐ฌ๐ž๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ซ๐ง๐š๐ค๐š๐ง๐ฅ๐š๐ก ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ฌ๐š๐ง๐ค๐ฎ ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ง ๐ค๐ž๐›๐š๐ข๐ค๐š๐ง.โ€

๐’๐ž๐ฆ๐จ๐ ๐š ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ฌ๐š๐ง ๐ค๐ข๐ญ๐š ๐๐ข ๐ญ๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐›๐š๐ก๐š๐ซ๐ฎ ๐ข๐ง๐ข ๐๐ข๐ฉ๐ž๐ซ๐ฆ๐ฎ๐๐š๐ก๐ค๐š๐ง ๐จ๐ฅ๐ž๐ก ๐€๐ฅ๐ฅ๐š๐ก ๐’๐–๐“, ๐๐ข๐›๐ž๐ซ๐ค๐š๐ญ๐ข ๐ฌ๐ž๐ญ๐ข๐š๐ฉ ๐ฅ๐š๐ง๐ ๐ค๐š๐ก, ๐๐ข๐ฉ๐š๐ง๐๐ฎ ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ง ๐ก๐ข๐ค๐ฆ๐š๐ก ๐ฌ๐ž๐ซ๐ญ๐š ๐๐ข๐ค๐ฎ๐š๐ญ๐ค๐š๐ง ๐ญ๐ž๐ค๐š๐ ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐ญ๐ž๐ซ๐ฎ๐ฌ ๐›๐ž๐ซ๐›๐š๐ค๐ญ๐ข ๐ค๐ž๐ฉ๐š๐๐š ๐š๐ ๐š๐ฆ๐š, ๐ฆ๐š๐ฌ๐ฒ๐š๐ซ๐š๐ค๐š๐ญ ๐๐š๐ง ๐ง๐ž๐ ๐š๐ซ๐š.

๐ƒ๐ž๐ฐ๐š๐ง ๐Œ๐ฎ๐ฌ๐ฅ๐ข๐ฆ๐š๐ญ ๐๐€๐’ ๐๐ž๐ ๐ž๐ซ๐ข ๐’๐ž๐ฅ๐š๐ง๐ ๐จ๐ซ ๐š๐ค๐š๐ง ๐ญ๐ž๐ซ๐ฎ๐ฌ ๐ข๐ฌ๐ญ๐ข๐ช๐š๐ฆ๐š๐ก ๐ฆ๐ž๐ฆ๐ฉ๐ž๐ซ๐ฃ๐ฎ๐š๐ง๐ ๐ค๐š๐ง ๐ง๐ข๐ฅ๐š๐ข ๐ค๐ž๐š๐๐ข๐ฅ๐š๐ง, ๐ค๐ž๐›๐š๐ฃ๐ข๐ค๐š๐ง ๐๐š๐ง ๐ค๐ž๐ฌ๐ž๐ฃ๐š๐ก๐ญ๐ž๐ซ๐š๐š๐ง ๐ฎ๐ฆ๐ฆ๐š๐ก.

๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐ฆ๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐๐š๐ซ๐ฎ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”.

#๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง๐๐š๐ซ๐ฎ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”
#๐ƒ๐ž๐ฐ๐š๐ง๐Œ๐ฎ๐ฌ๐ฅ๐ข๐ฆ๐š๐ญ๐๐€๐’๐๐ž๐ ๐ž๐ซ๐ข๐’๐ž๐ฅ๐š๐ง๐ ๐จ๐ซ
#๐๐š๐ค๐ญ๐ข๐ƒ๐ž๐ฆ๐ข๐’๐ž๐ฅ๐š๐ง๐ ๐จ๐ซ
#๐’๐ž๐ฅ๐š๐ง๐ ๐จ๐ซ๐๐ž๐ฌ๐ž๐ซ๐ฏ๐ž๐ฌ๐›๐ž๐ญ๐ญ๐ž๐ซ

Want your business to be the top-listed Government Service in Ampang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address


AMPANG
Ampang